Monday, June 28

anak-anak

Aliff Ariez

Airell Adib


senyuman riang adik beradik
inilah anak-anak terunaku yang kuharapkan agar dapat menjaga ku di hari tua ini.mama redha je walaupun kalian semua lelaki tak banyak membantu waktu muda usiamu malahan sering memeningkan kepalaku dengan setiap tingkahlaku .tapi kalianlah penghiburku..

saman oh saman

semalam lebih kurang jam 8.00 pagi aku n hubby dah terpacak kat mahkamah jitra.haa mahkamah?? kenapa??buat apa??nak divorce ke?? ish ish tak sayang mulut ke.dah amik insuran??..jeng jeng jeng jangan suspens tau bukan mahkamah syariah tetapi mahkamah majistret ..sebab gapo..tulah nak cerita.Aku nak marah pun ada nak kesian pun ada kat hubby aku ni..disebabkan dia bawak kereta laju tak ikut peraturan polis maka kenalah saman speed trap kat 2 tempat pulak tu.satu kat jalan napoh dan satu lagi kat kepala batas alor setar.disebabkan kete tu nama aku maka terpaksalah aku yang disaman.oleh kerana sayang duit nak bayar 2 saman berjumlah RM 600 (terpaksa dah kot sebab nak renew roadtax tak leh sbb nama dah diblacklistkan)maka sangguplah aku untuk ke mahkamah berjumpa majistret untuk kurengkan sikit saman tu..dan kos lepasnya ialah aku terpaksa menghadiri perbicaraan..macam orang salah je kan.dengan perasaaan yang takut dan berdebar-debar melangkahlah aku ke dalam kawasan mahkamah tersebut ditemani hubby aku..aku tahu dia pun cam aku gak takut yelah kami nikan orang baik-baik mana pernah gi mahkamah.lantas kami terus berjumpa dengan Mr Sander kawan kepada kawan hubby aku.ingatkan jumpa dia ni bole le tak yah jumpa majistret tapi dak jugak dia cuma boleh bagi aku orang yang awal untuk perbicaraan..jam 8.45 kami semua yang dapat pelbagai jenis saman masuk dalam bilik bicara.terpaksa tunggu tuan majistret.kalau tak salah aku namanya rizal azli sehingga jam 9.30 pg.masa dalam bilik bicara tu baru aku tau macam2 jenis saman ada..saman polis,jpj,kesihatan malahan income tax pun ada.kesalahan yang besar2 gi mahkamah lain kot..kemudian satu demi satu pesalah dipanggil.semua orang kena mengaku dan minta dikurangkan kadar saman..maka tuan majistret pun mengurangkan mengikut jenis kesalahan.mula2 saman kesihatan dibacakan kemudian saman jpj dan akhirnya saman polis.bila disebut saman polis maka jurucakap mahkamah pun panggil nama aku tapi dia silap sebut dia panggil zainona aku zainora..tapi aku faham lah nama aku sebab yang panggil tu keturunan cina jadi dia tok leh sebut r maka jadilah nona..aku pun bangun dan ke depan menghadap majistret sebelum tu kena tunduk dulu tau..hormat aku rasa ketaq tapi control.bila jurucakap bacakan kesalahan aku mengaku salah dan minta kadar dikurangkan...ingatkan bila aku pakai cantik sikit nampak manis majistret boleh kurangkan banyak tapi dia cuma bagi kurang setengah je..oklah tu drp nak bayar RM 600 sekarang tinggal RM 300 kira oraitlah..keluar dari pintu depan aku terkejut beruk..sebab apa nampak pintu besi dan banduan2 di dalmnya..takkan aku pun nak kena sumbat kot..rupanya aku kena duduk dengan pak-pak polis tu kat meja sebelah sementara nak nantikan fail aku di bawa kekaunter untuk buat bayaran.akhirnya aku dibawa polis ke kaunter untuk buat bayaran dan selesai urusan di mahkamah.. sebelum ke tempat keje aku singgah dulu kat balai polis traffik Jitra untuk clearkan nama aku. kalau tak clearkan dengan resit tadi sampai bila-bila pun nama tu tetap ada.Cuma aku nak bagi tau kat kawan2 janganlah tak endahkan speed trap tanpa sain tu..konon boleh terlepas dan tak ada tindakan..dua-dua saman aku tu speed traplah tapi akhirnya macam tulah..

sampai kat tempat keje aku terus sembang ngan kak ida,kak yati n mek ros depa suma gelak kat aku..ingatkah nak kena sumbat dalam lokap...nauzubillah.terbang duit aku RM 300 bagi kat kerajaan...tapi tak pelah hasil kerajaan lah tu aku kan ngajar ekonomi aku taulah..harap-harap hasil tu lepaih ni dapat balik kat aku dalam bentuk bonus..harap-haraplah...

mungkin rezeki anak-anak aku kot masa nak gi makan aku tengok surat .ada nama aku dari BPP .ingatkan surat apa rupanya isi di dalam ada cek bernilai RM 3646.37.wow kaya aku cover balik duit saman tu.dan bolehlah aku tukar hand bag baru..kak ida saya tukar dulu hand bag kita yang sama gaya tu. jangan mare...

Tuesday, June 22

anak-anak lelakiku











sebahagian gambar anak-anakku yang kupaparkan khas untuk anak-anakku yang dikasihi..moga blog mama yang tak seberapa ini menjadi tatapanmu apabila dikau dewasa nanti...walaupun Allah s.w.t mengurniakan kepada mama semua anak-anak lelaki ..tetap mama mensyukuri..mungkin ada rahmat yang tersembunyi yang belum mama ketahui lagi...membesarkan anak-anak mama ini banyak cabaran yang perlu dilalui...tapi redha sepenuh hati..mungkin di suatu waktu nanti akan mama ketahui betapa rahmatnya mendapat semua anak lelaki..ingatlah anak-anakku bahawa tanggungjawabmu terhadap kedua ibu bapa adalah sehingga mama dan babah mati...ingat itu wahai anak-anakku....










Monday, June 21

airell

hari ini lebih kurang jam 5 pagi selepas menyusukan sikecilku Adib aku dapati anak ketiga ku Airell tidak boleh tidur,rupa-rupanya dia tidak sedap badan nak termuntah dan selepas itu dia asyik muntah-muntah sehinggalah jam 6.30 pagi.sebagai ibu yang penyayang terpaksalah aku korbankan tidorku menguruskan simanjaku itu.dengan linangan air mata si kecilku itu meminta agar aku tidak bekerja..dengan perasaan sayu dia berkata mama nak gi keje ke..nak buat apa? dengan rasa terpaksa aku menjawab ya sayang..mama kena gi keje (kalulah aku ni bos yang ada bisnes sendiri tentu aku tidak sanggup untuk bekerja pada hari ini kerana aku tau simanjaku itu sangat memerlukanku..namun apalah daya ku.jarum jam menunjukkan hampir jam 7.20 pagi dengan terpaksa aku menyuruh hubby untuk mangangkat airell yang kelihatan tidak berdaya kerana asyik muntah dan tidak dapat tidur ke rumah mak lang yang merupakan pengasuh yang sangat baik dan prihatin.harapanku... kepada mak lang moga dapat menjaga simanjaku ini dengan sebaik mungkin. kemudian tibalah giliranku untuk menghantar sibabyku pula Adib ke rumah mak lang..lantas kuceritakan apa yang dialami airell kepada mak lang dengan harapan moga dia dapat memberi perhatian yang lebih dan sekiranya ada apa-apa yang berlaku diharapkan agar dia dapat menelefon hubbyku untuk membawa airell ke klinik.lebih kurang jam 11 pagi ku call mak lang untuk bertanya airell...maklumbalas cuma sekali je airell muntah dan lepas tu ok...lega rasa hati keibuanku..oh anak tanpamu siapalah mama....walaupun airell merupakan anak ketigaku yang paling aktif dan pada pandanganku merupakan seorang anak yang bijak...kadangkala tingkahmu membuatkan mama pening untuk mengawal tapi...ketidakaktifanmu pula membuatkan mama runsing....ketahuilah sayangku airell mama amat menyayangimu sepertimana abang-abang dan adikmu....