Monday, August 2

ptk o ptk


aku dah daftar ptk 4 bulan julai yang lepas.. pada tahun ini rubrik yang digunakan bagi kolej matrikulasi adalah melalui pencerapan bagi kertas khusus dan peperiksaan bagi kertas generik.Kaedah ini buat pertama kali akan digunapakai bermula bulan 9 ni. ini bermakna tinggal sebulan lebih je lagi aku akan dicerap untuk P&P dan menduduki peperiksaan pada 25.9.2010. alahai tensionnya aku rasa..bukan apa persediaan untuk dicerap inilah yang buat kepala aku pening..banyak benda yang nak ditengok dan dinilai.RPH untuk kuliah dan tutoran belum siap lagi.kena buat untuk satu semester.uwaa mak tolong lah ateh mak.



aku kalau nak buat kerja kat kolej ni jelah mana dan aku nak bawak balik rumah.balik rumah je lebih kurang 5.00 ke 5.30 petang sampai.kelam kabut mandi dan sembahyang terus berkejar ke rumah mak lang untuk mengambil 3 orang anak terunaku yang ku tinggalkan dari jam 7 lebih untuk keluar bekerja.tak sampai hati untuk tinggalkan lama-lama melainkan terpaksa.tinggal dengan 3 beradik ni selalunya banyak benda yang aku tak boleh buat terutama di babyku ni.nasib baiklah hubby memahami kesibukanku maka hampir setiap hari aku tidak akan masak kecuali hari cuti.maka selalunya kami makan kat luar atau bawak balik bungkus.nak buat cam ner ibu mithalikan kadang-kadang anakku dok complain gak awat mama tak masak..

cuma nasib baik sikit hubbyku ni rajin gak basuh basuh dan sidai baju tapi tang melipat tetap aku tak kiralah berapa lori kain yang tak dilipat lipat sehelai pun dia tak sudi..alahai nasib badan ler..kadang-kadang teringin jugak nak cari bibik macam mek ros..balik rumah kerja siap.bangun pagi dari tidur sempat menatap facebook,tanam pokok sana sini,cat itu dan ini ada pembantu..tapi bila aku fikirkan seriau jugak nak ambik bibik ni..sebab macam-macam perangai depa ni dapat yang baik syukur dapat yang buruk nauzubillah.



tak lama lagi bulan posa akan sampai bermakna tinggal seminggu lebih je lagi aku boleh stayback lambat untuk siapkan apa yang diperlukan untuk ptk..tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit jugak..sebab tu aku mesti siapkan jugak..mesti,mesti dan mesti.sebenarnya banyak benda yang dah dibuat cuma perlu diupdate saje. susah jugak sebenarnya kalau kita nak dinilaikan itu belum masuk lagi dalam kuliah dan tutoran tak tau pulak camner lah gabranya..walaupun dah berbelas tahun mengajar tapi kalau bab nak dinilai rasanya semua orang tension kot.



lagi satu aku fikir anak aku masih kecik-kecik kalau nak bagi tinggal ngan bibik takut dicubit2,ditibai dibagi minum air kencing ke,susu basi ke tak bagi makan ke,ditinggalkan ke tak ke naya..oleh itu terpaksalah aku menempuhi semua cabaran ni.tapi aku pegang pepatah orang dulu-dulu susah dulu senang kemudian.

apapun kerja tetap kerja aku akan pastikan menjelang 1.9 ni aku dah ready semuanya dan aku harap aku boleh luluslah.Insyaallah.

mungkin lepas ni aku rasa blog ni akan bersawang sat sebab aku mungkin tak dan kot nak update.












tip keluarga bahagia

beberapa minggu lepas aku ada terbaca dalam paper kalau tak salah utusan malaysia yang memberikan tip-tip keluarga bahagia..jadi kat sini aku tulis semulalah apa tip yang diberikan..bukan apa untuk mereka yang tak sempat membacanya ataupun buat diri aku untuk mengingat semula tip tersebut.
tip rumahtangga yang bercirikan syurga
  • meningkatkan ilmu pengetauan pada seisi keluara
  • penghayatan agama yang berterusan
  • memastikan seisi rumahtangga dlm keadaan sihat sejahtera dan aman damai
  • pengukuhan ekonomi
  • komunikasi yang cemerlang
  • wujud kemesraan antara suami dan isteri
  • suasana rumahtangga yang selesa
tip komunikasi keluarga cemerlang
  • berkongsi melakukan tugasan di rumah
  • berbincang dalam membuat perancangan
  • menggunakan humor untuk mengurangkan ketegangan
  • meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga
  • makan malam bersama
  • riadah bersama keluarga atau bercuti di tempat yang bersesuaian
tip meningkatkan kasih sayang berkekalan
  • kongsi impian dan tugasan di rumah
  • tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga
  • tidak berdendam kesumat antara satu sama lain
  • sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing
  • sentiasa mencari emas dalam diri pasangan
  • menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab
  • sentiasa bersolat jemaah dan saling mendoakan pasangan
  • berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar
  • memahami kepentingan hubungan seks
  • mencari perubahan untuk meransang perubahan dalam rumahtangga.
tip komunikasi cemerlang,gemilang dan terbilang pasangan suami isteri
  • berdoa kepada Tuhan untuk sentiasa disayangi oleh pasangan
  • sentuh dan tegur pasangan sebelum menyanbung kerja apabila pasangan balik ke rumah
  • menjadi pendengar yang baik
  • memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan
  • memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati
  • memberi perhatian kepada perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun
  • peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari
  • ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan
  • sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.
rasanya sebahagian besar dari tip yang diberikan ini dah dilaksanakan..sebab tu bahagia tu kalau tak percaya tengok dalam gambar dibawah ni..(tengok kat perut tu)
tak cukup korum ni bang long tukang ambik gambar,baby dalam perut mama..
hasil dari keluarga bahagia..