Saturday, April 14

mak masuk wad pulak

alhamdulillah semalam mak dah selamat buat pembedahan kecil membuang salah satu jari kaki yang gangren,kesan kencing manis yang lebih kurang 14  tahun dialami iaitu sejak berumur 49 tahun lagi...skrg umur mak 63 tahun...at KPJ Seremban.

hari rabu mak masuk wad HTJ Seremban n warded...tapi keesokkannya bila doc melawat dia tak buat apapun cuma melihat tanpa sebarang rawatan yang bersesuaian,kata doc tak perlu operate kerana hanya daging sahaja yang buruk,tapi tulang n saraf masih ok..tapi mengikut kata adik kalau tgk mmg kaki mak dah teruk...so adik beradik ambik keputusan bawa mak keluar dari HTJ n buat rawatan di KPJ..

jumaat petang sampai shj mak kat KPJ,terus doc ambik keptusan operate perlu dilakukan kerana pemeriksaan mendapati kaki mak dah teruk dan terpaksa dipotong jari yang gangren...tiada apa yang mampu dikatakn hanya redha sahaja kerana jika dibiarkan berpanjangan,membawa kesan yang lebih mudharat...

semoga mak cepat sembuh dan redha dengan apa yang berlaku...doa sentiasa mengiringi dari seorang anak yang jauh di perantauan ...keterbatasan waktu dan jarak yang jauh meyukarkan untuk pulang dalam masa yang singkat...

sampai masa ateh akan sampai jua dan memberikan khidmat bakti...tunggulah giliran ateh akan tiba jua nnti...



kesian dan syahdunya melihat mak dalam keadaan begini


Sunday, April 8

surprise


lebih kurang jam 12.30 tengahari semasa sedang menikmati hidangan tengahari,tiba-tiba telefon berdering,lalu kedengaran dari corong radio,ni puan zainora ke??ya saya...saya syima,petang nanti dalam 6.30 puan ada tak kat rumah saya nak hantar barang...barang?? soalku ya..ya!ya! saya ada...
dalam hati dok tertanya2 barang apa,dari sapa...tapi teruskan menikmati hidangan tengahari..hubby dok tanya sapa zai,nak apa..ceritakan sikit dalam situasi yang agak confuse...dalam hati hanya ingat aku hanya beli tudung secara online...tapi bagi alamat kolej,asal pulak sampai kat rumah dan yang pelik lagi tak logiknya pasal apa ada orang tengah yang nak hantarkan....

cadangan asal hubby nak bawa berjalan-jalan kat alor setar,tapi dok teringat kat panggilan tadi...so kena tunggulah dulu, dia pun tanya lagi apa dia sebenarnya,barang apa, dari sapa,macamana tahu alamat rumah dan no phone...entah nak cerita banyak2 pun tak tau,tapi dok bimbang jugak barang apa,kot2lah orang hantar bom ke,dadah ke,benda2 tak baik ker...ish confuse jugak kepala hotak ni pikirkan...cuma detik hati mengatakan mungkin mek pah bagi something kot pasal hanya kat dia sahaja yang dok bagi no phone dan full adress...adakah dia?????

jam 6.30 petang dapat sms dari syima katanya dia bertolak dari alor setar jam 6.30 petang...rasa tak sedap hati call dia tanya sapa dia sebab setahu saya saya tak kenal dia,barang apa yang dihantar sebab saya risau jugak...jawab si syima dia hanya orang tengah sahaja,dari kawan lama puan yang puan kenal, barang apa sy tak leh nak bagitau sebab nanti tak surprise,dan katanya lagi barang tu tak bahaya boleh guna...

haa yolah tu...kalau dah gitu kata ehh,ese tunggu jelah yo..

tunggu punya tunggu,heranlah jugak,awat tak sampai2 lagi, dalam dok menunggu  sibuk dok kemaslah rumah apa yang patut,kot2 sat lagi kawan tu nak masuk nyembang..sempat goreng keropok lagi,nnti buat air teh susu..sedaplah pasal aripun hujan..si hubby kerja dia dok menyembur parfume dalam rumah..habih bilik2 airpun disemburnya...haa ikut sukalah janji rumah bau wangi...

dalam 7.15 petang kedengaran bunyi hon kereta..diikuti bunyi sms dan diikuti deringan loceng dari luar rumah..sah sampai dah dok surprise nak tengok siapa si syima ni kotlah kawan lama masa kat u dulu..gate dibuka masuklah si syima sambil menujukkan kad dari sipengirim..sahlah saing lamo dari u dulu mek pah..detik hati membenarkan bahawa dialah sipengirim yang surprise tu...rupanya dapat cupcake...waa seronoknya...tak kenalpun si syima ni rupanya di bisnes cupcake secara online dan duk kat kuala kedah nu..dan si mek pah ni beli online dan suruh ler ngantor kat jitra...

anyway buat mek pah sahabat lama yang dirindui...terima kasih bebanyak kerana masih ingat saing lamo kat sini...itupun baru setahun jumpa melalui laman sosial facebook...

so apa lagi anak2 pun keliling kat cupcake tu sampai payah mama nak snap gambar dia...

ok ok skrag makan time...lapar yer anak2 sayang .....

gift yang diterima pada petang tu,ikatan riben yang asal bukan camni cantik lagi,tapi terlupa nak snap pic waktu tu,so diikat lain jadi ruper tu ler...

nampak yummy sangat,tersusun cantik dalam kotak tu..sayang pulak nak makan
si penghantar yang misteri tu rupanya kawan lama semasa belajar di UUM dulu,satu fakulti,satu kolej dan yang penting satu kepala...tqvm mek pah miss u too..

waa sedapnya bang iez dan bang cik makan cupcake tu,almaklum tengah lapar,hujan pulak tu..

dik dib comotnya makan cupcake tu..tersenyum dia bila mama kata nak ambik gambar adik
masa ni tengah khusysuk makan,tak sedar mama snap gambar curi kat dia..
sekali makan 3 beradik + mama habis 10 ketul cupcake tu...

kalau selalu cam gini kan.. bestkan...rakan2 sekopi tak mau buat surprise ke????