Saturday, December 29

Aktiviti petang

Ari ni buat aktiviti masing2 jelah..so tak de pilihan melepak kat taman depan rumah jer lah..ari ni babah sibuk tak leh bawa jalan2 yer..anyway satu satu yg menyihatkan.
aliff sejak dapat L membolehkan berada di jalanraya dengan kebenaran
tanya apa tu dik dib
waa ada gaya tak..

Saturday, December 22

Salak denai

Jom kita tgk apa yang ada kat sini bagi sesapa yang tak pernah gi..terletak di daerah Yan,kawasan peranginan Batu Hampar.  .Perjalanan lebih kurang 1jam  setengah dr Jitra..kawasan persendirian yang dimajukan sbg tmpt perkelahan yang dibina kolam sesuai untk mr yang sukakan kehijauan dan keindahan semulajadi sesuai dtg ke sini..
Pak Yusof  Ali nama pemilik kawasan seluas 1 ekar setengah menggunakan kemahiran dan kepakaran sendiri dengan menyediakan   kolam buatan yang menyalurkan air dari bukit  terus dari batu hampar yang mengalir dari gunung jerai.
 
Terdapat 5 buah chalet disini yang diberi nama siti fatimah, siti aishah, siti khadijah; dan hasan dan husin. kos semalam antara RM 80 - RM 250. Waku check in jam 7 ptg dan check out jam 6 ptg. Kawasan ni sangat sesuai untuk mrk yg sukakan kedamaian dan keindahan  alam semulajadi. Kawasan ni sunyi dan jauh dari hiruk pikuk . Air dari kolam sangat fresh dan menyegarkan..dan yang paling best airnya suci bersih tak de klorin..so anak2 boleh mandi dan berenang sepuas hati tanpa rasa lenguh2 badan dan pedih mata macam kat kolam buatan di hotel2...

Rombongan kami seramai 5 buah keluarga bertolak lebih kurang jam 5 dan sampai lebih kurang  jam 6.15 ptg.

Jom jamu mata dgn suasana disini pulak yer
waa seronoknya sang suami berenang di kolam chalet siti aminah
waa dalam hutan pun ada service pelampung
sang suami lagi
my second son baru bangun tidur terus nak mandi
seronoknya depa dok berenang sakan..tak join pun jadi camerawoman jer
lagi pemandangan dikolam..chalet tu rasa macam dok kampung arwah uwan dulu
gengbapak2 
perap ayam untuk acara bakar membakar untuk dinner
korban  ikan  pada malam tersebut
lagi kolam di chalet siti fatimah
jernih sungguh air dikolam
pengunjung pada hari tersebut
riang ria di dalam kolam
dan lagi
aku di depan pejabat pendaftaran merangkap rumah pak usop..nampak usang jer kan
acara pembakaran bermula
rasa rugilah tak leh join..
ni kolam kat tempat chalet kami yang diberi nama siti khadijah
nampak sangat suasana kampung yang belum maju
sang suami macam orang penting malam tu
my teruna sulung
me tak ketinggalan..makin tombam
acara minum pagi nasi goreng udang buatan i ler..n sandwich tuna
bukti 2 kali dah mai sini..kali pertama 7 tahun yang lepas

Tuesday, December 4

Terukir sebuah kenangan

segalanya telah berakhir...alhamdulillah biarlah ianya berlalu pergi...

cukup-cukuplah apa yang ditanggung,cukup-cukuplah apa yang dirasa...biarlah ia pergi dan akan tetap datang menghampiri setelah tiba masanya...tapi mungkin dilain posisi...

hanya ini yang sempat di ambil,hanya ini yang sempat dirakam...cukuplah sebagai kenangan di malam penutup KAKOM 2012...

hampir 4 bulan membuat persediaan...biarlah apa orang nak kata,biarlah apa orang nak nista,biarlah apa orang nak cerca,biarlah apa orang yang cerita...asalkan segalanya berjalan dengan jaya walaupun cela di sana-sini...biarlah...biarlah...

terima kasih yang tidak terhingga buat warga KMK yang sama2 menyumbang sehingga berakhirnya KAKOM 2012...terutamanya AJK persembahan kebudayaan di majlis perasmian pembukaan,malam jamuan mesra dan majlis penutupan...

buat kamilia,nor hayati,arinawati,siti munirah,kak yong,murni,syiqah,jannah,siti nadiah dan dah tentunya siti tipah yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk menguruskan pelajar2 yang terlibat dalam bahagian persembahan...hanya Allah yang mampu membalasnya...

disini juga dititipkan kemaafan andai ada terkasar  bicara yang menyentuh jiwa,andai ada perbuatan yang mengusik perasaan...maafkan kerana kelemahan itu datang dari sy sendiri...sebagai manusia tidak lepas dari sebarang kekhilafan...

buat kenangan untuk penari zapin dibawah bimbingan siti tipah dan nad..terutama nasrul,wan,aslam,sobri,iqram,megat,yong dan zhi wei...terima kasih kerana membantu saya selama ini...tahniah untuk kalian kerana berani muncul membuat persembahan...

 nad sedang menyolekkan penari ni...ada gaya mak andamkan..
 cik tipah yang depa panggil ibu macam mak-mak menyiapkan anak..tq siti
 bob pelajar akaun yang mempunyai bakat sbg jurusolek..tq bob sbb mencantikkan wajah depa
 aku tukang mantau jer
sempat lagi tu posing
 sian nad n syiqah tak dan nak makan dok menyiapkan bebudak tu..makan jangan tak makan
nyalakan pelita tu sebelum show