Tuesday, November 23

Langkawi


Megahnya sang Helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi


Penguin yang sempat dirakam





Posing di dataran Lang





Bersama sebahagian family besar







Bersama mak dan ayah


Actually gambar-gambar ni dirakamkan untuk kenangan pada tahun lepas semasa percutian dengan mak ayah,kakak dan adik...tapi semalam hubby ada kursus kat Langkawi selama 3 hari 2 malam..walaupun tak jauh dan tak lama tapi bagi aku dalam situasi sekarang seumpama hilang sebelah tangan. Kalau dia ada beban tugas boleh dikongsi berdua..sekurang-kurangnya urusan membasuh baju dia yang lakukan,membancuh susu anak-anak dia tolong buatkan dan semasa aku memasak dia boleh tolong jagakan si babyku...walaupun baby sekarang lebih banyak duk dalam walker tapi dia rajin jugak dukung sebab kesian tengok baby dalam walker.
Apa yang buat aku teringat kat Langkawi ni ialah kata-kata ayah ...sewaktu kami gi bersantai kat Dataran Lang dulu...nak tau apa kata ayahku...ateh panggilan namaku di negeri sembilan semua adik-beradikku panggil nama itu,nak tau kenapa sepatutnya panggilan ateh ditujukan kepada anak nombor 4 dalam keluarga selepas alang,tapi disebabkan kawanku mak dia panggil ateh maka akupun nak jadi ateh,walaupun sepatutnya aku mungkin dipanggil andak..sebab aku anak 7 dari 9 beradik...disebabkan kemahuanku itu lekatlah sampai sekarang ni keluargaku memanggil ateh dan mak teh buat anak-anak sedaraku.
Kata ayah lagi teh ayah tengok kau ni gomoklah(bermaksud gemuk),kau ni mengandung agak eh..maka aku pun dengan rasa marah menjawab..eh ayah ni merepek jelah mana ateh mengandung...ateh ni sedang tunggu period mai..mengarut je ayah ni...dalam hati memang rasa tak dan memang aku tak nak sebab waktu anak ketigaku baru berumur 2 tahun aku dah tak larat...
Masa berjalan seperti biasa, hari demi hari berlalu tanpa ada rasa apa-apa...tapi semakin hari aku dok menunggu tapi tak kunjung tiba..aku mula rasa sangsi..dan takut kata-kata ayah menjadi kenyataan. Dalam pada tu yang menambahkan rasa takut dihatiku ialah anak ketigaku menghisap ibu jari kakinya...ah sudah!! orang tua-tua kata kalau anak kecik menghisap ibu jari kaki tandanya nak dapat adik...risaunya ya tuhan...
Akhirnya setelah seminggu lebih tidak dikunjungi tetamu maka aku bertandang berjumpa dengan Dr.Annuar kat Mahsuri...akhirnya disahkan aku ......mengandung 2 bulan lebih.Ya Allah aku tak pasti aku suka atau tidak takut kerana nak dioperate untuk kali ke 4,suka kot-kot dapat baby girl n rezeki dari Allah...serba salah aku...akhirnya kuterima juga kurniaan dari Allah ini maka 15.2.2010 lahirlah Mohd Adib Zariff permata hatiku yang ke 4 yang kini telah pun berusia 9 bulan lebih...
Akhirnya aku akur kata-kata ayah...rupanya-rupanya Allah memberikan kelebihan kepada insan yang lebih dewasa dari kita...untuk menilai...apa yang aku kesalkan aku bersuara menidakkan kata-kata ayah dengan suara yang agak tinggi dari biasa...mungkin ayah terasa tapi cepat-cepat aku memohon maaf dan mengiakan apa yang dikata.
Moralnya apa yang dikatakan oleh seseorang jangan cepat kita menafikan atau mengiakan tanpa ada bukti....

Wednesday, November 17

Kepulangan

Semalam hari raya Aidil Adha..semuanya seperti biasa..namun sms yang kuterima jam lebih kurang 5 petang dari zuriah benar-benar membuatku terpaku seketika...terasa amat bersalah kerana tidak sempat melawat izat anak kak romlah yang terlantar koma pada hari jumaat yang lepas...

Kembalinya Shahrul Izat bin Azhar benar-benar membuatku rasa sedih yang amat...kerana beliau merupakan teman baik aliff anakku pada 7 tahun yang lepas ketika aku masih di KMP dan menjadi warden bersama kak Romlah.Masih terngiang-ngiang di telingatku panggilan bang jat buat si arwah...yang merupakan anak lelaki bongsu kak romlah pada ketika itu...

Takziah kepada kak romlah di atas kehilangan permata hati yang amat disayangi semalam...semoga Allah memberikan rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Amin

Pemergian arwah ke rahmatullah lebih kurang jam 10 pagi disebabkan kemalangan motorsikal yang diboncengnya bersama kawan karib...dimaklumkan bahawa akibat kemalangan tersebut Izat mengalami koma kerana tengkorak kepalanya mencucuk otak menyebabkan pendarahan yang tidak berhenti...ini menyebabkan doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana keadaanya yang tidak stabil.

Sms yang kuterima pada jumaat lepas lebih kurang jam 11.00 malam membuatkan tidurku terganggu kerana asyik terkenangkan si arwah yang ku anggap macam anak sendiri kerana hubungan akrab antara beliau dan aliff. Pertukaran ku ke KMK merenggangkan hubungan antara dua sahabat ketika kecil...amat terkilan sekali aku kerana tidak sempat melawat arwah semasa hayatnya masih ada.

Buat kak Romlah takziah sekali lagi dan aku amat yakin bahawa beliau seorang yang tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan tuhan ini..keyakinan ini berdasarkan pengalamanku bersama beliau lebih kurang 2 tahun ketika menjadi warden di KMK..susah dan senang kami hadapi bersama.

Al-Fatihah buat Sharul Izat bin Azhar...Allah hanya meminjamkan hayatnya selama 14 tahun sahaja....Amin.

Sunday, November 14

Esok cuti raya



Terasa baru semalam je bekerja....penat dok rumah menguruskan anak-anak masih lagi terasa...rupa-rupanya esok akan bercuti lagi....cuti selama 5 hari untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha, raya menumpang je untuk para jemaah yang menunaikan fardhu haji rukun islam ke lima...Moga semua para jemaah haji mendapat haji yang mabrur...Amin

Esok cuti berganti..apapun tak pelah untuk memberi peluang kepada pelajar matrik untuk balik kampung bersama-sama ibu bapa tercinta meraikan hari raya korban ini...walaupun mereka ni baru je pulang dari cuti semester 1...seakan terasa membazir je...tenaga,wang dan masa, tapi nak buat cammana semuanya telah disusun dan apa yang berlaku akan tetap berlaku....

Aku esok nak buat apa ye...pagi kena gi Sekolah Ahmad Tajuddin dulu nak daftar n tempah baju sekolah Ariez anak keduaku yang akan masuk pra sekolah...he he rupa-rupanya anak ku ini dah semakin besar nak sekolah dah bang iez... harap-harap anak ku ini cekal hatinya untuk ke tadika...tiada lagi alasan macam sekarang.

Lepas ke sekolah aku rasa kena pi rumah ibu mertua kot..yalah lusakan nak raya..sebagai menantu mithali aku kenalah tolong masak untuk jamuan raya...macam biasalah kalau menu raya tentulah ketupat daun palas sebab aku menikah ngan orang Kedah,kalau kat rumah mak sendiri tentulah lemang,cicah ketupat tentunya mertuaku masak ayam hanga,daging masak palembang...itu tentu setiap tahun...

Raya haji tahun ni aku tak balik nogori pun sebabnya plan nak balik family day awal bulan 12 nanti...bukan apa almaklumlah balik jauh terkopak jugalah ribu-ribu kalau sesekali balik tu...jadi disebabkan ekonomi meleset ni aku terpaksalah membuat pilihan...dan tentulah ada kos lepasnya..iaitu tak balik raya haji...pandai aku mengapply teori ekonomi dalam kehidupan aku...mentang-mentanglah pensyarah ekonomi kat matrik ni...Selain tu tiap-tiap tahun raya posa atau haji aku balik kampung..kesian jugak kat mertuaku di sini walaupun kami duk se daerah tetapi tentu juga ada keinginannya untuk meraikan lebaran bersama-sama anak n cucu-cucunya...Nasib baiklah aku ni jenis menantu yang prihatin tu pasallah aku raya kat sini...ewah..ewah..


Kepada semua kengkawan seblog atau tak seblog dan seluruh umat Islam diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha...kepada yang balik kampung semoga selamat menempuh perjalanan.semoga selamat pergi dan selamat balik.Amin

Monday, November 8

Last day cuti

yey..yey... hari ni last cuti.nak seronok ke nak sedih hah tak taulah..kadang fikir rasa seronok nak mulakan sem baru yang sepatutnya bermula pada isnin yang lepas tapi dapat tambahan lagi 2 hari cuti...yalah banjir...

Seronok sebab aku rasa boleh gak relax kat sekolah tu yalah walaupun kerja bertimbun tak siap lagi ada gak masa nak chat ngan kengkawan...lepas ni kena siapkan Fail pensyarah,RPH tak mula lagi,bahan pengajaran tak susun lagi,pokok pangkalnya macam-macamlah...

Rasa sedihlah sebab terpaksa tinggalkan anak-anak kat rumah pengasuh cam biasa..kesian kat anak-anak pagi-pagi dah kena usung ke rumah orang,kalau dok rumah bolehlah bangun lambat sikit,lepaih tu depa seronok dok umah macam-macam boleh buat.. tengok tv dari celik mata sampai nak tidur 24 jam tv tu terpasang,kalau tv tu boleh cakap dah lama dah agaknya dia menjerit suruh tutup,bab mandi satu hal depa punyalah seronok mandi sampai berjam dok bawah pancuran air suam tu lantaklah asalkan depa bahagia aku tak dan nak mandikan dok sibuk ngan baby kecik ni. si baby kecik ni lagi satu hal 24 jam dok berkepit ngan aku susah jadinya nak masuk toilet pun dia nak ikut,nak makan jenuh pinggan dok letak sebatu dari mulut kalau dekat dia capai..aduhai letih cam ni tapi aku tetap gemuks walaupun makan tergopoh gapah....tu sapa nak jawab. Bab memasak paling best aku akan masak apa yang depa suka terutama anak keduaku ariez yang kaki makan tu tak habih-habih dia ucapkan terima kasih kat aku sebab masakkan untuk dia...sama-sama sayang apa yang mama lakukan hanyalah untukmu anak-anak tersayang..

Hari ni hari last cuti aku rasa malas pulak nak masak..semalam aku buat kari tulang n kentang ada banyak lagi aku panaskan yang tu jelah...sat lagi goreng ikan n sayur cukuplah menu untuk hari ni...anak-anak sat gi goreng telur dadar jelah dah letih dok rumah. Kalau gi kerja tu bolehlah bersiap sakan pakai baju cantik,mekap sikit,buh minyak sikit pendek kata bolehlah melaram...


Kat rumah ni aku rasa cam bibik pun ada dok pakai t.shirt n kain batik je nak mandi kena tunggu adib lena dulu,bau pulak macam-macam ada bau ayam,ikan pekasam,peluh masem...hai entahlah....

Apapun esok kene keje suka ke tak suka hidup perlu diteruskan yang berlaku akan tetap berlaku....tunggu......

Jitra banjir


pekan Jitra

laluan tepi SMJ

pekan Jitra

depan SMJ

depan SMJ

pekan jitra

pekan jitra

jln jitra kodiang

jln depan taman sinaran

sungai bata

jln kg biak ke bukit wang


Inilah gambar-gambar yang sempat me n hubby rakamkan semasa banjir yang berlaku pada 3hb yang lalu.Gambar ni dah lama dirakam cuma tak dan nak upload kat dlm blog ni..almaklumlah walaupun cuti panjang tetapi tugasan dirumah ni lagi ......panjang.

Kepada sesiapa yang tak sempat melihat banjir kat daerah kubang pasu ni ...lihatlah

Kejadian ini bukan kali pertama malah pernah berlaku pada tahun 2005 dan berulang semula pada tahun ini...rumah mak mertua juga tidak terkecuali..air naik paras pinggang menyebabkan banyak perabut musnah....

Adakah banjir ini musibah yang diturunkan oleh Allah sebagai peringatan kepada manusia yang begitu rakus memusnahkan alam semulajadi ciptaan Allah...

Sama-samalah kita fikirkan...

Kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang terlibat dengan banjir ini..bersabarlah setiap kejadian tentu ada hikmah disebaliknya....