Wednesday, November 17

Kepulangan

Semalam hari raya Aidil Adha..semuanya seperti biasa..namun sms yang kuterima jam lebih kurang 5 petang dari zuriah benar-benar membuatku terpaku seketika...terasa amat bersalah kerana tidak sempat melawat izat anak kak romlah yang terlantar koma pada hari jumaat yang lepas...

Kembalinya Shahrul Izat bin Azhar benar-benar membuatku rasa sedih yang amat...kerana beliau merupakan teman baik aliff anakku pada 7 tahun yang lepas ketika aku masih di KMP dan menjadi warden bersama kak Romlah.Masih terngiang-ngiang di telingatku panggilan bang jat buat si arwah...yang merupakan anak lelaki bongsu kak romlah pada ketika itu...

Takziah kepada kak romlah di atas kehilangan permata hati yang amat disayangi semalam...semoga Allah memberikan rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Amin

Pemergian arwah ke rahmatullah lebih kurang jam 10 pagi disebabkan kemalangan motorsikal yang diboncengnya bersama kawan karib...dimaklumkan bahawa akibat kemalangan tersebut Izat mengalami koma kerana tengkorak kepalanya mencucuk otak menyebabkan pendarahan yang tidak berhenti...ini menyebabkan doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana keadaanya yang tidak stabil.

Sms yang kuterima pada jumaat lepas lebih kurang jam 11.00 malam membuatkan tidurku terganggu kerana asyik terkenangkan si arwah yang ku anggap macam anak sendiri kerana hubungan akrab antara beliau dan aliff. Pertukaran ku ke KMK merenggangkan hubungan antara dua sahabat ketika kecil...amat terkilan sekali aku kerana tidak sempat melawat arwah semasa hayatnya masih ada.

Buat kak Romlah takziah sekali lagi dan aku amat yakin bahawa beliau seorang yang tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan tuhan ini..keyakinan ini berdasarkan pengalamanku bersama beliau lebih kurang 2 tahun ketika menjadi warden di KMK..susah dan senang kami hadapi bersama.

Al-Fatihah buat Sharul Izat bin Azhar...Allah hanya meminjamkan hayatnya selama 14 tahun sahaja....Amin.

No comments:

Post a Comment