Tuesday, January 25

Birthday Ariez




Happy birthday to you,happy birthday to you,happy birthday to you...happy birthday to Ariez Naufal happy birthday to you....mungkin itulah lagu yang didendangkan oleh anak-anak kecil seusianya pada jam 10 pagi tadi di Pra SKSAT.

Hari ni ulangtahun kelahiran anak keduaku...dia dilahirkan pada 26.1.2005 di Hospital Besar  Alor Setar dan disambut oleh pakar  bedah Dr Nasir pada jam 3.45 petang dengan berat semasa lahir 3.15kg.

Hari ini  genap usianya 6 tahun...

Selama 9 tahun aku menantikan kehadiran cahaya mata keduaku  ini setelah anak sulungku berusia 9 tahun...dia anak yang kutunggu-tunggu,melahirkannya umpama menyambut anak sulung kerana jarak masa 9 tahun menyebabkan aku lupa segalanya dan segala persiapan menyambutnya seperti menyambut bayi sulung....

Masih ku ingat bagaimana anak sulungku setiap hari meminta nak adik kerana hanya dia seorang,sedangkan kawan-kawan lain semua mempunyai adik...dan hampir menitis airmataku melihat dia yang keseorangan ketika bermain di taman depan rumah kerana waktu itu kami baru berpindah ke rumah baru yang sekarang kami diami sejak 9 tahun dulu, tiada siapa yang dia kenal kerana semua kawan-kawannya berada di Perlis dan tadika pun di Montessori Arau Perlis...dan Alhamdullilah kini doa anak sulungku di dengari dan dia mendapat 3 orang adik selepas itu...berderet-deretlah pulak.

Muhammad Ariez Naufal nama yang kami persetujui untuk diberikan kepada anakku ini yang bermaksud "Dermawan yang Terpuji".Ketika lahirnya tiada masalah sehingga ke hari ini,berat badannya sentiasa meningkat dan apa yang ku suapkan akan ditelan tanpa banyak masalah.

Cuma satu yang sentiasa ada pada anakku ini selesemanya sentiasa ada,tidak pernah berhenti malahan kadangkala menyebabkan berlaku infenction dalam telinga...menurut kata doktor anakku ini mengalami alahan hidung oleh banyak faktor,salah satu ialah ais,mungkin habuk,mungkin makanan,habuk,debu dan banyak lagi faktor yang tak pasti mana satu....menurut kata doktor lagi ia disebabkan suamiku yang menpunyai resdung jadi alahan berlaku kepada anakku ini...dah banyak doktor dan ubat tradisional aku pergi tapi nampaknya ia masih belum hilang....mungkin ia akan hilang melalui masa bila anakku semakin dewasa dan imunisasinya semakin kuat.

Bercerita tentang anakku ini...apa yang sangat ku ingati ialah setiap kali aku membuat makanan kesukaannya mulutnya tidak lepas dari mengucapkan terima kasih...."terima kasih mama sebab masakkan kat adik"itulah ayat yang sering diucapkan kepadaku...membuatkan aku berasa sangat syahdu...... kadangkala dia bertanya padaku.."mama...mama pandai tak buat makanan ini...bila aku jawab tak pandai dia akan marah...dengan nada tinggi dia jawab...mama ni belajarlah buat, adik suka apalah mama ni,tapi bila aku jawab pandai,dia kata nanti mama buat kat adik yer...

Walaupun dia ada 2 orang lagi adik tapi bila berbicara denganku dia mesti gunakan kata diri adik...tak kisahlah sayang..mungkin dia nakkkan perhatian sebab selalunya ibu-ibu hanya memberikan perhatian pada adik-adik sahaja....

Kini dia dah masuk Pra sekolah,tahun depan masuk darjah satu,angan-angannya padaku nak bbeli rumah besar,kereta besar,mainan banyak,makanan sedap dan nak jadi kaya.idolanya adalah bang long,nanti nak sekolah kat Jenan macam along....pernah ku tanya semula nanti bila adik ada rumah besar,boleh tak mama nak duduk rumah adik,bila adik ada kereta besar boleh tak mama naik kereta adik,....mestilah boleh itulah jawapan yang membanggakan ku....

Mama mendoakan apa yang adik angankan,impikan semasa kecil ini akan menjadi kenyataan....

Buat anakku tersayang ini mama sangat menyayangimu.....

Sunday, January 23

Sedih dan Pilu

Hari ini hari kedua kembali ke kolej....patutnya rasa happy tapi entah mengapa perasaan ini terasa sayu dan pilu...mengenangkan result UPS pelajar-pelajarku...bukan kali pertama seperti ini tapi entahlah kali ini aku rasa benar-benar frust dengan mereka,kerana usaha-usahaku untuk membantu mereka tidak mereka hargai...aku tidak mengharapkan apa-apa balasan tapi cukuplah dengan memberi kejayaan itupun kebaikan buat mereka juga...

Pagi-pagi lagi jam lapan aku ada kuliah kat DKK1...hari ini sambungan topik penciptaaan kredit,iaitu faktor-faktor yang membataskan penciptaan kredit,lebih kurang 20 minit aku menerangkan,jadi ada lebih masa lebih kurang 35 minit lagi...aku memang dah plan nak buat latihan,so soalan yang telah diprintkan semalam aku edarkan...aku bagi masa untuk menjawab soalan dan aku bagitau aku akan panggil mereka untuk menerangkan di depan dan siapa yang tidak dapat jawab akan berdiri di hadapan sehingga habis kelas....

Aku terpaksa berbuat demikian walaupun dalam hati ada rasa sedih kerana bagiku usia seperti mereka bukan lagi untuk diberi hukuman tetapi sebagai kawan berbincang...tetapi mereka yang tidak tahu dan tidak faham...mereka alpa dengan dunia mereka di kolej ini...mereka bersuka-suka dan berseronok sahaja tanpa menghiraukan pelajaran,mereka asyik bersms,berfacebook dan bercintan....

Pernah aku bertanya kepada pelajar apa yang mereka buat semasa di kuliah....dan jawapan mereka amat mengeciwakan...katanya dikuliah paling best kerana mereka boleh berehat tak perlu menjawap soalan seperti di kelas tutorial,bayangkan apa yang mereka dapat...sebab itu aku tak hairan setiap kali habis kuliah usah ditanya sebarang soalan kerena mereka akan menjawab tak tahu apa pun puan...Sebab tu dalam kuliah mereka nantikan untuk bersembang...malahan ada yang bersms dan memasang earphone mendengar lagu...terlena apatah lagi...bukan aku tak tau cuma kadangkala aku tidak menegur secara direct kerana tidak mahu memalukan....

Sepatutnya dalam kuliah tumpuan penuh harus diberikan kerana disitulah pensyarah menerangkan isi-isi penting pelajaran...dalam kelas tutoran hanya untuk membuat latihan sahaja...tetapi sekarang ni pensyarah terpaksa mengajar dalam dua-dua kelas kuliah dan tutoran...tapi tak kisahlah asalkan mereka mahu belajar tetapi.....semuanya hampeh saje.

Aku ada satu kelas tutoran hari ini...jam 11 pagi dan aku melangkah ke kelas dengan perasaan yang sedih...kerana keputusan kelas ini sangat menyedihkan...markah terendah 13.setengah per 40 bermakna dia akan dapat gred F.Hanya seorang yang dapat A....apa yang lebih menyedihkan berdasarkan skrip jawapan didapati mereka ni seolah-olah tak pernah menjawab soalan tersebut,sedangkan sebelum ini mereka telah membuat soalan-soalan tutorial,soalan kuiz,latihan tambahan dan program kecemerlangan yang mana ianya hampir sama malahan soalan sebelum ini lebih sukar dari soalan UPS tersebut...tapi jawapan yang dipersembahkan oleh mereka sangat mengeciwakan......

Aku amat terkilan kerana mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh sedangkan mereka mempunyai potensi untuk berjaya dengan cemerlang,tetapi mereka mengignorekan apa yang mereka ada...mungkin mereka ini belum ada kesedaran tentang pentingnya pelajaran pada masa depan...tapi persoalannya bila mereka akan sedar...dan bila kesedaran mereka sampai mungkin masa tidak mengizinkan....disitulah nanti timbulnya penyesalan tapi sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya...wahai anak-anak didikku sedarlah,masa tidak menunggu kita...hanya kita yang dapat mengubah diri sendiri.

Masih ada masa buat mereka untuk mengubah sikap,PSPM akan datang pada bulan 4 bermakna ada 2 bulan lebih untuk mereka berusaha....berjaya dan gagal,bijak dan jahil,mulia dan hina seseorang itu hanya DIRI SENDIRI yang akan menentukan.

Sekarang ni aku rasa malas sangat nak gi mengajar samada dalam kelas tutoran atau kuliah...rasa semangat dah hilang bila mengenangkan sikap pelajar-pelajar yang mengambil mudah dan remeh sesuatu perkara,mengajar mereka umpama mencurah air ke daun keladi kerana ia akan jatuh ke bumi.....
Kadang aku rasa macam nak bersara awal,boleh dapat heart attack kalau sikap mereka macam ni...tapi kadangkala aku fikir lantaklah,apa nak jadi jadilah mereka bukan anak aku,mereka anak orang....tapi mungkin darah guru mengalir dalam jiwaku...

Wahai anak-anak didikku bangunlah,bangkitlah dari khayalan,peluang datang tidak berkali-kali,gunakan lah peluang ini sebaik mungkin sementara masih di sini...

Buat diriku teruskan mengajar mereka tanpa jemu..... 
  

Letih dan Sedih

Hari ni naik kerja semula...tapi awatlah rasa letih sesangat...rasa macam badan tak berdaya sangat...ya Allah letih sungguh...mungkin sebab hari khamis ari tu dok pulun sangat mendobi rumah...luar dan dalam...mula pagi tu basuh lantai kat depan dan keliling rumah...terbongkok-bongkok sambil menyapu air...lepas tu camana pula jadi teringin nak basuh kereta Exora tu...terrbongkok-bongkok lagi biarpun tak serupa kedai tapi nampaklah jugak kilatan nya...habis lebih kurang 9 lebih. Masuk dalam pulak mengemop pulak lantai kat dapur yang melekit-lekit bila berjalan...maklumlah anak-anak kecil pulak tu semua hero maunya tak tumpah segala air yang diminum,susu dan macam-macamlah...dah lama dah nak mengemop tu tapi dok tunggu peluang yang tak de...

jadi alang-alang cuti dan hantar Adib kat rumah mak lang...maka apalagi akupun jadi le cinderella...alang-alang mengemop dapur biarlah sampai satu rumah...aduh letih rupanya...berpeluh-peluh dan terasa semput nafasku...mungkin ini petanda bahawa aku semakin dimamah usia dan kudrat yang ada makin tidak berdaya tapi kugagahi jua untuk buat...yalah kat sapa lagi yang aku nak harap kalau tak kat diri sendiri....

Habih mengemop aku memanjat tangga dan turun tangga menggantikan langsir kat bilik-bilik yang aku rasa debunya dah dekat seinci...turun naik,turun naik last-last aku rasa sakit pinggang yang teramat...aduh sekali lagi aku bermuhasabah bahawa benarlah bahawa gunakan masa sihat sebelum datang masa sakit...aku dah semakin tua agaknya...kalau sebelum ni aku tak rasa apa-apapun...tapi tidak lagi kini...rupa-rupa Allah telah mula menarik perlahan-lahan nikmat yang diberi....

Sudahnya pada petang tu badanku rasa seram sejuk menandakan yang aku nak demam.habih segala urat ku sakit dengan sakit kepala...akhirnya aku telan ubat sakit bdan,angin dan sakit kepala....

Kuingatkan segalanya akan ok macam biasa tapi rupa-rupanya mengambil masa untuk pulih seperti sediakala...mungkin aku tak benar-benar rehat lagi...sepanjang cuti anak-anakku bergilir-gilir demam,dok jaga siang dan malam,menambahkan lagi letihku ini....

Hari ni pulak aku amat-amat sedih melihat keputusan UPS kelasku,aku terasa amat kecewa...hampir menitis air mataku ini...tapi apakan daya mungkin ini ujian tuhan buatku...mungkin tidak cukup usahaku untuk membantu mereka...Ini menambahkan lagi rasa letihku....

Hari ni kelam kabut dengan kuliah bab 4...bank satu tajuk yang agak susah...aku bertungkus lumus menyediakan soalan...moga usaha ku ini mendapat keberkatan.....supaya anak-anak didikku ini dapat faham dengan lebih jelas.....

"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya"


Sunday, January 9

Aliff Pergi Jua






Terasa baru semalam dia kembali ke pangkuanku...kini dah hampir setengah bulan dia meninggalkan ku,meneruskan perjuangan mencari ilmu bekal dunia dan akhirat...

Pergilah wahai sayang mama merelakan walaupun dalam hati terselit seribu rasa kerinduan,teruskan perjuangan tambahan tahun ini merupakan tahun penting buatmu semoga berjaya mendapat 8A PMR 2011...

Walaupun sekolahmu tak jauh dari rumah,dan saban minggu mama datang melawat bersama buah tangan dan makanan kegemaran tapi tidak serupa dengan adanya dirimu di rumah...

Ketahuilah anakku bahawa dirimu umpama sebelah tangan buat mama...sepanjang cuti sebulan dirimu berada dirumah banyak kerja-kerja mama yang kau tolong bereskan...mama senaraikan disini walaupun nampak kecil tapi sebenarnya amat besar...umpama pepatah berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul...
* kali pertama dirimu meminta mama mengajar membasuh menggunakan washing machine,akhirnya setiap hari  kau membasuh baju...
* pernah mama bertanya apa yang aliff buat selepas bangun tidur,jawapanmu tengok tv dan facebook,mama bertanya lagi tak de masa ke nak lipat kain...akhirnya setiap hari bila mama melangkah masuk akan ternampak susunan kain-kain yang telah dilipat...alhamdulillah...
* setiap kali mama balik masuk ke dapur akan terlihat pinggan mangkuk yang tertiarap di dalam sinki menandakan anak mama ini telah membasuhnya...
* pabila kaki memijak lantai terasa kesat menandakan dikau telah menyapunya waalaupun menggunakan vacuum...
*hijaunya dedaun di dalam pasu menunjukkan ia telah disirami olehmu...
* bersihnya  lantai di car porch kerana sapuanmu...
* Mahunya adib kepadamu berkat penjagaanmu semasa mama sibuk memasak...dan adanya dirimu dirumah menambahkan lagi riuh rendahnya rumah kerana usikanmu terhadap adik-adik...

Along mama amat menghargai segala jasa-jasamu,membantu mama sehari-harian...apa yang mama kesalkan mama tidak sempat memasakkan makanan kegemaran kepadamu sepeninggalan mama ke tempat kerja,mama membiarkan dirimu mencari sendirian dengan hanya membekalkan wang RM 10 sehari dan pandai-pandailah dirimu mencari...

Dirimu sangat berdikari..setiap hari membuat sarapan sendiri membuat roti bakar dengan planta,menggoreng telur mata kerbau atau suku masak,membancuh milo atau horlick dan akhirnya sendirian menikmati makanan yang dibuat..entahkan sedap entahkan tidak....

Maafkan mama sayang kerana tidak dapat memberikan sepenuhnya tumpuan kepadamu sepanjang cuti persekolahan kerana kadangkala kesibukan mama melayan adik-adikmu yang masih kecil,kerana mereka amat memerlukan tenaga mama untuk menguruskan mereka...

Apapun mama tidak melepaskan peluang mendengar ceritamu setiap kali melawatmu...

Semoga 2011 membawa kejayaan buatmu...mama doakan yang terbaik buatmu, mama ikhlas dan redha terhadapmu...

Tadika



Mama....bila mama nak cuti...adik bosanlah duduk rumah maklang...itulah ayat yang sering diluahkan oleh anak keduaku ini...setiap kali aku bersiap ke tempat kerja itulah ayat yang sering diulang-ulang sehingga kadang-kadang aku naik muak mendengar dan aku akan membalas dengan kata pujukan dan kadangkala marah...bang iez ni awat haaa..mama kena gi kerja,cari duit..nak bayar rumah,kereta,beli makanan,mainan.susu dan bla,bla,bla hingga aku rasa dia pun confused apa yang aku bebelkan...dia cuma tanya bila mama nak cuti aje....

Aku rasa tahap kebosanan anakku ini sampai ke tahap maksimum selepas dia berhenti dari tadika Al-azhar...selepas beberapa bulan mengikuti tadika tersebut,selepas hari raya puasa dia tak mau dah gi tadika...setiap kali aku sebut gi sekolah dia akan mengalirkan air mata,kadang aku paksa jugak pergi tapi setiap kali aku ambik petang dari rumah pengasuh dia akan menangis,aku nasihatkan dan bertanya dengan baik kenapa adik tak mau gi tadika,dia kata tak syok,ada kawan buli dia...aku antara percaya dengan tidak..rumah aku dengan tadika tersebut bersebelahan,jadi setiap kata dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di tadika tersebut aku dengan dengan jelas,malahan aku seringkali mengintai dari rumahku apa yang mereka buat....tidak hairanlah anakku dibuli...walaupun badan dia besar tapi hati dia kecik...dan ada pelajar 6 tahun yang lebih besar dari dia....

Kemuncak kesedihannya yang aku rasa aku patut keluarkan dia dari tadika itu bila dia jadi trauma,pantang bila aku sebut tadika dia akan menangis,dia tak lalu makan walaupun anakku ini sangat suka makanan,hidupnya tak ceria dan selalu bersedih...akhirnya aku dan husband mengambil keputusan untuk berhentikan dia dari tadika tersebut....saja aku tak bagitau cikgu tadika untuk melihat respon dari guru-guru tersebut,1 minggu,2 minggu dan hingga ke akhirnya tiada langsung pertanyaan dari guru-guru tersebut...dan aku mengambil kesimpulan patutlah anak aku tidak ceria langsung bila di sana....
Itu kisah tahun lepas 2010 yang telah hampir sebulan ditinggalkan.

Kini tahun 2011 aku mendaftarkan anakku ini di Pra sekolah SKSAT,Alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar,malahan anakku ini berasa seronok untuk ke sekolah dan lihatlah dia bersungguh-sungguh membuat kerja sekolah...dan katanya dia nak jadi kaya boleh beli rumah besar,kereta besar dan duit banyak...dia nak jadi pandai macam along nanti sekolah kat Jenan...along idola dia...dan setiap hari hari dia suruh aku ajar ABC,walaupun sepatutnya semasa di Al-Azhar lagi dia dah hafal dan mengenali..tapi biarlah aku relah mengajarnya asalkan dia bahagia...

Betullah kata kak Yati persekitaran mempengaruhi emosi anak...semoga 2011 membawa kejayaan kepada anakku ini...dan keseronokannya kekal berpanjangan.....