Sunday, January 23

Sedih dan Pilu

Hari ini hari kedua kembali ke kolej....patutnya rasa happy tapi entah mengapa perasaan ini terasa sayu dan pilu...mengenangkan result UPS pelajar-pelajarku...bukan kali pertama seperti ini tapi entahlah kali ini aku rasa benar-benar frust dengan mereka,kerana usaha-usahaku untuk membantu mereka tidak mereka hargai...aku tidak mengharapkan apa-apa balasan tapi cukuplah dengan memberi kejayaan itupun kebaikan buat mereka juga...

Pagi-pagi lagi jam lapan aku ada kuliah kat DKK1...hari ini sambungan topik penciptaaan kredit,iaitu faktor-faktor yang membataskan penciptaan kredit,lebih kurang 20 minit aku menerangkan,jadi ada lebih masa lebih kurang 35 minit lagi...aku memang dah plan nak buat latihan,so soalan yang telah diprintkan semalam aku edarkan...aku bagi masa untuk menjawab soalan dan aku bagitau aku akan panggil mereka untuk menerangkan di depan dan siapa yang tidak dapat jawab akan berdiri di hadapan sehingga habis kelas....

Aku terpaksa berbuat demikian walaupun dalam hati ada rasa sedih kerana bagiku usia seperti mereka bukan lagi untuk diberi hukuman tetapi sebagai kawan berbincang...tetapi mereka yang tidak tahu dan tidak faham...mereka alpa dengan dunia mereka di kolej ini...mereka bersuka-suka dan berseronok sahaja tanpa menghiraukan pelajaran,mereka asyik bersms,berfacebook dan bercintan....

Pernah aku bertanya kepada pelajar apa yang mereka buat semasa di kuliah....dan jawapan mereka amat mengeciwakan...katanya dikuliah paling best kerana mereka boleh berehat tak perlu menjawap soalan seperti di kelas tutorial,bayangkan apa yang mereka dapat...sebab itu aku tak hairan setiap kali habis kuliah usah ditanya sebarang soalan kerena mereka akan menjawab tak tahu apa pun puan...Sebab tu dalam kuliah mereka nantikan untuk bersembang...malahan ada yang bersms dan memasang earphone mendengar lagu...terlena apatah lagi...bukan aku tak tau cuma kadangkala aku tidak menegur secara direct kerana tidak mahu memalukan....

Sepatutnya dalam kuliah tumpuan penuh harus diberikan kerana disitulah pensyarah menerangkan isi-isi penting pelajaran...dalam kelas tutoran hanya untuk membuat latihan sahaja...tetapi sekarang ni pensyarah terpaksa mengajar dalam dua-dua kelas kuliah dan tutoran...tapi tak kisahlah asalkan mereka mahu belajar tetapi.....semuanya hampeh saje.

Aku ada satu kelas tutoran hari ini...jam 11 pagi dan aku melangkah ke kelas dengan perasaan yang sedih...kerana keputusan kelas ini sangat menyedihkan...markah terendah 13.setengah per 40 bermakna dia akan dapat gred F.Hanya seorang yang dapat A....apa yang lebih menyedihkan berdasarkan skrip jawapan didapati mereka ni seolah-olah tak pernah menjawab soalan tersebut,sedangkan sebelum ini mereka telah membuat soalan-soalan tutorial,soalan kuiz,latihan tambahan dan program kecemerlangan yang mana ianya hampir sama malahan soalan sebelum ini lebih sukar dari soalan UPS tersebut...tapi jawapan yang dipersembahkan oleh mereka sangat mengeciwakan......

Aku amat terkilan kerana mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh sedangkan mereka mempunyai potensi untuk berjaya dengan cemerlang,tetapi mereka mengignorekan apa yang mereka ada...mungkin mereka ini belum ada kesedaran tentang pentingnya pelajaran pada masa depan...tapi persoalannya bila mereka akan sedar...dan bila kesedaran mereka sampai mungkin masa tidak mengizinkan....disitulah nanti timbulnya penyesalan tapi sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya...wahai anak-anak didikku sedarlah,masa tidak menunggu kita...hanya kita yang dapat mengubah diri sendiri.

Masih ada masa buat mereka untuk mengubah sikap,PSPM akan datang pada bulan 4 bermakna ada 2 bulan lebih untuk mereka berusaha....berjaya dan gagal,bijak dan jahil,mulia dan hina seseorang itu hanya DIRI SENDIRI yang akan menentukan.

Sekarang ni aku rasa malas sangat nak gi mengajar samada dalam kelas tutoran atau kuliah...rasa semangat dah hilang bila mengenangkan sikap pelajar-pelajar yang mengambil mudah dan remeh sesuatu perkara,mengajar mereka umpama mencurah air ke daun keladi kerana ia akan jatuh ke bumi.....
Kadang aku rasa macam nak bersara awal,boleh dapat heart attack kalau sikap mereka macam ni...tapi kadangkala aku fikir lantaklah,apa nak jadi jadilah mereka bukan anak aku,mereka anak orang....tapi mungkin darah guru mengalir dalam jiwaku...

Wahai anak-anak didikku bangunlah,bangkitlah dari khayalan,peluang datang tidak berkali-kali,gunakan lah peluang ini sebaik mungkin sementara masih di sini...

Buat diriku teruskan mengajar mereka tanpa jemu..... 
  

No comments:

Post a Comment