Saturday, July 23

Today is My Birthday



aku kini semakin mengembang kerana bahagia dengan kehidupan

rumahku syurgaku


rumah ku syurgaku

kereta ku yang banyak berjasa

anak bongsuku yang kini berusia 1 tahun 5 bulan

anak keduaku yang kini berusia 6 tahun lebih

anak sulungku yang kini berusia 15 tahun


anak ketigaku yang berusia 4 tahun lebih

teman sebantalku yang semakin loving n caring
alhamdulillah,hari ini genap umur 40 tahun...masih bernafas untuk menikmati alam ciptaaan tuhan,masih berpeluang untuk membesarkan anak-anak kesayangan dan masih bernafas untuk teruskan perjuangan sebagai pendidik.

Selama 40 tahun aku hidup,banyak suka dan duka dalam kehidupan yang dilalui,susah senang bersama keluarga dan rakan-rakan. Segalanya tetap segar dalam ingatan.

Alhamdulilah dalam umur begini,sekurang-kurang aku telah memiliki sebuah rumah yang tidak terlalu kecil,tidak juga terlalu besar tetapi cukuplah untuk kami sekeluarga berlindung dari hujan dan panas,terima kasih ya Allah kerana memberikan rezeki untuk ku beli sebuah rumah...biar jauh dari keluarga namun aku bersyukur,walaupun jauh dinegeri orang,tetapi aku tidak perlu meminta-minta...syukur ya Allah.

Dalam tempoh 40 tahun ini juga aku bebas bergerak ke sana sini,dengan rezeki yang Allah bagi aku mampu memiliki 2 buah kereta,aku bersyukur ya Allah, walaupun kereta buatan Malaysia sahaja,tapi cukuplah untuk mengangkut kami 6 beranak ke mana-mana.

Dalam usia begini ku panjatkan kesyukuran kepadamu ya Allah kerana telah mengurniakan zuriat kepadaku bukan satu,bukan dua tetapi empat...merekalah penawar suka dan duka,dapatlah aku merasai kenikmatan menjadi seorang ibu yang mana bukan semua orang merasainya...walaupun hajatku untuk mendapat anak perempuan tidak termakbul  namun aku redha ya allah mungkin ada hikmah tersembunyi yang tidak aku ketahui...

Aku juga amat bersyukur dan berterima kasih kepadamu ya Allah kerana memberikan rakan-rakan seperjuangan yang amat baik dan begitu memahami serta tidak pernah menyakiti hati,sentiasa membantu dalam keadaan susah dan senang samada dari segi mental atau spiritual,sentiasa menyokong walau dimana berada...kredit kepada kak yati,mek rose dan kak ida terutamanya serta teman-teman seperguruan yang lain...moga kalian tetap seperti sekarang tidak berubah walaupun masa sentiasa berubah...

Waktu datang silih berganti,peningkatan usia bertandang demi tahun,dan aku berdoa agar peningkatan usia seiring dengan peningkatan amal dan semoga kehidupan hari ini lebih baik dari semalam,dan esok lebih baik dari hari ini...kehidupan adalah dinamik sentiasa berubah dari masa ke semasa...

Ya Allah aku bermohon kepadamu,berkatilah hidupku,panjangkan usiaku supaya boleh aku beramal soleh kepadamu dan membesarkan anak-anakku yang masih kecil kerana mereka amat memerlukan bantuanku untuk menjadi lebih dewasa,dan peliharalah kesihatanku,supaya mudah aku mengerjakan suruhanmu,ya Allah tambahkanlah iman di dadaku supaya boleh aku masuk ke syurgamu...

Peningkatan usia bermakna aku semakin dewasa mengharungi liku-liku kehidupan ini,moga peningkatan usia seiring dengan peningkatan amal ibadahku...

Doakan aku semoga dalam peliharaan Allah SWT...amin,amin ya rabbal alamin.

Wednesday, July 20

CINTA,KASIH SAYANG DAN HATI



C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Wednesday, July 13

Niat Yang Ikhlas

Wasiat Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang,buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya. Barang siapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah dan Rsul-Nya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan Rasul-Nya (dan diberi pahala),dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya sampai kepada yang diniatnya itu".  (HR.Bukhari dan Muslim)

"Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan,kemudian menjelaskan keduanya. maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan,kemudian tidak dikerjakannya,Allah mencatat untuknya satu kebaikan (pahala),dan jika kemudian dikerjakannya,maka dicatat sepuluh kebaikkan (pahala),dan mungkin ditambah hingga tujuh puluh kali lipat atau lebih dari itu. Dan apabila seseorang berniat akan berbuat kejahatan,kemudian tidak dikerjakannya,maka Allah mencatat baginya satu kebikan (pahala).Dan jika niat itu dilaksanakan,maka dituliskan baginya satu kejahatan". (HR Bukhari dan Muslim)

Wednesday, July 6

Petua 8P

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.


"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Tuesday, July 5

Dinamiknya Kehidupan

Jika kita merenung pantai,ombak yang datang silih berganti,seolah-olah tiada henti. Pasang surut kehidupan,terjelma indah saat kita melihat ombak dan pantai.

Begitu juga putaran alam,terbit dan terbenam matahari,perubahan bentuk bulan daripada anak bulan kepada bulan sabit dan lengkap menjadi bulan purnama,tetap dan akan terus berlaku tanpa henti,hingga ke hujung usia alam ini. Tiada siapa akan dapat menghentikannya kecuali takdir Allah s.w.t.

Jika melihat hutan dan tumbuhan,betap pokok yang tumbuh akan terus membesar dan bercambah sejajr dengan peredaran masa dan zaman. Pernahkah kita memerhati,bagaimana pohon yang bermula dengan biji benih yang kecil,kemudian bertunas menumbuhkan batang muda,mengeluarkan pucuk,menjadi daun bercambah ranting dan dahan dan akhirnya tegak berdiri sebagai pohon yang rendang dan rinbum..apakah gambaran semua ini?

Inilah gambaran dinamiknya kehidupan. Hidup adalah sesuatu yang dinamik,bukan statik. Dari satu detik ke satu detik yang lain,pasti berlaku perpindahan,perubahan,peningkatan atau penurunan,pertambahan atau pengurangan. hatta suatu yang kelihatan tidak bergerak seperti batu gunung atau bukit juga tetap berlaku perubahan. Alur air yang mengalir di celahan batu,akan mengukir dan merubah landskap dan bentuk batu tersebut. Tunggul kayu yang mati juga akan mereput dan merelai,dengan perjalanan masa.

Begitu juga insan,tanpa disedari kita mengalami perubahan sama ada kita sedar atau tidak. Dulu kita lahir sebagai bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa.Hendak mwnyuapkan makanan ke mulut sendiri pun kita tidak tahu.

Fizikal juga berubah secara dinamik. Hari demi hari berlaku tumbesaran dan perkembangan. Dari seorang bayi menjadi kanak-kanak. Keupayaan otot kita membenarkan kita mengiring,meniarap,merangkak dan berdiri. Apabila kita mula menapak,kita mampu berjalan dan berlari,bahkan boleh memanjat,menunggang,memandu,berkayuh dan sebaginya. Inilah kehidupan dinamik yang kita lalui.

Ketika bayi,rambut kita mungkin nipis atau sedikit,tetapi semakin lebat dan menghitam menjelang dewasa. Seiring peningkatan usia,warna rambut akan berubah dengan hadirnya uban dan rambut putih di kepala. Apakah ini kebetulan? atau gambaran dinamiknya kehidupan.

Kehidupan akan berjalan terus,meskipun kita cuba menolak dan melawannya.Menolak kehidupan yang dinamik,seolah-olah menolak takdir Allah s.w.t ke atas kita. Pada saat takdir menerpa,kita tidak mampu menepisnya. Ketika takdir menjelma,kita tiada daya untuk menolaknya.

Oleh sebab itu,kita harus berjalan seiring dan sejajar dengan kehidupan yang dinamik ini.semua yang ada di alam ini,setiap hari mengalami perubahan.....

dipetik dari majalah solusi.

Sunday, July 3

Majlis APC dan Jasamu Dikenang

Aku dan mek rose

Aku sempat lagi berposing selepas menyusun atur bunga-bunga hiasan dipentas

sebahagian pandangan dari depan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010.Segala sumbangan yang anda taburkan di KMK khususnya dalam mendidik anak bangsa diberkati dan diberikan pengiktirafan.Kepada yang tidak mendapat bukan bermakna anda tidak bagus dan tidak layak,cuma mungkin belum masanya dan Allah SWT belum mengkehendakinya lagi. Teruskan mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan apa-apa sumbangan atau pengiktirafan kerana itulah sebaik-baiknya dalam kehidupan.

Buat Kak Siti Ramlah bt Saad,selamat bersara,jasamu tetap dikenang.Walaupun kita tidak begitu rapat tapi peluang ketika bermain bola jaring ketika menentang staf KMPH dan KMPP tidak akan dilupakan,serta banyak lagi kenangan manis sepanjang perjalanan ke Terengganu dan Kelantan...hanya gambar sebagai kenangan.Selamat meneruskan perjuangan.

Kali ini aku ditugaskan menjadi ketua persiapan pentas,yang selalunya diterajui oleh kak yati,tapi entah kenapa aku pulak yang jadi,tapi tak pelah,ahli-ahli ajk tetap orang yang sama,kak yati and mek ros mudah nak buat kerja dah faham sikap dan cara masing-masing buat kerja.mudah,tak banyak songeh dan banyak toleransi.

Majlis sambutan diadakan pada 30.6.2010 bersamaan hari khamis,manakala 29 hb cuti umum israk mikraj,bermakna 28hb kena siapkan tugasan, namun malang tidak berbau musibah tidak diduga,rumah kak yati dimasuki pencuri,jadi jam 7 pagi kak yati sms bagitau cuti,dalam hati dah agak,dan bila baca sms confirm kak tie cuti.mulanya rasa sedih dan takut jugak kot-kot tak leh nak buat,tapi tentunya sedih lagi kak yati yang kehilangan barang berharga,so tak pelah mek rose ada,dalam hati berharap jangan mek rose cuti sudahlah.

Habis kelas jam 10 pagi terus ke dewan banquet,che mah dah angkat pokok-pokok bunga duplicate dari dewan mahawangsa,sementara tunggu mek rose balik dari post office susun dulu sorang-sorang,mujur ada rafi n suhaily,kemudian datang kinah n murni,jadi meriah sikit,so susun sana,susun sini,tarik sana,tarik sini,angkat sana,angkat sini,tabur sana,tabur sini,tetap nampak tak cantik jugak,yelah selalunya guna pokok-pokok hidup,kali ni kena guna pokok-pokok plastik,recycle semula apa yang apa, maklum zaman kemelesetan melanda,kuasa beli sangat berkurangan,akhirnya bersepakat dengan mek rose pinjam sat bunga kat bilik mesyuarat mahsuri,bunga kesayangan amelia,kak tie n kak ida...maaf yer kami terpaksa ambil sebab nampak sangat pentas tu tak de seri,akhirnya dengan bantuan rafi,maka akhirnya bolehlah boleh...naik seri jugak pentas tu nampak sedondon dengan back drop yang kaler purple lembut tu...itulah yang termampu kami lakukan.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar,segala yang dirancang berjalan dengan sempurna...dan sekali lagi tahniah kepada semua penerima APC teruskan kecemerlangan anda walaupun di mana saja anda berada....