Aku dan mek rose |
Aku sempat lagi berposing selepas menyusun atur bunga-bunga hiasan dipentas |
sebahagian pandangan dari depan |
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010.Segala sumbangan yang anda taburkan di KMK khususnya dalam mendidik anak bangsa diberkati dan diberikan pengiktirafan.Kepada yang tidak mendapat bukan bermakna anda tidak bagus dan tidak layak,cuma mungkin belum masanya dan Allah SWT belum mengkehendakinya lagi. Teruskan mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan apa-apa sumbangan atau pengiktirafan kerana itulah sebaik-baiknya dalam kehidupan.
Buat Kak Siti Ramlah bt Saad,selamat bersara,jasamu tetap dikenang.Walaupun kita tidak begitu rapat tapi peluang ketika bermain bola jaring ketika menentang staf KMPH dan KMPP tidak akan dilupakan,serta banyak lagi kenangan manis sepanjang perjalanan ke Terengganu dan Kelantan...hanya gambar sebagai kenangan.Selamat meneruskan perjuangan.
Kali ini aku ditugaskan menjadi ketua persiapan pentas,yang selalunya diterajui oleh kak yati,tapi entah kenapa aku pulak yang jadi,tapi tak pelah,ahli-ahli ajk tetap orang yang sama,kak yati and mek ros mudah nak buat kerja dah faham sikap dan cara masing-masing buat kerja.mudah,tak banyak songeh dan banyak toleransi.
Majlis sambutan diadakan pada 30.6.2010 bersamaan hari khamis,manakala 29 hb cuti umum israk mikraj,bermakna 28hb kena siapkan tugasan, namun malang tidak berbau musibah tidak diduga,rumah kak yati dimasuki pencuri,jadi jam 7 pagi kak yati sms bagitau cuti,dalam hati dah agak,dan bila baca sms confirm kak tie cuti.mulanya rasa sedih dan takut jugak kot-kot tak leh nak buat,tapi tentunya sedih lagi kak yati yang kehilangan barang berharga,so tak pelah mek rose ada,dalam hati berharap jangan mek rose cuti sudahlah.
Habis kelas jam 10 pagi terus ke dewan banquet,che mah dah angkat pokok-pokok bunga duplicate dari dewan mahawangsa,sementara tunggu mek rose balik dari post office susun dulu sorang-sorang,mujur ada rafi n suhaily,kemudian datang kinah n murni,jadi meriah sikit,so susun sana,susun sini,tarik sana,tarik sini,angkat sana,angkat sini,tabur sana,tabur sini,tetap nampak tak cantik jugak,yelah selalunya guna pokok-pokok hidup,kali ni kena guna pokok-pokok plastik,recycle semula apa yang apa, maklum zaman kemelesetan melanda,kuasa beli sangat berkurangan,akhirnya bersepakat dengan mek rose pinjam sat bunga kat bilik mesyuarat mahsuri,bunga kesayangan amelia,kak tie n kak ida...maaf yer kami terpaksa ambil sebab nampak sangat pentas tu tak de seri,akhirnya dengan bantuan rafi,maka akhirnya bolehlah boleh...naik seri jugak pentas tu nampak sedondon dengan back drop yang kaler purple lembut tu...itulah yang termampu kami lakukan.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar,segala yang dirancang berjalan dengan sempurna...dan sekali lagi tahniah kepada semua penerima APC teruskan kecemerlangan anda walaupun di mana saja anda berada....
No comments:
Post a Comment