Wednesday, June 22

Ujian

Hidup di dunia adalah untuk diuji.Dalam surah al-Mulk,Allah S.W.T menegaskan bahawa tujuan dia menguji adalah untuk menunjukkan siapa antara manusia yang terbaik amalannya. Jadi,ujian yang Allah datangkan bukan untuk mendra,tetapi mendidik manusia agar menjadi lebih baik.

Salah satu cara allah menguji manusia adalah dengan mengurniakan nikmat. Allah mengurniakan nikmat tidak sama kadar,tempoh masa dan caranya,antara seorang manusia dengan yang lain. Ada yang dapat lebih,ada yang dapat kurang.Ada yang dapat cepat,ada yang lambat dapat. Ini bukanlah kerana Allah tidak adil (Maha suci Allah),tetapi justeru sifat keadilanNya,Allah menetapkannya begitu. Pengagihan nikmat secara adil kepada manusia itu bukanlah bererti sama banyak atau sama rata. Namun,segala nikmat itu dikurniakan bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan masing-masing.

apabila ada hamba yang dikurniakan nikmat yang banyak,maka pihak yang mendapat nikmat yang sedikit akan teruji. Mengapa aku mendapat sedikit? Apabila ada orang yang mendapat nikmat dengan cepat,yang mendapat lambat pula akan tertanya-tanya mengapa aku lambat sangat? Maka,sesiapa yang gagal melihat hikmah disebalik "ketidaksamaan" ini akan timbullah sifat hasad dalam dirinya.

Orang yang hasad hanya melihat kelebihan orang lain berbanding kelebihan diri sendiri. Fikirannya menjadi negatif apabila sering melihat nikmat yang ada padanya. Justeru,mana mungkin ada rasa bersyukur sekiranya asyik melihat kekurangan? Orang yang hasad sentiasa fokus kepada orang yang didengkinya. Mengapa dia yang dapat.aku tidak?Mengapa dia yang pandai,aku tidak?

Persoalan-persoalan itu sentiasa menekan jiwa dan perasaan. Berasa tidak cukup dan tidak bersyukur menyebabkan timbulnya harapan agar nikmat yang ada pada orang lain hilang. Ini penderitaan jiwa yang dahsyat.

orang yang hasad akan menderita 2 kali,pertama disebabkan kekurangan yang dimilikinya dan kedua disebabkan rasa ingin menghilangkan nikmat pada orang lain.orang yang hasad akan dihumban ke dalam neraka. Namun sebelum menderita di neraka akhirat,mereka akan mengalami neraka dunia. Yakni neraka dalam bentuk keresahan,kekacauan dan kegalauan hati yang tidak berkesudahan....

Rasa insaf dalam hati setelah membaca majalah solusi bulan ini...Terima kasih kepada pengarang Pahrol Mohamad Juoi atas isu bulan ini...

Semoga Allah membuang jauh-jauh sifat hasad sekiranya ada dalam hati....

No comments:

Post a Comment