bermula 1-5/6 yang lalu aku balik kampung Gemas,Negeri Sembilan sebab mak adakan kenduri doa selamat sempena pemergiaan mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah buat kali kedua.
Sebelum balik adib dah menunjukkan tanda-tanda demam,dan cam biasa aku berikan ubat demam yang sentiasa ada masa on the way balik dan hatta kat rumah mak pun aku tak pernah culas menjaga kesihatannya. Masa kat sana cuaca sangat panas,ditambah dengan keadaan rumah mak separuh batu separuh papan menyebabkan dalam cuaca panas terik terasa berbahang sangat,panasnya..kipas tak berhenti berpusing,ditambah lagi dengan bilangan ahli keluarga teralu ramai,menyebabkan keadaan lagi terasa panas...tekak apalagi sentiasa dahaga,jadi ais@air batu tak pernah ketinggalan,memanjang minum kena buh ais...jadi sikecilku tak terkecuali,dia dok nak jugak bila orang minum ais dia akan minta nak nak,nak nak,aduh kesian pulak aku dengar so apalagi dia pun join sama minum ais.
On the way balik hari ahad dia ok lagi tak demam pun sihat cam biasa,tapi bermula hari isnin dan seterusnya dia mula buat perangai,tak mahu letakpun,dia asyik nak dukung jer,kalau aku letak dia menangis,kadangkala geram jugak nak mandi pun tak boleh,masak apalagi,so aku ikutkan saja karenahnya,tak terfikirpun dia nak demam teruk.
Hari selasa malam adikku dari kl sampai untuk bercuti..jam 2 pagi mereka sampai.aku kerja seperti biasa tak ambik cutipun untuk entertain mereka sebab crk dah tinggal berapa hari je dan aku dah banyak tinggal kelas sebab cuti 3 hari minggu sebelumnya,cuma suamiku saja yang menyambung cuti dan membawa mereka berjalan-jalan.
Adib dah mula demam,aku cuma ambik ubat sahaja tanpa berjumpa doktor,dan hari jumaat family aku dan adik ke penang,sebab adikku tu tak pernah sampai penang,jadi kami join sama konon untuk menunjukkan jalan di penang. masa ni adib still demam,dan tak kebah walaupun diberikan ubat demam,bila demamnya kuat aku sumbatkan ubat kat punggung,barulah panasnya kurang.
Hari sabtu pagi baru aku perasan dalam mulut adib penuh dengan sawn putih(ikut kata orang Kedah),bukan sahaja disekitar mulut tapi penuh dianak tekak,ya Allah kesiannya anakku,itu pasallah dia dok meragam dan demam tak kebah.On the way balik singgah kat KMC,doktor kata jangkitan kuman,dan paru-paru adib dah penuh dengan kahak sebab dia dok batuk teruk,doktor suruh warded,tapi aku tak mau kesian kat dia nanti kenan cucuk sana sini,jadi aku minta ubat dulu.Kami juga minta air penawar untuk menghilangkan panas.
Selepas 2 hari makan ubat 4 jenis (paracetamol,salbutamol expectorant,antibiotik klacid dan clarintyne)adib hilang suara,kesiannya anakku,mungkin panas ubat kot...aduh risaunya aku...sehingga ke hari ni suaranya masih tak berapa keluar,menangis pun tak kedengaran,dan missnya suara manja dia panggilku mama,ma,ma,ma.
Semalam jumpa tok dan minta penawar sekali lagi,kot kali ni serasi,katanya tak pe demam budak-budak cepat baik,lega hatiku,dia hembus jugak kat anak aku,mujurlah demamnya dah hilang,aku cuma berikan antibiotik sahaja dan ubat batuk..takut panas sangat...malam semalam aku check dalam mulut dia masih banyak sawan dan masih merah-merah,masuk ari ni dah 5 hari tak hilang-hilang lagi...harap-harap boleh baik cepat.
Kesian kat anakku ni,mungkin dia penat berjalan jauh,dan mungkin silap aku jugak kot,tak sempat nak merebus botol-botol susu dia,dok sibuk bersembang ngan kakak-kakak dan anak sedara...
Aku kena positif adib akan baik cepat.....
No comments:
Post a Comment