hari ni lebih kurang jam 11 pagi ayah dan rombongan akan mendarat di KLIA.ayah akan sampai dari Mekah kerana menunaikan rukun islam ke 5, memunaikan umrah.walaupun ini kali ke dua ayah menunaikan umrah tapi kerana kecintaan dan keseronokan ke sana membuatkan ayah tak serik walaupun semakin dimamah usia.
rasa sedih dan sedikit terkilan kerana tidak dapat menghantar dan menjemput ayah di KLIA.bukan tak sudi tapi kerana jarak yang memisahkan,pada masa inilah rasanya rugi sangat duduk berjauhan dengan mak dan ayah,tak dapat bersama mereka di saat mereka memerlukan,namun apakan daya semuanya telah ditentukan oleh Allah..dialah sebaik-baik perancang.
Semalam call along,tanya sapa nak ambik ayah dan mak,sebelum bertolak ke mekah,mak suruh bangcik ambik,tapi semalam along bagitau bangcik tak leh ambik sebab dia ada masalah sendiri,adik izan pulak alasannya azhar baru balik dari songkhla penat,hai macam-macam alasan...sedih aku mendengarnya.akhirnya yang akan di ambik husband along n ain anak sedaraku dan terus ke rumah along sebab along akan adakan majlis doa selamat kat rumah dia...semoga segalanya berjalan lancar.
Buat ayah walaupun ateh tak dapat bersama menyambut kepulangan ayah,tapi ateh tetap mengikuti khabar dan mendoakan yang terbaik buat ayah..semoga kepulangan ayah kali ini lebih diberkati dan mendapat haji yang mabrur...
Sempena hari bapa,ateh nak ucapkan bahawa ateh sangat sayangkan ayah,ayah sangat baik dan tak pernah marah kat ateh..ateh masih ingat ayah sanggup hantar ateh ke seremban naik motor sebab waktu tu kita masih susah,untuk interview guru,dan alhamdulillah ateh dapat offer ke maktab tapi terpaksa buat pilihan ke "U".ateh juga masih ingat ayah tunggu ateh kat pekan bahau,pada malam hari sebab tunggu ateh balik dari UUM sintok...
Banyak lagi jasa-jasa ayah yang tak mungkin ateh lupakan...
Buat ayah ateh sayang kat ayah....
No comments:
Post a Comment