Tuesday, September 4

cuti-cuti merdeka

pengisian cuti merdeka bagi kami tak lain tak bukan dengan mengunjungi tempat rutin kami...mana lagi kalau tak taman tema tasik darul aman golf n country club...bermula dengan malam ambang merdeka di kmk dan diikuti dengan hari merdeka di taman tasik tu...

selepas sambutan ambang merdeka dikmk,kami terus ke tasik untuk melihat sambutan di sana pulak...dimulai dengan ceramah agama oleh ustaz kasim elias,diikuti nasyid dan persembahan oleh kumpulan yang dipilih..acara kemuncak malam tu ialah tembakan bunga api tepat jam 12 malam...acara yang dinantikan oleh orang ramai samada dari tasik atau lebuhraya utara selatan...

sebelah siang diikuti acara untuk kanak2 seperti pertandingan mewarna,persembahan gerak gempur tentera dan pameran...anjuran kelab pemuda UMNO kubang pasu...

sentuhan terakhir pada petang sambutan kemerdekaan

pelajar mengambil tempat


sebahagian pensyarah kmk yang hadir


dik dib pun join sama tapi tak dok diam dalam majlis


akhirnya terpaksanalah saya mengeluarkan diri dari majlis yang berlangsung disebabkan dik dib tak dok diam takut mengganggu perjalanan majlis..masa ni tengah tunggu babah sampai untuk ke tasik pulak


tak sempat dengar ceramah ust kazim...dah habih tengah dok makan...


my favourite ust yang lawak bila bagi ceramah


acara petang merdeka untuk kanak2 riang ni


bang iez seronok main dalam castle angin ni
mama n adib...posing lagi noo
moga cuti yang singkat ni dapat menghiburkan anak2 dengan menghabiskan masa bersama...quality time better than quantity...for our kids...

Sunday, September 2

Ambang Merdeka

salam syawal dan salam merdeka kepada semua pengunjung yang sudi singgah di laman diary hati ni...

tiada perkataan yang dapat menggantikan perkataan Alhamdulilah kerana berakhir sudah acara sambutan ambang merdeka untuk peringkat kolej matrikulasi. setelah hampir 2 bulan merancang,dari acara kempen kibar jalur gemilang,diikuti sambutan bulan kemerdekaan dan akhirnya sambutan ambang merdeka...

kalau ikutkan hati rasanya tidak tertanggung dengan beban kerja yang diletakkan diatas pundak jemala ni..namun tugas buat kita tetap perlu dilaksanakan...suka atau tidak,gembira atau duka,bahagia atau derita,segalanya perlu diteruskan...

sebelumnya acara sambutan bulan kemerdekaan,dibawah JK sambutan kemerdekaan tetapi sekrg telah dimasukkan dalam JK 1 Malaysia,mahu atau tidak kami terpaksa rela membuat semuanya...alhamdulillah atas komitmen semua JK 1 Malaysia akhirnya selesai sudah acara yang memang dituntut oleh BMKPM.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Azalan selaku,penasihat JK 1 Malaysia yang sangat memahami...Pn Zaiton Che Soh Pengerusi 1 Malaysia,En.Zaki Penyelasa 1,dan tentunya kak ani fikri setiausaha yang banyak menabur jasa atas sumbangan tenaga dari menyedia kertas kerja sehinggalah selesai acara dan barisan krew persiapan pentas Yuppa,Syafaz,Aslindawati dan Azliza dan lan serta pekerjanya atas sumbangan idea dan tenaga fizikal...hanya Allah yang dapat membalasnya...
 Buat siti tipah,terima kasih atas curahan idea dan sumbangan persembahan semasa ambang merdeka...

Sebagai penyelaras 1 JK 1 Malaysia,merangkap ketua Persiapan Pentas,sempat dirakamkan suka duka semasa menyediakan pentas...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...mujur titik jernih dari kelopak mata tidak sempat mengalir....

bunga baru yang sempat dibeli menggantikan bunga kuning pentas yang rasa telah lama tidak berganti

gabungan lama dan baru


bunga lama telah digantikan


team persiapan dewan sedang menyumbang tenaga


team sedang memasang scallop


benda-bendera digantungkan oleh pekerja upahan


baru separuh jalan bersambung lepas rehat jam 2


sentuhan akhir memasang scallop


pentas diserikan dengan lampu lip lap..kerja2 menyiapkan pentas diteruskan walaupun rehearsal berlangsung..kerja2 hanya berakhir hampir jam 7 petang...

sempat aku n yuppa posing


bersama org kuat program che ton,kak ani,siti,yuppa n me..


aku ada gaya jadi bos tak????