Sunday, September 2

Ambang Merdeka

salam syawal dan salam merdeka kepada semua pengunjung yang sudi singgah di laman diary hati ni...

tiada perkataan yang dapat menggantikan perkataan Alhamdulilah kerana berakhir sudah acara sambutan ambang merdeka untuk peringkat kolej matrikulasi. setelah hampir 2 bulan merancang,dari acara kempen kibar jalur gemilang,diikuti sambutan bulan kemerdekaan dan akhirnya sambutan ambang merdeka...

kalau ikutkan hati rasanya tidak tertanggung dengan beban kerja yang diletakkan diatas pundak jemala ni..namun tugas buat kita tetap perlu dilaksanakan...suka atau tidak,gembira atau duka,bahagia atau derita,segalanya perlu diteruskan...

sebelumnya acara sambutan bulan kemerdekaan,dibawah JK sambutan kemerdekaan tetapi sekrg telah dimasukkan dalam JK 1 Malaysia,mahu atau tidak kami terpaksa rela membuat semuanya...alhamdulillah atas komitmen semua JK 1 Malaysia akhirnya selesai sudah acara yang memang dituntut oleh BMKPM.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Azalan selaku,penasihat JK 1 Malaysia yang sangat memahami...Pn Zaiton Che Soh Pengerusi 1 Malaysia,En.Zaki Penyelasa 1,dan tentunya kak ani fikri setiausaha yang banyak menabur jasa atas sumbangan tenaga dari menyedia kertas kerja sehinggalah selesai acara dan barisan krew persiapan pentas Yuppa,Syafaz,Aslindawati dan Azliza dan lan serta pekerjanya atas sumbangan idea dan tenaga fizikal...hanya Allah yang dapat membalasnya...
 Buat siti tipah,terima kasih atas curahan idea dan sumbangan persembahan semasa ambang merdeka...

Sebagai penyelaras 1 JK 1 Malaysia,merangkap ketua Persiapan Pentas,sempat dirakamkan suka duka semasa menyediakan pentas...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...mujur titik jernih dari kelopak mata tidak sempat mengalir....

bunga baru yang sempat dibeli menggantikan bunga kuning pentas yang rasa telah lama tidak berganti

gabungan lama dan baru


bunga lama telah digantikan


team persiapan dewan sedang menyumbang tenaga


team sedang memasang scallop


benda-bendera digantungkan oleh pekerja upahan


baru separuh jalan bersambung lepas rehat jam 2


sentuhan akhir memasang scallop


pentas diserikan dengan lampu lip lap..kerja2 menyiapkan pentas diteruskan walaupun rehearsal berlangsung..kerja2 hanya berakhir hampir jam 7 petang...

sempat aku n yuppa posing


bersama org kuat program che ton,kak ani,siti,yuppa n me..


aku ada gaya jadi bos tak????


No comments:

Post a Comment