Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to you adib...happy birthday to you..
mengimbas detik 7 tahun yang lalu..teringat lebih kurang 7.50 pagi mendapat panggilan telefon dr klinik mahsuri, jitra bertanya bila nak sampai..kerana tarikh dan waktu telah ditetapkan untuk menjalani ceasarean kali ke empat...
berdebar2 usah cerita..takut..seriau..ngeri..berani..tabah..suma ada..mengenangkan ini kali ke 4 terpaksa menjalani ceasarean kerana sepanjang mengandung selama 4 kali..tidak pernah dapat melahirkan secara normal..walaupun kali kedua dan kali ketiga menjalani induce...akhirnya pasrah ketentuan Illahi bahawa melahirkan zuriat melalui pembedahan adalah yang terbaik buat diriku...aku redha walaupun sakit selepas bius hilang hanya Allah yg mengetahui..
Bercerita tentang adib...si bongsu yg semakin nakal..byk akal...petah berbicara..berani dan yakin dalam tindakan...sentiasa ada menemaniku dlm byk ruang waktu...
Dia permata bongsu..amanah allah buatku...yg suatu ketika tidak aku ingini kewujudannya kerana aku tidak bersedia utk kelahiran ke 4.. Ditmbh usia ank ke3 yg dekat..serta mengenangkan tidak ada yg akan menjagaku didlm pantang kerana usia ibu yg semakin dimamah usia dan jarak perjlnan yg pjg utk dtg..buat aku benar2 tidak bersedia..
Akhirnya aku mengambil keputusan berjumpa doktor pakar perbidanan...berbincang dr sudut perubatan dan islam adakah masih blh dan dibenarkan utk aku menggugurkan janin yg masih terlalu muda...
Dlm pertemuan tersebut doc memberikan satu artikel yg berkaitan utk aku baca...renungkan...fikirkan dan akhirnya membuat keputusan...
Setelah berfikir panjang antara kami suami isteri...akhirnya kami terima janin dlm kandungan sepenuh hati...mengenangkan ini rezeki dr Allah swt...bayangkan terlalu ramai wanita dan isteri diluar sana amat teringin utk mengandung dan mempunyai zuriat sendiri..membuat kami redha dan menerima sepenuh hati baby ini...
Syukur kami tdk mensia2 kan zuriat ni...
Akhirnya tanggal 15 februari kami dengari tangisan dari zuriat lelaki kami yg ke 4.. Walaupun aku mengharapkan baby girl...rezeki dr Allah...sepanjang tempoh berpantang aku ditemani ibu sendiri selama 2 minggu yg sanggup dtg dr jauh..dan selebihnya aku mengupah pembantu khas
...kak gayah.. Allah permudahkan buatku
..segalanya berjln lancar...alhamdulillah...
2017 genaplah sibongsuku 7 tahun...mama mendoakan supaya anak mama ini membesar dgn sihat..beroleh kejayaan dunia dan akhirat..penyejuk hati mama babah..mendoakan mama di alam barzakh nnt..menjadi anak yg soleh...kami syg adib sgt2...
ketika bercuti di Penang
peace yoll