Tanggal 19 september 2016... Merupakan detik yg menyulam pelbagai rasa di sanubari...sedih..sayu..pilu..gembira...bahagia...syukur..semuanya bergabung menjadi satu...
Lebih kurang jam 6.30 meleraikan sebuah pelukan buat insan tersayang...mohd aliff haikal bin rosni..sebuah nama indah yg diabadikan buat anak sulung kami...deraian demi deraian air mata berguguran di pipi...menzahirkan sebuah rasa yg teramat sedih kerana terpaksa melepaskan dia pergi demi menuntut ilmu yg dicari...
Tawaran ke University of Sheffield, UK dalam bidang engineering diterima usai berhempas pulas..melalui jerih perih dalam pengajian A-level selama 2 tahun di KMS..
Syukur atas rezeki dan nikmat yg diberi..akhirnya impian selama ini utk study di sana Allah SWT makbulkan..alhamdulillah syukur ya Allah..
Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...ungkapan yg amat sesuai buatmu anak..atas usaha2 yg kau lakukan...akhirnya impianmu Allah tunaikan...
Disini mama abadikan sedih pilu..suka duka ketika mengiringi langkah perjalananmu meninggalkan bumi Malaysia yg dicintai..
Ingatlah..tiap detik nafasmu..tiap langkah kakimu..doa mama sentiasa ada mengiringimu..
Belajarlah bersungguh2.. Moga kejayaan demi kejayaan sentiasa dirimu genggam..
Bertabahlah disana anakku..lalui perit getir di bumi barumu...kau akan merasai nanti..betapa bermaknanya merantau dalam hidupmu...
No comments:
Post a Comment