Tuesday, September 7

Esok balik Raya

salam kepada semua rakan-rakan yang sudi mengunjung blog saya ni..lama dah tak update sbb sibuk sangat nak buat banyak benda untuk menghadapi PTK 4 yang dah bermula 1.9.2010 yang lau.alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar dan persediaan nampaknya ok setakat ini dan 2 orang KJ tu dah masuk mantau satu kelas tutoran dan satu lagi kelas kuliah. Keputusan tak tau macam mana.harap-harap kali berjaya dengan cemerlang..apapun tahap sah-sah tak boleh dapat coz baru memangku DG 48...kalau dah hakiki Insyaallahlah..bila nak dapat hakiki ni..

apapun Ramadhan semakin menghilang,syawal semakin menjelang..mungkin aidil fitri akan disambut pada hari jumaat..mengikut kiraan ahli falak..sibuk ke tak sibuk ke raya tetap kena sambut.

Ye ye esok nak balik kampung dah jumpa ibu bapa tercinta yang jauh kutinggalkan beratus-ratus kilometer semata-mata untuk mencari rezeki di bumi orang dan sekarang bermastautin di sini. kalau tak raya atau ada apa-apa kenduri rasanya susah untuk aku pulang..bukan tak mau tapi cuti matrik tak sama dengan cuti anak sekolah..tak sanggup aku pulang ke kampung tanpa mereka.

Kepada ayah dan ibu..nantilah kepulangan anakandamu ini yang sarat dengan rasa rindu...doakan semoga anakandamu pulang dengan selamat.

buat kawan-kawan tersayang terutama kak Ida,Mek Ros dan Kak yati selamat menyambut hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin..

SELAMAT HARI RAYA

1 comment:

  1. SELAMAT HARI RAYA NORA...MAAF ZAHIR BATIN..SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI...

    ReplyDelete