Raya datang lagi..macam biasa aku akan pulang berhari raya di negeri sembilan macam tahun-tahun sudah..bukan aku tak mau beraya di sini mengikut giliran macam di awal perkahwinan dulu tetapi sejak kebelakangan ini my hubby begitu suka pulang ke kampung negeri sembilan..aku pun tak pasti kenapa..kadangkala aku terfikir juga pada mak mertuaku di sini apakah yang dia sangka kat aku tiap-tiap tahun dok pulang kat NS sahaja tak kira raya puasa atau raya haji..pokoknya pantang ada peluang my hubby kalau ada peluang mesti nak balik sana..
mungkin apa yang aku sangkakan betul iaitu my hubby ni seorang yang suka berjalan-jalan@ makan angin..bila pulang ke sana aku akan pergi merata tempat..ke rumah mak-mak sedara di kampung Lubok cina,rumah kakak di Melaka,NS,adik di kuantan dan KL abang di Johor..lagi satu adik beradik aku ramai 9 orang darab suami dan isteri dah jadi 18,termasuk mak dan ayah 20 orang + anak-anak sedara lebih kurang 40 orang..bayangkan duduk dalam satu rumah..kalau pencuri masuk tentu tak tau nak lari ikut mana sebab setiap tempat ada penghuni..kalau tidur hari malam masyaallah tak de ruang nak berjalan...tapi aku n anak-anak tetap dalam bilik tambahan tahun ni mak siap bubuh aircond lagi..bukan apa aku jenis yang tak leh tidur kat tempat luas..mata aku ni payah nak pejam tambahan pula akulah tiap-tiap tahun dok balik awal jadi bolehlah booking mana-mana bilik yang ada.Mujurlah rumah mak aku kat FELDA tu besar bolehlah menampung semua kaum kerabat..aku rasa tu pasallah hubby aku ni suka.Adik beradik dia cuma 4 orang anak-anak sedara + anak sendiri baru 11 orang dah tu kebanyakan baru nak hidup.
Jadi aku rasa tak salah kalau aku tiap-tiap tahun balik raya kat negeri aku..lagi satu aku dah berkorban dah duk kat sini..mek ros tak kahwin orang senegeripun tak pe gak,sama je cam mek ros boleh balik sana tiap-tiap tahun dan tak perlu agih rumah lagi.
Disini aku paparkan kemeriahan hari raya di kampung untuk tatapan aku sendiri sebagai kenangan...kerana masa dan usia takkan berpatah lagi.
malam raya anak dan anak sedara dok meriah main bunga api yang setiap tahun disupply oleh suamiku
kaum kerabat mak aku beraya di rumah mak lang kakak emakku di Lubok Cina NS yang setiap tahun kami kunjungi..bezanya tahun ini tak berjumpa dengan uwan kerana dia telah dipanggil menghadap Illahi.
inilah wajah ayah dan bonda yang telah melahirkan aku dan 9 orang yang lain..saban tahun ku pulang aku melihat mereka semakin dimamah usia.buat bonda walaupun kurang menunjukkan kasih sayang namun aku mengerti tiada seorang ibupun tidak menyayangi anak-anaknya hatta seekor kucing pun.terima kasih ayah dan bonda kerana melahir,membesar dan mendewasakan aku..budimu tidak mampu kubalas
kenangan bersama ayah dan bonda di pagi raya
aku dan anak-anak terunaku yang semakin membesar
minta maaf kat hubby aku..zai minta maaf bang untuk dosa-dosa yang lepas..yang akan datang minta maaf tahun depan pulak ya
anak teruna sulungku yang semakin menginjak dewasa
anak keduaku yang manja dan pandai mengambil hati..sering mengucap terima kasih atas apa yang kuberikan..
bang cik yang kadangkala sering memeningkan kepalaku yang tak reti duk diam.dah 2 tahun balang kuih raya kat rumah mak aku dia pecahkan.
dalam perjalanan pulang balik kampung,singgah sat kat sungai perak berhenti rehat.sempat posing maklumlah sejak ada blog ni tak habih-habih ambik gambar.
No comments:
Post a Comment