Tuesday, December 28

Gi Penang

25hb.12.2010 kenduri kahwin kat Pekan Darat Sungai Puyu,Butterworth  rumah sepupu husband...kenduri jatuhnya pada hari sabtu..jadi alang-alang nak gi kenduri tu maka aku n husband bercadang untuk bawa anak-anak melancong ke Penang...so bertolaklah kami pada hari jumaat tu 24.hb.Kami tidak bersendirian kerana turut disertai 3 orang lagi kawan husband n keluarga masing-masing.

Kami bertolak awal lebih kurang 8.30 pagi dari Jitra dan bersepakat menunggu di r&r Gurun..sampai lebih kurang jam 9.30 pagi..breakfast dulu makan nasi lemak n kopi tarik..akhirnya setelah semua sampai lebih kurang 10.30 pagi bertolak ke Penang.Sampai kat Penang kami cari tempat menginap dulu..sebenarnya husband dah booking hotel kat butterworth tapi memandangkan kami nak gi pesta penang rasa macam tak berbaloi pulak kalau tidur kat butterworth..so kami cari hotel.akhirnya kami dapat Friendship motel itupun nasib baik ada kosong untuk 4 buah bilik...

Sebelum boleh check in kami gi teluk bahang dulu...saja berehat dan anak-anak tak lepaskan peluang mandi air terjun...sejuk sampai ke tulang sum-sum..ramainya manusia mengambil kesempatan berkelah sempena cuti hujung minggu..kemudian kami menyusur pantai batu Feringgi pula...saja berehat dan berposing...akhirnya kami check in dan rancangan seterusnya nak ke Pesta Penang pula....

 Feri yang membawa penumpang dari seberang ke pulau
 Kapal dagang sedang belayar yang sangat menarik minat anak-anak terunaku
 cam biasa kena posing atas feri...aliff tukang ambik gambar
 kat Teluk Bahang
 anak-anak seronok bila jumpa air


 airell seronok naik motor...mana ariez ni..alamak dia tak mau naik pulak dah
 hadiah yang menarik minat pengunjung...punyalah susah nak dapat
 aliff temankan airell naik keretapi..ariez takut lagi
 masa ni nak gi kenduri dah

 kat rumah kenduri..tak sempat posing ngan pengantin sebab tak balik lagi dari make-up

Adib pun seronok gi pesta penang

No comments:

Post a Comment