kami bergambar di bus stop pasar payang
anak-anak dan anak sedara yang seronok berjalan
posing lagi kat dataran pasar payang
keluarga bang cik berehat sebentar sementara menanti ahli rombongan lain bershopping
Masjid kristal kebanggaan orang Terengganu
Hubby ngan darling Adib
mana bang iez ni..merajuk ke tak mau ambik gambar sekali..
keluraga besarku yang sempat mengabadikan kenangan di masjid Kristal sebelum bertolak balik ke Kuantan
Adib yang sebiji mukaku
Sambungan rentetan family day kat Cherating kami teruskan dengan melawat Terengganu pula.Ini kerana mak dan ayahku teringin sangat nak gi Masjid Kristal kerana mereka tak pernah sampai kat sana..Aku pulak ini merupakan kali kedua aku ke sana..kali pertama dulu ikut rombongan KMK tahun 2008...
Kami bertolak dari rumah adikku Mazlah lebih kurang jam 10 pagi ini kerana kami terpaksa menghantar segala peralatan yang digunakan semasa buat family day dulu kerana terlalu banyak barang...
Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih dari Balok..Kuantan.Oleh kerana kami berkonvoi 5 buah kereta maka masing-masing tak boleh laju kerana hanya adikku Mazlah n Kamal shj yang tahu jalan ke sana...jadi supaya tidak ada yang tersesat maka kami terpaksa follow dengan kelajuan yang sama...ini menyebabkan kami berasa agak susah kerana terpaksa menunggu dan mengekor.
Sampai di Pasar Payang lebih kurang jam 2 petang,kami diperuntukkan masa 2 jam sahaja untuk shopping...bagi orang lain mungkin sekejap tetapi bagi aku pula agak lama kerana aku di situ tidak sampai sejam kerana anak kecik-kecik nak pilih kain pun susah..tambahan pula waktu tu dah memang waktu Adib tidur jadi dia dok menangis nak tidur dalam stroller pula tak leh sebab kat situ laluan agak sempit nak menolak pun tak leh...
Jadi aku buat keputusan kena keluar dari bazar tersebut awal...akhirnya aku sempat membeli t.shirt sorang sehelai buat anak-anak sebagai tanda mereka pernah pergi ke sana..untuk aku tak payahlah walaupun baju batik cantik-cantik di mataku tapi tak sempat nak belek...lagipun mahal lebih baik aku beli kat kak sharimah je harga lebih kurang sama boleh ansuran sampai 10 kali lagi.
Janji jam 4 tapi 4.30 along n kak Bedah belum nampak batang hidung lagi...aduh masing-masing dan keboringan dan lapar sebab belum makan tengahari lagi..tunggu punya tunggu akhirnya nampak batang hidung mereka...ahh lega maka kamipun beredar ke tempat makan.
Dalam perjalanan entah kenapa anak ketigaku si airell buat perangai...dia menangsi sekuat-kuatnya sebabnya aku suruh buang sampah yang bertaburan iaitu plastik dalam kereta dia buang ikut dan tak mahu buang dalam tong sampah...mana boleh sebab tempat kami parking tu tepi pantai...lagipun aku seorang yang berhemah..heh heh jangan mare ya kengkawan hok bena ni...
Lepas tu si aliff pun ambik sampah tu dan buang dalam tong...maka dia pun melalak sekuat hatinya sampai tak mau turun makan kat restoran tu..pujuk punya pujuk tak jalan,cara lembut tak mahu...apalagi aku pun dukung dia bawa turun nak makan tapi dia dok menangis sekuat-kuat hatinya..bayangkan dahlah semua orang tengok kat aku,dukung dia lagi yang beratnya 18 kilo tambah lagi aku lapar....ya Allah aku rasa macam nak buang je dia...nasib baik imanku kuat dan perasaan seorang ibu begitu kuat ...kalau tak aku tak tau apa yang jadi....aku tau mungkin dia mengantuk sangat tu yang buat perangai...
Habis makan lebih kurang jam 6.30 petang kamipun beredar ke Masjid Kristal yang terletak di Losong..perjalanan tak lama sangat dalam 6.45 kami pun sampai...jadi kami berhenti sembahyang jamak,kelik sana kelik sini hingga waktu maghrib tiba...sembahyang jamak ...
Sebelum balik kami sempat berposing ramai-ramai di depan masjid Kristal sebagai kenangan bahawa pada 5.12.2010 kami telah sampai di sana...entah bila kami bersama rombongan akan ke sana lagi....
Lebih kurang jam lapan kami bertolak balik ke Balok Perdana menuju hotel lima bintang Mazlah...on the way singgah sat beli keropok losong tapi bukan kat losonglah sebab dah terlepas...tak pelah janji ada ole-ole bawa balik....sodap jugak
Kami sampai lebih kurang jam 11 malam....tak sempat singgah makan coz anak-anak dah tertidur keletihan kerana perjalanan yang panjang...
Setelah mengemas dan mengeluarkan apa yang patut...apa lagi terus terbungkang tidur keletihan dan kelelahan...esok perjalanan akan diteruskan.....

No comments:
Post a Comment