Sunday, February 6

Bersantai di Tasik Darul Aman


 Ariez bersedia untuk melepaskan kipas terbang
 gaya Airell bila disuruh bergambar
 seronok berlarian mengejar kipas yang dilepaskan
 Airell melihat di mana kipas akan landing
 Adib seronok boleh main gelongsor
bersedia untuk gelongsor ke bawah
Setiap minggu kalau tak ke mana-mana  di sinilah tempat kami akan pergi untuk menghirup udara segar...selalunya setiap petang jumaat lebih kurang jam 4 kami akan berkelah dulu di SMSAH Jenan,melawat anak sulungku yang belajar di sana...habih lebih kurang jam 6 selalunya kami akan terus gi Tasik Darul Aman bawak anak-anak bersiar-siar sambil makan-makan free kat kedai mak tuk...mentang-mentanglah mak tuk berniaga di sana kami pun apalagi sesekali ambik ler peluang makan free...

Selalunya kalau week day kat sini tak ramai orang,tapi kalau weekend or public holiday selalunya di sini menjadi tumpuan orang ramai menghabiskan masa bersiar-siar atau berjogging...melihat orang ramai rasa seronok pulak...dan anak-anak apalagi tak lepas peluang berkejaran dengan kipas terbangnya.

Penjual pun apalagi selalu ambik kesempatan,mentanglah orang ramai,harga kipas terbang pun melambung naik,tapi tak pelah demi anak-anak asalkan mereka seronok sudahlah...

Sesiapa yang belum pernah datang jomlah mai sini,sekarang ni banyak perubahan yang berlaku,sepanjang jalan ke tasik telah ditumbuhi dengan kawasan perumahan mewah....sesiapa yang berminat bolehlah booking satu...aku tak mampu kot.

No comments:

Post a Comment