Friday, February 11

Mandi kat Lost World of Tambun








seronok sesekali boleh main pasir

anak teruna sulungku yang semakin dewasa


si baby pun seronok bila jumpa air
kenangan yang tetap terukir sampai bila-bila



kat zoo Taiping

 kat Quensbay

Sempena cuti CNY selama 4 hari bermula 3-6/2/ mengambil kesempatan membawa anak-anak yang sedang membesar ni mencari air kat Tambun...bukan tak de air kat rumah untuk mandi tapi saja nak mandi kat tempat jauh dan berbayar RM 38 dewasa dan RM 34 kanak-kanak...mahal tu...bukan apa kat rumah mandi gitu-gitu je kurang keseronokan kat sini lain macam cara mandi...orang pulak beribu

Bertolak hari Khamis jam 8 pagi lebih kurang dan sampai kat Hotel Sunn Inn Tambun lebih kurang jam 12.45 tengahari...check in jam 1.30 petang n terus mandi mandi di Lost World Tambun hingga waktu berhenti operasi jam 6 petang...puas anak-anak bermain air .

Malam tak de aktiviti menarik keluar makan kat Giant n terus tidur jam 11 malam.

Esok selepas check out jam 10 pagi terus ke zoo Taiping anak-anak teringin nak tengok binatang kat sana...sampai lebih kurang jam 12.30 tengahari. Masuk ambik  tiket untuk dewasa RM 12 seorang n kanak-kanak lebih 3 tahun RM 8 seorang. Mengambil masa lebih kurang 3 ke 4 jam n terus bertolak ke Penang sebab anak sulung teringin nak makan pasembor Penang.

Sampai kat Penang lebih kurang jam 5 petang terus check in kat hotel budget Broadway....destinasi seterusnya Quensbay saja jamu mata dan cari sikit barang...apalagi kalau bukan kasut mama...

Perjalanan seterusnya ke Padang Kota pekena pasembor penang...lama dah anak ku teringin, dulu masa gi bulan 11 tak sempat makan kali ni jangan lepas peluang...punyalah ramai orang macam pesta sempena cuti CNY orang pakat dok gi bercuti....

Apalagi makan time ler...nyam nyam nyam sampai lebih kurang jam 10.30 malam lepak sat kat tepi pantai dan akhirnya terpaksa pulang ke hotel baby dah tak tahan mengantuk...zzzzz selamat malam.Esok teruskan perjalanan pulang.....

No comments:

Post a Comment