hari ni kena gi meeting PIBG kat Jenan..bukan seronok sangat pun tapi terpaksa pergi sebab hubby tak leh keluar kena kerja,jadi aku ler yang tengah bercuti 2 minggu ni terpaksa ambil alih..tak pe aiman tak kisah,yang penting selepas habis meeting tu aku leh angkut anak kesayanganku balik rumah.,tu yang seronok setelah hampir 2 bulan tak balik hari ni dia boleh balik rumah cuti 3 hari sampai 1 mei hari pekerja.
sempena anak sulung balik ni,macam-macam plan yang ada,malam ni tentu keluar pekena MC donald,makan ais kirim favourite anak-anak,buat ariez pun hentam sajalah nak biarpun dok berhingus,sesekali ok jer lah.
esok relax kat umah kot sat,sabtu nak gi beli kamera ganti yang dah rosak,cadangan nak beli dslr yang cam mek ros tu,tapi tengok dululah bugdet kalau kurang RM 2000 ok jer kalau lebih kena fikir lainlah.
skrag dah 10.15 kena gi jenan...selamat meeting ya...
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Wednesday, April 27
Sunday, April 17
Sayang adik tak
adib sedang merenung abang-abang dok main askar
adib mencelah cuba mengambil askar mainan abang
abang mengajak adib main sama
akhirnya adib pun join sama
masih terbayang jelas di mataku bagaimana aku berlari ke pintu depan sambil mengendong adib,sambil berlarian aku dikejar oleh airell anak keduaku, yang cuba menghalangku dari keluar,kemudian aku berlari pula ke pintu belakang, juga dikejar oleh si airell sambil menangis dan menjerit..si suamiku dok memerhati dari jauh sambil tersenyum...si ariez anak ke dua ku pula dok melihat sahaja sambil meleleh air mata,mungkin nak ikut aku lari sama tak larat...sebab dia sihat perlu masa dan tenaga untuk berlari mengejar langkahku.
seronok jugak berlakon cam tu,lepaih ni kalau dua beradik tu dok marah kat adib lagi sebab mengacau depa main aku taulah nak buat macamana. Ceritanya mudah sahaja kerapkali mereka main mainan si adib pasti nak join sama,tapi si abang-abang tak bagi,kata dok ngacau jer,si airell siap pukul lagi si adib..kesian kat adib jadi akupun berpura-pura nak bagi adib kat orang,sebab kataku kalau bangcik tak sayang adik tak pelah mama bagi adik kat orang,maka terjadilah peristiwa kejar-mengejar tu...
lastnya aku tanya sayang adik tak,mereka jawab sayang....akhirnya mereka pun peluk adik ajak join main sekali...maka selesailah masalah aku...
fuh menjadi jugak lakonan aku..betullah kata kak Tie kadang-kadang kena berlakon baru boleh settle sesuatu problem...tapi aku tak pernah lagi berlakon dengan suami...rasa malulah pulak....
Wednesday, April 13
PSPM
hussien,fatin atiera,jannah,ayuni,najibah and me
faisal,wen cong,amin,jannah,maizatul,fara,me,zulida n shafiq
jannah,mai,fara,me n zulida
minggu ni minggu peperiksaan akhir buat semua pelajar matrik seantero Malaysia..
ku abadikan kenangan di sini buat pelajar-pelajar KMK khususnya kelas yang mana aku sebagai pendidik dan pembimbing mereka..ku doakan semoga mereka dapat menjawab soalan dengan cemerlang terutamanya buat subjek makroekonomi yang sangat mereka risau dan takut kerana mereka menganggapnya subjek paling killer berbanding 3 subjek yang lain.
Buat anak didikku...
hussin selama 2 semester menjadi anak didikku...aku tahu tiap kelemahan dan kekuatanmu,bukan kau tak pandai cuma perlukan lebih masa berbanding orang lain...tiap usaha yang dilakukan pasti beroleh kejayaan.
jannah- aku tahu apa yang kau tak tahu,dan kau pun tahu apa yang kau tak tau,cuma jannah perlukan usaha yang berterusan kerana bukan dirimu tak pandai cuma perlu peneguhan yang lebih banyak berbanding orang lain.
fara - alhamdulillah allah SWT mengurniakan akal yang bijak buat mu.teruskan kecemerlangan di U nanti dan terima kasih atas bantuan yang diberikan untuk membantu rakan-rakan,moga Allah membalasnya dengan kebaikan jua.
amin- syukur alhamdulilah kerana Allah memberikan aku seorang anak didik yang bijak,mudah memahami apa yang diterangkan, dan terima kasih atas bantuan yang diberikan untuk membantu kawan-kawan,sejuk perut ibumu mengandungkan,teruskan kecemerlangan.
atiera - peringkat awalnya begitu susah untuk aku memahami kerana seorang yang pendiam dan kurang berinteraksi denganku di dalam kelas,tetapi setelah hampir satu semester mengenali akhirnya aku tahu bahawa dirimu bukan tak pandai tapi perlukan perhatian,teruskan usaha moga berjaya dengan cemerlang.
maizatul - pelajar yang bijak,mendapat 4 flat sem 1,tapi sem 2 sedikit goyah terutama konsep-konsep yang perlu difahami,tapi alhamdulilah dengan otak yang bijak mudah untuk memahami.
wen cong - tak perlu dipertikai,memang anak didikku yang bijak sentiasa mendapat kuiz full mark,dan terima kasih juga kerana selalu membantu rakan-rakan.
zulida- bukan tak pandai tapi kurang rajin untuk membuat latihan,insyaallah akan berjaya dengan usaha-usaha yang dilakukan.
najibah - selama hampir 1 tahun mengajar, saya mengenali dengan lebih rapat,bukan seorang yang terlalu bijak tapi usaha yang berterusan membawa kejayaan. semoga menjadi lebih cemerlang di masa hadapan.
faisal - seorang anak didik yang baik,bersopan santun, perlukan penerangan yang berterusan,moga kejayaan mengiringi usaha-usaha yang dilakukan...
syafiq- seorang yang pemalu,sentiasa melindungi kelemahan,suka bersendirian bila belajar,perlukan usaha-usaha yang berterusan,moga sentiasa bernasib baik,tiap-tiap usaha yang dilakukan moga diberkati Allah SWT.
sebahagian anak didikku yang sempat kuceritakan... buat yang lain jika terbaca blog ini jangan berkecil hati yer..saya sayang semua dan saya doakan yang terbaik buat kalian semua.
semoga kita berjumpa lagi di lain masa dan ketika, sudah tentunya dalam suasana yang berbeza...
saya sentiasa berada di KMK mungkin sampai pencen nanti..jika ada kelapangan dtglah jenguk kami di sini.......
Subscribe to:
Posts (Atom)