Sunday, April 17

Sayang adik tak

 adib sedang merenung abang-abang dok main askar
 adib mencelah cuba mengambil askar mainan abang
 abang mengajak adib main sama
akhirnya adib pun join sama

masih terbayang jelas di mataku bagaimana aku berlari ke pintu depan sambil mengendong adib,sambil berlarian aku dikejar oleh airell anak keduaku, yang cuba menghalangku dari keluar,kemudian aku berlari pula ke pintu belakang, juga dikejar oleh si airell sambil menangis dan menjerit..si suamiku dok memerhati dari jauh sambil tersenyum...si ariez anak ke dua ku pula dok melihat sahaja sambil meleleh air mata,mungkin nak ikut aku lari sama tak larat...sebab dia sihat perlu masa dan tenaga untuk berlari mengejar langkahku.

seronok jugak berlakon cam tu,lepaih ni kalau dua beradik tu dok marah kat adib lagi sebab mengacau depa main aku taulah nak buat macamana. Ceritanya mudah sahaja kerapkali mereka main mainan si adib pasti nak join sama,tapi si abang-abang tak bagi,kata dok ngacau jer,si airell siap pukul lagi si adib..kesian kat adib jadi akupun berpura-pura nak bagi adib kat orang,sebab kataku kalau bangcik tak sayang adik tak pelah mama bagi adik kat orang,maka terjadilah peristiwa kejar-mengejar tu...

lastnya aku tanya sayang adik tak,mereka jawab sayang....akhirnya mereka pun peluk adik ajak join main sekali...maka selesailah masalah aku...

fuh menjadi jugak lakonan aku..betullah kata kak Tie kadang-kadang kena berlakon baru boleh settle sesuatu problem...tapi aku tak pernah lagi berlakon dengan suami...rasa malulah pulak....

No comments:

Post a Comment