Wednesday, April 13

PSPM


 hussien,fatin atiera,jannah,ayuni,najibah and me
 faisal,wen cong,amin,jannah,maizatul,fara,me,zulida n shafiq
jannah,mai,fara,me n zulida

minggu ni minggu peperiksaan akhir buat semua pelajar matrik seantero Malaysia..
ku abadikan kenangan di sini buat pelajar-pelajar KMK khususnya kelas yang mana aku sebagai pendidik dan pembimbing mereka..ku doakan semoga mereka dapat menjawab soalan dengan cemerlang terutamanya buat subjek makroekonomi yang sangat mereka risau dan takut kerana mereka menganggapnya subjek paling killer berbanding 3 subjek yang lain.

Buat anak didikku...
hussin selama 2 semester menjadi anak didikku...aku tahu tiap kelemahan dan kekuatanmu,bukan kau tak pandai cuma perlukan lebih masa berbanding orang lain...tiap usaha yang dilakukan pasti beroleh kejayaan.

jannah- aku tahu apa yang kau tak tahu,dan kau pun tahu  apa yang kau tak tau,cuma jannah perlukan usaha yang berterusan kerana bukan dirimu tak pandai cuma perlu peneguhan yang lebih banyak berbanding orang lain.

fara - alhamdulillah allah SWT mengurniakan akal yang bijak buat mu.teruskan kecemerlangan di U nanti dan terima kasih atas bantuan yang diberikan untuk membantu rakan-rakan,moga Allah membalasnya dengan kebaikan jua.

amin- syukur alhamdulilah kerana Allah memberikan aku seorang anak didik yang bijak,mudah memahami apa yang diterangkan, dan terima kasih atas bantuan yang diberikan untuk membantu kawan-kawan,sejuk perut ibumu mengandungkan,teruskan kecemerlangan.

atiera - peringkat awalnya begitu susah untuk aku memahami kerana seorang yang pendiam dan kurang berinteraksi denganku di dalam kelas,tetapi setelah hampir satu semester mengenali akhirnya aku tahu bahawa dirimu bukan tak pandai tapi perlukan perhatian,teruskan usaha moga berjaya dengan cemerlang.

maizatul - pelajar yang bijak,mendapat 4 flat sem 1,tapi sem 2 sedikit goyah terutama konsep-konsep yang perlu difahami,tapi alhamdulilah dengan otak yang bijak mudah untuk memahami.

wen cong - tak perlu dipertikai,memang anak didikku yang bijak sentiasa mendapat kuiz full mark,dan terima kasih juga kerana selalu membantu rakan-rakan.

zulida- bukan tak pandai tapi kurang rajin untuk membuat latihan,insyaallah akan berjaya dengan usaha-usaha yang dilakukan.

najibah - selama hampir 1 tahun mengajar, saya mengenali dengan lebih rapat,bukan seorang yang terlalu bijak tapi usaha yang berterusan membawa kejayaan. semoga menjadi lebih cemerlang di masa hadapan.

faisal - seorang anak didik yang baik,bersopan santun, perlukan penerangan yang berterusan,moga kejayaan mengiringi usaha-usaha yang dilakukan...

syafiq- seorang yang pemalu,sentiasa melindungi kelemahan,suka bersendirian bila belajar,perlukan usaha-usaha yang berterusan,moga sentiasa bernasib baik,tiap-tiap usaha yang dilakukan moga diberkati Allah SWT.


sebahagian anak didikku yang sempat kuceritakan... buat yang lain jika terbaca blog ini jangan berkecil hati yer..saya sayang semua dan saya doakan yang terbaik buat kalian semua.

semoga kita berjumpa lagi di lain masa dan ketika, sudah tentunya dalam suasana yang berbeza...

saya sentiasa berada di KMK mungkin sampai pencen nanti..jika ada kelapangan dtglah jenguk kami di sini.......


No comments:

Post a Comment