Monday, July 12

kemesraan

aku ni bukanlah seorang yang puitis yang dapat menzahirkan segala yang berlaku dalam kehidupan dengan kata-kata indah yang bisa menyentuh perasaan dan naluri...namun aku jua seperti insan lain yang ingin berkongsi setiap apa yang aku ada sebagai kenangan dan untuk tatapan di masa akan datang..kupaparkan kenangan-kenangan manis yang kulalui setiap malam sebelum tidur..

hampir setiap hari menjelang malam aku terpaksa bersiap sedia untuk memastikan anak-anakku ready untuk tidur..bermula dengan makan malam, mengambil ubat terutama ariez yang allergik berpanjangan,menukar baju tidur, memastikan kebersihan tempat tidur dan segala macam..nasib baik urusan penyediaan minum susu dibantu oleh hubbyku.

hampir setiap malam juga sebelum tidur, aku terpaksa marah atau jerkah anak-anakku ini terutama si cerdikku airell supaya mereka tidur..ini kerana tidak kira tempat, siang atau malam anak-anak teruna ku ini sentiasa ingin bermain dan bergurau..kalau dah namanya lelaki mainan mereka sudah tentu yang kasar-kasar...hingga menganggu ketenteraman sibabyku adib dan jua diriku yang sering tidak cukup tidur. selepas dimarah atau dicubit barulah mereka tidur..namun setelah mereka tidur tersentuh naluri keibuan ku..bukan mama tak sayang tapi mama terpaksa sayang...untuk kebaikan anak-anak mama jugakkan..

Sempat ku rakamkan aksi mereka sebelum mereka tertidur keletihan.

anak-anakku berebut mengambil tempat untuk diambil gambar

Ariez n baby berposing di atas katil

Ariez merajuk nak baring sebelah baby
akhirnya mereka memberikan pose yang sangat menarik bagiku

rasa sayu dihatiku kerana bang long tak de..tak pe sayang walaupun kau jauh (tak jauh mana pun cuma kat Jenan je) tapi aliff tetap dalam hati mama...

No comments:

Post a Comment