Saturday, July 10

talentime



lihatlah aksi mereka ini
ha.ha.ha hi.hi.hi.hu.hu kedengaran hilai tawa anak-anak murid kesayanganku..kenapa??acara talentime bermula..lihatlah aksi-aksi yang dipaparkan ini dengan pelbagai gaya ada yang ketawa,ada yang bergaya, ada yang ketawa sahaja,ada yang tunduk menahan malu, ada yang senyap sahaja..kenapa?kenapa?ini bukan talentime untuk pilih peserta tetapi....denda yang kukenakan kepada mereka..sebab apa..dalam kelas ini telah ku pesan berkali-kali supaya membuat soalan komplikasi ups sebab aku nak bincangkan jawapannya...tetapi disebabkan kealpaan mereka tidak membuatnya...

lantas dengan perasaan sedih aku bertanyakan kepada kelas..apakah hukuman yang patut diberikan kepada mereka yang tidak mengikut arahanku...maka pelbagai cadangan dikemukakan, ada yang suruh menyanyi,berlaku,pumping n so on. maka aku memilih cadangan yang paling banyak sekali iaitu ...menyanyi.

maka keluarlah mereka ini dengan langkah yang longlai,mungkin takut,mungkin malu dan pelbagai lagi rasa yang hanya mereka sendiri je tau..tak kira lelaki maupun perempuan aku terpaksa bertegas supaya mereka lain kali tidak memandang remeh arahanku di masa akan datang...inipun untuk kebaikan mereka juga..
lagi aksi pelajar perempuan
lalu menyanyilah mereka ini..lagu apa..tak kisahlah maka seorang pelajar yang bernama A ini pun menyanyilah lagu oh ibu dengan penuh gaya dan perasaan...lalu berderailah tawa rakan-rakan yang lain.
bukan niatku untuk memalukan mereka kerana aku tau yang girls rasa malu...tetapi niatku cuma satu..supaya mereka punya rasa tanggungjawab terhadap diri masing-masing dan aku lakukan ini untuk masa depan mereka juga.














No comments:

Post a Comment