Friday, July 30

shopping raya

hari ni cuti jumaat.selepas breakfast roti canai n teh tarik kat taman suria ni..lebih kurang jam 10 pagi aku,hubby n ditemani 2 orang kecilku ariez n airell kami terus ke Pacific untuk shopping raya.puasa belum tiba tapi dah sibuk-sibuk nak cari baju raya..apa ke halnya.bukan apa aku cuma tak mahu shopping last minit sebab nanti kalut dengan saiz baju tak de,orang terlalu ramai maka sempena cuti matrik ni akupun gi ler shopping.

punya ler seronok pilih baju anak-anak ni.pilih punya pilih,tarik punya tarik..berkenan sana berkenan sini..tup-tup bila nak bayar..masyaallah rm 1000 lebih untuk 3 orang anak kecilku itu tak termasuk aliff n mamanya..alamak budjet lari ler..tapi nak buat camner bayar tetap kena bayar..

takpelah fikirku bukan tiap-tiap bulan mujur raya datang setahun sekali.kalau tiap bulan mahu aku diisytiharkan muflis.dalam dok sibuk shopping tu terjumpalah kak ida n her kids sama cam aku sibuk dok pilih baju anak-anak tapi aku pilih baju sendiri.itupun setelah bersusah payah memilih baju anak ku..

baju untuk anak terunaku yang ketiga airell
baju untuk anak terunaku yang kedua ariez

punyalah susah untuk memilih baju anak kedua ku ni sebab umur dia kecik tapi body dia besar.maka terpaksalah autor seluar jeans yang bersaiz 14 tu.

baju mama tak ketinggalan
baju-baju untuk sicomelku adib

No comments:

Post a Comment