Monday, May 30

Ketabahan Seorang Ibu

Aku terbaca kisah ni dalam blog ummi yang menceritakan ketabahannya menjaga seorang anak kecil yang sakit..terkesan dihatiku apabila membacanya..jadi aku ambik cerita ni untuk berkongsi ketabahan seorang ibu supaya apabila kita ditimpa musibah kita akan menjadi lebih sabar.


Dugaan Itu Anugerah menguji keimanan hambaNYA




Kisah benar ini adalah kisah yang ummi lalui sendiri 16 tahun yang lalu.



Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas katanya : Rasululah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Jangan seseorang di kalangan kamu bercita-cita untuk mati kerana ditimpa kemudharatan, sekiranya tidak mampu juga (untuk dia menanggungnya) maka katakanlah, Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku sekiranya kematian itu baik untukku..” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)



Inilah yang telah aku lalui 16 tahun dahulu. Ketika itu anakku yang nombor 5, Ahmad Baihaqi ditimpa sakit. Mula asalnya, aku mengikuti rehlah yang dianjurkan oleh Hizbi Islami. Mereka buat perkhemahan di Desaru. Salah satu slot, zauj terlibat untuk menyampaikan Tazkirah, maka zauj bawa aku dan anak-anak bersama. Khemah untuk kami disediakan di tepi pantai di atas pasir. Memang seronok berkhemah ni terutama anak-anak.Suka benar mereka dapat berlari-lari di tepi pantai sambil bermain ombak. Ketika itu umur Ahmad Baihaqi baru 8 bulan, tengah montel, comel dan lasak. Baru belajar bertatih.



Malam itu, hujan turun dengan lebat. Air melimpah masuk ke dalam khemah, menyebabkan semua tempat tidor basah. Zauj terus carikan chalet untuk aku , Baihaqi dan anak-anak yang perempuan tidor. Keesokkan harinya, Baihaqi demam dan petangnya selesai program rehlah, kami terus beredar balik ke rumah.



Baihaqi yang demam terus di bawa ke Klinik Penawar yang berhampiran dengan rumah. Setelah 3 hari demam, masih tidak kebah, aku bawa sekali lagi ke Klinik. Masuk hari ke 8, Baihaqi tidak sembuh juga demamnya, maka pagi Jumaat itu selepas sahaja solat subuh , terus aku berjalan ke Klinik Penawar lagi sekali membawa Baihaqi. Di pahanya ada setompok titik merah, aku tunjukkan pada doktor, dan doktor merujuk Baihaqi ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.



Sebaik sampai di unit kecemasan, terus mereka mengambil darah dan buat analisa di makmal. 1 jam kemudian keputusan keluar, didapati dalam darah Baihaqi mengandungi kuman. Dan di masukkan ke dalam wad atas sebab "septicimia". Sehari selepas di masukan wad, keesokkan harinya Baihaqi telah tidak sedarkan diri dan 'koma' . Kemudian Baihaqi ditempatkan di 'NICU', wad unit rawatan rapi untuk kanak-kanak. Selama seminggu berada di unit ini, aku sentiasa berada di sisi Baihaqi kecuali waktu solat dan waktu makan. Aku mendapat kebenaran untuk berada di unit rawatan rapi sepanjang hari. Apa yang aku buat sepanjang berada di sisi Baihaqi yang koma itu ialah, mengaji, berzikir dan bercakap-cakap dengan Baihaqi.



Setelah 3 hari, keadaan Baihaqi yang koma makin parah, apabila kulit-kulitnya mula tertanggal sehingga menampakkan isi yang berwarna merah. Sebagai ibu, tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan berdoa, disamping menangis. Masih ingat aku, air mata ku terus-menerus mengalir selama 5 hari tanpa henti. Di tambah dengan kata-kata seorang doktor cina " kakak, kita dah usaha sedaya upaya untuk membantu menyelamatkan anak kakak, kita gunakan teknologi perubatan yang kita ada, kes anak kakak adalah kes yang jarang berlaku, kuman yang ada di dalam tubuh anak kakak ini, kuman yang sangat ganas, aktif, dan kita dapati kuman ini tidak resistan dengan antibiotik yang terbaik dimiliki oleh hospital. Saya harap kakak jangan tinggalkan anak kakak, sebab kemungkinan dia meninggal bila-bila masa sahaja. Sekarang pun dia menggunakan bantuan pernafasana sahaja. Saya tengok kakak kuat mengaji, kakak berdoalah dengan 'tuhan' kakak, mana tahu berlaku satu keajaiban terhadap anak kakak ini."



Ibu mana yang tidak menangis bila mendengar kata-kata dari seorang doktor pakar kanak-kanak. Seramai 7 orang doktor pakar yang berbagai jabatan menangani kes sakit Baihaqi. Pakar Kanak-kanak seramai 3 orang, pakar kulit, pakar kaji penyakit, pakar neurologi dan pakar orthopedik. Ketika itu semua organ dalaman Baihaqi telah tidak berfungsi lagi kecuali jantung dan otak. Buah pinggang, hati sudah membengkak dan warna kulit badan Baihaqi telah bertukar ke hitam-hitaman. Bibirnya telah pecah-pecah menerbitkan darah, begitu juga mana-mana kulit yang tertanggal telah menerbitkan darah. Aku memang benar-benar pasrah melihatkan keadaan Baihaqi.



Setiap saat aku berdoa dan selepas solat fardhu aku akan lakukan solat hajat mohon "Ya Allah, sekiranya panjang umur itu baik untuk Baihaqi, hidupkanlah anakku ini didalam rahmat MU, sembuhkan penyakitnya dan matikanlah dia sekiranya kematian itu baik untuknya..."



Dan zauj juga telah berusaha membuat bacaan zikir dari ayat al-Quran sebanyak seribu kali. Surah dan ayat yang diberikan oleh seorang tuan guru ialah surah Al-Imran ayat 1 -6.

سُوۡرَةُ آل عِمرَان

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الٓمٓ (١) ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ (٢) نَزَّلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ (٣) مِن قَبۡلُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلۡفُرۡقَانَ‌ۗ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ۬ ذُو ٱنتِقَامٍ (٤) إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَخۡفَىٰ عَلَيۡهِ شَىۡءٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِى ٱلسَّمَآءِ (٥) هُوَ ٱلَّذِى يُصَوِّرُڪُمۡ فِى ٱلۡأَرۡحَامِ كَيۡفَ يَشَآءُ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٦)



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Alif, Laam, Miim. (1) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. (2) Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (3) Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (4) Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. (5) Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (6)





Zikir ini dibacakan pada sebotol air mineral dan dititiskan air itu ke mulut Baihaqi yang koma. Disamping itu, terdapat beberapa masjid dan surau serta kumpulan-kumpulan tertentu yang telah membuat bacaan yasin beramai-ramai memohon pertolongan pada Allah untuk Baihaqi. Oleh kerana fikiran aku yang mungkin kurang stabil, bila aku dengar orang ramai membaca yasin untuk Baihaqi, aku fikirkan bahawa tidak lama lagi Baihaqi akan meninggal dunia. Ini kerana, aku selalu melihat di kampung-kampung masa aku kecil, jika orang nazak dibacakan yasin, sehari dua selepas itu akan meninggal dunia. Sekali zauj berkata "Muna, bukan semestinya, bila baca yasin orang nazak akan mati, kita baca yasin mohon pertolongan Allah, jika mati itu lebih baik, maka dia akan mati dengan mudah, dan jika hidup itu lebih baik, maka Allah akan berikan petunjuk untuk dia sembuh dan sihat."



Barulah aku faham kedudukan perkara. Selama 8 hari Baihaqi koma, orang yang boleh melawat Baihaqi cuma ibu bapa sahaja yang dapat masuk ke NICU. Pelawat lain terutama saudara mara dan kawan-kawan hanya dapat melihat dari jauh melalui tingkap sahaja. Untuk masuk ke bilik ini,aku dan zauj kena buka kasut, cuci tangan dan pakai overcoat. Hanya dibenarkan menggunakan selipar khas yang disediakan. Sebarang makan minum juga dilarang bawa masuk.



Masuk hari ke 10, aku terus berbual-bual dengan Baihaqi dengan ucapan pertamaku ialah memberi salam padanya. Hari itu, selepas sahaja solat subuh, aku bersama Baihaqi, kuletakkan jari ku dalam tapak tangannya, dia telah memberikan respon dengan mengenggam jari aku. Aku jadi terkejut dan aku lihat bila aku bercakap dengannya, walaupun matanya terpejam, aku nampak biji matanya seseolah bergerak- gerak mencari arah suaraku. Aku jadi teruja dan memanggil doktor di situ. Doktor juga gembira dengan respon itu. Dan aku mohon kebenaran doktor untuk meletakkan puting susu dadaku ke bibirnya untuk melihat tindakbalasnya. Oleh kerana darurat, aku pun memberikan puting tetekku ke mulut Baihaqi, walaupun di depan doktor, tanpa dijangka Baihaqi memberikan respon mahu menghisap susuku, padahal matanya masih lagi belum terbuka, kemungkinan dia telah sedar. Dari tindakbalas itu, telah memberikan harapan pada doktor bahawa Baihaqi akan sembuh. Mesin bantuan pernafasan dibuka dan kebanyakkan wayar-wayar yang berselirat dibadan Baihaqi juga ditanggalkan kecuali yang masih diperlukan seperti saluran urine dan saluran makanan yang dipasang melalui hidung untuk tujuan memberikan susu terus ke perut dan menyedut lendir di paru-paru.



Dua hari selepas itu, Baihaqi benar-benar telah sedar dan mula menangis. Bila dia boleh membuka mata, kesedihan ku datang semula kerana Baihaqi tidak mengenal aku ibunya. Doktor menasihati aku, bahawa, ingatannya masih lemah lagi kerana lama berada dalam keadaan 'koma' , maka perlukan masa untuk mengembalikan ingatannya.

Seminggu selepas itu, Baihaqi dipindahkan ke wad biasa kanak-kanak,namun sesuatu yang pelik pula kelihatan. Oleh kerana semasa Baihaqi 'koma', aku tidaklah membelek badanya, bila dia sedar, Baihaqi dipakaikan lampin pakai buang, aku terlihat tompok merah di paha sebelum masuk wad hari itu telah bertukar kepada warna hitam dan kelihatan seperti terkena minyak panas, mengelembung. Aku maklumkan pada doktor, dan doktor telah membuat biopsy pada paha Baihaqi, didapati kuman yang terdapat di dalam darah baihaqi telah bertindak memakan daging paha Baihaqi. Daging paha Baihaqi menjadi keras dan tidak boleh dibiarkan lama sebelum kuman itu masuk kedalam tulang. Maka doktor memaklumkan pada aku , pembedahan pembuangan daging di paha perlu dijalankan.



Aku akur dengan kehendak doktor, maka Baihaqi dipindahkan ke wad orthopedik kanak-kanak pula. Disana Baihaqi diletakkan bawah rawatan doktor orthopedik dan doktor kulit. Pembedahan pembuangan daging paha dilakukan di dewan bedah selama 3 jam. Luka nya agak besar juga dan 'dressing' perlu dibuat setiap hari bagi mempastikan tiada kuman di kawasan luka itu. 2 hari selepas pembedahan baru bahagian yang dibedah di buka dan didapati masih ada kuman lagi. Tetapi untuk dibedah sekali lagi di dewan bedah secara membuat 'general anestatik' adalah berisiko tinggi kepada seorang kanak-kanak berumur 8 bulan. Maka doktor mohon kebenaran untuk melakukan pembedahan tanpa bius ke atas Baihaqi.



Aku yang memang dari awal pasrah, setuju sahaja dengan rawatan doktor. Kali ini cuma dilakukan di bilik rawatan dalam wad. Baihaqi cuma diberikan ubat tidur sahaja, tetapi kesakitan daging disiat dengan pisau lebih sakit dari dia tidur. Aku lihat sendiri, sebab aku memengan Baihaqi di kepalanya, doktor menyiat daging di paha Baihaqi sama seperti kita melapah daging lembu yang disembelih itu. Torehan dan siatan daging itu mesti dibuat hingga ke bahagian daging yang menerbitkan darah.



Kenapa kena sampai bahagian itu? Selagi daging tidak mengeluarkan darah, bermakna, bahagian daging itu telah mati, urat saraf darah telah tidak berfungsi, jika dibiarkan lama-lama, akan bernanah dan busuk. Aku hanya mampu melihatkan keadaan Baihaqi yang meronta-ronta kesakitan, dalam hati berkata, biarlah dia puas menangis hari ini, asalkan esok dia sembuh. Tak ada orang mati kerana menangis. Aku hanya berdoa dan redha dengan ketentuan yang Allah catatkan buat perjalanan hidup Baihaqi.



Hampir sebulan telah berlalu , aku dan Baihaqi berada di hospital, aku mohon kebenaran untuk balik ke rumah, dengan aku janji akan datang setiap hari ke hospital untuk membuat rawatan susulan Baihaqi. Aku sudah terasa penat tidur duduk selama ini. Kami dibenarkan balik ke rumah. Hampir 4 bulan selepas itu Baihaqi menjalani rawatan di hospital dan pusat rawatan UTM. Selepas tempoh 4 bulan pula,Baihaqi perlu menemui doktor setiap bulan untuk rawatan susulan dan melihat perkembangan dirinya.



Doktor pakar kanak-kanak yang pernah berkata kepada aku, minta menunggu Baihaqi yang akan meninggal bila-bila masa itu, merasa seprti satu keajaiban bila Baihaqi boleh sembuh. Doktor itu kata, Baihaqi bayi ajaib "miracle baby". Dan doktor itu akui, yang Baihaqi boleh sembuh kerana doa dan keyakinan ibunya pada Allah. Itu kata doktor tu. Doktor itu meminta aku dijadi rujukan dan memberikan kaunseling pada ibu-ibu lain yang menghadapi masalah anak sakit. Doktor tu kata, sebenarnya bila anak sakit, doktor selalu menghadapi masalah dengan karenah ibu bapa, kerana kadang mereka tidak memberikan kebenaran doktor merawat anak mereka jika terpaksa melakukan pembedahan tanpa bius. Dan ada ibu bapa suka menyalahkan doktor bila anak mereka meninggal , cacat dan sebagainya. Banyak karenah ibu bapa yang tidak sabar dengan kesusahan dan kesakitan anak-anak. Bagi ibu bapa, anak tidak boleh sakit atau menangis. Sedangkan doktor bukan tuhan, doktor cuma boleh membantu merawat sahaja. Yang menyembuhkan sakit dan penyakit adalah tuhan. Semasa Baihaqi 'koma' aku memberi keizinan kepada doktor untuk mengambil cecair tulang belakang Baihaqi bagi tujuan mengkaji jenis kuman dan tahap kuman itu telah bertindak ke atas dirinya. Ujian ini yang jarang ibu bapa mahu mengizinkan untuk doktor bertindak menyelamatkan anak mereka yang dijangkiti kuman. Jika selepas diambil cecair tulang belakang dan anak itu menjadi cacat, mereka menyalahkan doktor,sedangkan kecacatan itu terjadi disebabkan oleh kuman yang telah menyerang otak.



Sehingga kini, Baihaqi telah berusia 16 tahun, masih lagi bila aku pergi ke hospital ( dah pasti aku selalu ke hospital sekarang kerana aku yang menjalani rawatan berbagai penyakit) aku terjumpa staf yang lama-lama, yang masih ingat aku, akan bertanya, "apa khabar Baihaqi, hidup ke dia?" Ini menunjukkan bahawa ketika Baihaqi sakit dulu, ramai orang menyangka Baihaqi akan meninggal dunia. Namun kuasa dan kehendak Allah tiada siapa yang dapat mengetahuinya. Keadaan Baihaqi sakit dahulu memang benar-benar menguji kesabaran aku dan keluarga. Kesabaran aku berhadapan dengan situasi Baihaqi yang begitu, menguji zauj yang terpaksa berulang alik setiap hari rumah , hospital dan tempat kerja. Zauj yang kena menjaga anak-anak lain di rumah (masa ni aku belum ada pembantu lagi), menguruskan anak-anak untuk ke sekolah, dan masuk kuliah untuk mengajar. Aku pula terus bercuti dari kerja .Aku tidak tahu status cuti menjaga anak sakit di wad itu, cuti apanya, samada cuti bergaji atau cuti tidak bergaji.



Dan aku dan zauj sedar bahawa ujian menjaga anak sakit ini hanyalah anugerah Allah bagi melihat keimanan kami berdua, samada sabar dan redha. Syukur, ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ kami dapat melaluinya dengan penuh redha dan sabar tanpa rintihan dan keluhan.



Maka di nasihatkan pada sesiapa sahaja, jangan sekali-kali berputus asa dalam menghadapi ujian sakit, penyakit dan kesakitan. Kalau bukan kita sakit pun, kita tidak boleh berdoa untuk orang yang kita jaga, mengaharpkan orang itu mati cepat. Apatah lagi diri kita sendiri. Yang di tuntut hanyalah mengingati mati sahaja.



Di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “Janganlah seseorang di kalangan kamu bercita-cita untuk mati atau berdoa untuknya sebelum kematian itu datang kepadanya. Ini kerana apabila matinya seseorang di kalangan kamu akan terputuslah segala amalannya, sesungguhnya tidaklah bertambahnya umur seorang mukmin melainkan pasti untuk kebaikkan.” (Diriwayatkan oleh Muslim)



Di dalam hadis yang lain yang juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : ” Janganlah seseorang di kalangan kamu bercita-cita untuk mati, sekiranya dia seorang yang baik, kemungkinan hidupnya akan menambahkan lagi kebaikannya. Sekiranya dia seorang yang berdosa, kemungkinan hidupnya akan memberikan peluang pengampunan” (Diriwayatkan oleh Bukhari)



Juga disebut oleh Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Janganlah bercita-cita untuk mati sekalipun berdepan dengan dugaan yang dahsyat. Sesungguhnya di antara kebahagiaan itu ialah dipanjangkan umur sehingga Allah memberikan keampunan.” (Riwayat Ahmad, hadis ini bertaraf dhoif)



Sesungguhnya kematian itu bukanlah hanya bentuk ketiadaan semata-mata bahkan ia merupakan detik terputusnya ruh dari badan dan terpisah buat selamanya. Ia juga merupakan perpindahan dari satu alam ke alam yang lain dan juga merupakan musibah yang paling besar. Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran :



Yang bermaksud : “…jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian…” (Surah al-Maidah, ayat 106)



Kematian itu adalah satu bencana yang besar, namun bencana yang lebih besar ialah apabila seseorang itu lupa tentangnya. Kelupaan itu akan membawa dirinya cuai terhadap persediaan untuk menghadapinya serta meninggalkan amalan-amalan sebagai bekal apabila berdepan dengannya. Sesungguhnya pada diri kematian itu terdapat pengajaran yang begitu besar bagi sesiapa yang berfikir. Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW telah bersabda : “Sekiranya binatang ternakan mengetahui apa yang kamu ketahui tentang kematian, nescaya kamu tidak akan dapat memakan dagingnya (kerana kekurusan akibat tidak makan)”[1]

Sunday, May 29

Mimpi Seorang Gadis



Untuk Renungan Bersama
Bismillahirrahmanirrahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"









Tuesday, May 24

Santai

shitah,kak yati,me,kak yan and derih

fuad,mek rose,muzliza,idris,shitah,me,kak ida n kak yan

same person

gambar yang sama daa

gaya dan senyuman yang sama

dan lagi posing tu..



seronok n happy sangat tengok gambar ni,terasa kami macam adik beradik seibu dan sebapak,walaupun memang hakikatnya jauh panggang dari api,kami tetap lain mak tak sama bapak...cuma yang betul kami ni dibawah satu bapak jugaklah,pengurusan tertinggi dibawah naungan institusi yang bernama KMK.

Pic ini dirakamkan pada 22.5 yang lalu selepas kami meraikan perpisahan kak hajar,kak ida n idris...bertempat di bilik KU akaun,tapi muka ku akaun dan anak-anak buah satupun tak nampak,sebabnya depa dok buat kerja...kami pun tumpang buat kerja jugak..kerja mencicah garam belacan dan buah pelam pemberian student past year afif yang menjadi pembantu fasi untuk minggu mppb.

Sesekali berkumpul cam ni terasa seronok dan semakin kukuh jalinan ukhwah antara kami,yalah selepas ni mungkin tak de peluang nak buat camni sebab masing-masing sibuk ngan student dan kelas masing-masing,so minggu ni student belum mendaftar jadi ada ler peluang untuk aktiviti cam ni kan..kan..kan.

So terima kasihlah kepada si afif  sebab dengan buah pelam yang dibawa khas dari kampung kami semua dapat berkumpul dan membincangkan isu-isu terhangat masa kini,dan mungkin akan meninggalkan memori indah dan manis buat kak ida dan idris yang telah pun bertugas di tempat baru.

So kawan-kawan,lepas ni kalau ada masa terluang,kita berhimpun lagi dalam suasana yang lebih santai...bukan apa keseronokan bekerja bermula dari keseronokan dalam hati,jika hati tak seronok semua benda akan menjadi tidak indah...

Kenangan

 kak ida,kak yati and me,gaya kena ada

gaya kena lebih,mek rose tak de sebab dia ambik gambar kat Hong Kong   
Kenangan yang terakam sewaktu kak ida mengemas barang-barang di cubic yang telah dihuni lebih kurang 4 tahun yang lalu...sebelum ni kak ida berada di tingkat atas.

kemesraaan mula terjalin lebih kurang 2@3 tahun yang lalu...kemana-mana sahaja selalunya kami berempat,tetapi sekarang tinggal 3 trio sahaja,tiada lagi soalan ai mana kak ida,atau mana kak tie,atau mana nora atau mana mek rose,kerana semua penghulu KMK sedia maklum...

Yang pergi akan tetap pergi,yang tinggal kena teruskan jua,tidak berpeluang lagi kami menaiki PHN 5000,selama ini kemana-mana itulah kenderaan rasmi kami,sebab yang lain-lain bukan tak berani,tapi bagi peluang kat yang lebih berani...(cover line),serata tempat kami redahi dengan PHN 5000,kedai makan mana kat changlun ni yang tak kami singgahi,seolah-olah bumi changlun ni kami takluki dengan PHN 5000 tu...sekarang semuanya tinggal kenangan...amat manis untuk kami kenangkan.

Buat kak ida,yang kami semua sayangi,kami sentiasa ada di sini untuk menemani,setia menanti...

Kak ida umpama minyak wangi,semburan hilang baunya tetap ada....

Trio kami semuany berdarah A,B dan AB sebab tu serasi bersama....kak ida darah apa yer....related ker semua ni????

Monday, May 23

MPPB

Aku dan Ustazah Nashitah

Aku dan mek rose (yang ni pendatftaran sem lepas sesi 2010/2011

Tahniah dan selamat datang ke bumi KMK kepada pelajar-pelajar baru sesi 2011/2012.Semalam 23.5 tarikh bersejarah dan penting kepada para ibu bapa menghantar anak-anak untuk berjuang dan melepaskan mereka dari pandangan mata yang selama ini ,mungkin selama 17 tahun tidak pernah berpisah terutama bagi pelajar-pelajar yang tidak pernah mau,suka atau tak dapat ke asrama samada asrama penuh atau tidak.

Disinilah permulaan mereka untuk berdikari,biarlah mereka usah dibimbangi samada mereka makan atau tidak,mandi atau tidak,lena atau tidak tidur mereka,panas atau sejuk, dan segala-gala perasaan lagi yang menghantui kalbu terutama ibu-ibu di luar sana...biarlah mereka merasai sendiri susah senang dalam kehidupan,itulah onak ranjau yang terpaksa mereka hadapi,selagi mereka tak hadapi sendiri mereka takkan tau,berilah mereka pengalaman,kerana pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan.

Buat ibu-ibu diluar sana,cuma doakanlah mereka supaya segala-gala berjalan lancar....

Pendaftaran tamat lebih kurang jam 12 tengahari,mengambil masa lebih kurang 4 jam dari jam 8.30 pagi. Pendaftaran pada mulanya agak slow mungkin sistem nombor yang digunakan dan berbagai masalah dari segi dokumen yang tidak lengkap. Jam 10.30 ke atas barulah AJK pendaftaran agak sibuk kerana bilangan pelajar yang mendaftar semakin bertambah,namun segala-galanya berjalan lancar.

Setakat semalam jumlah pelajar yang mendaftar seramai 1511 orang, bil pelajar akaun 138 orang.

Kepada rakan-rakan pensyarah sekalian,selamat menerima pelajar baru dan teruskan perjuangan kita yang belum selesai...

SELAMAT MENDIDIK SEMOGA MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DARI SEGI AKADEMIK DAN SAHSIAH.

Thursday, May 12

Medical Profile

Selepas punch in,aku terus perjalanan ke klinik kesihatan UUM (semalam dah minta kebenaran KU akaun).Semalam husband dah buat appointment untuk buat medical check up.Actually profile kesihatan ni diwajibkan oleh pihak universiti kepada semua kakitangan UUM,tetapi pada tahun ini pihak universiti memberi kebenaran kepada pasangan staff untuk membuat profile kesihatan ni sama. Jadi aku tidak melepas peluang mengambil kesempatan demi untuk kebaikan,yalah umur yang tinggal semakin sedikit,penyakit pula mula bertanya khabar,jadi bersedia awal,jangan sampai bila kita tahu ada penyakit,semuanya telah terlambat.

Sampai kat UUM jam 8.10 pagi lebih kurang,husband dah siap menunggu ditepi jalan untuk sama-sama ke PK. Dalam PK tersebut kena ambil nombor,dapat no.8033,rupanya dah ramai yang menunggu, mungkin masing-masing dah ada kesedaran tentang pemeriksaan kesihatan.

Langkah pertama, timbang berat dan ukur tinggi,nampakanya kena kurangkan berat badan sebab BMI terlebih sikut,sepatutnya kena kurang dari 25. Ingat lepas ni kena diet,kurang makan,lebih senam..ni berazam ni. Bacaa BP jugak ok,121 dan 79,yang atas tu tinggi sikit mungkin letih drive kot.

Langkah kedua,test mata pulak,kiri dan kanan dengan huruf-huruf yang telah dilekatkan,alhamdulillah kedua-dua mata berada dalam keadaan baik,bacaan 6/6.Markah penuh tu...

Langkah ketiga ambik darah,tujuan untuk test kolesterol,kencing manis,hepatitis,buah pinggang  dan bermacam-macam lagi penyakit yang berkaitan dengan pemeriksaan melalui darah.Kemudian hantar darah yang telah diambil tadi ke makmal,kemudian serahkan sampel air kencing untuk pemeriksaan seperti albumin dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

Langkah seterusnya, ke bahagian X-ray pulak,yang tak bestnya kena buka baju,baju dalaman,dan segala aksesori seperti emas,jam dan yang sewaktu dengannya..kat sini nak bersiap tu yang lambat sikit,buat X-ray tu sat sahaja..

Langkah terakhir kami buat ECG,tapi disebabkan orang ramai,machine tu ada satu,jadi kena tunggu lama sikit,lebih kurang 30 minit menunggu,akhirnya kami keluar sat pekena roti canai tak tahan dah,lapar sangat.Balik semula kat tempat menunggu tu tak panggil lagi,selepas 2,3 orang akhirnya nama kami dipanggil,husband masuk dulu,tapi disebabkan suami dan isteri kami boleh masuk berdua,sebabnya kat sini pun kena buang baju dalaman,dan segala aksesori seperti emas,jam,cincin dan yang sewaktu dengannya.Alamak sekali lagi,tapi tak pelah demi kesihatan.Nak buat ECG tu sat sahaja,lepas beberapa minit keluarlah bacaan jantung tu,kemudian graf tersebut akan dibaca oleh doktor untuk mengenalpasti tahap kesihatan jantung.Harap segalanya ok.

langkah terakhir apalagi masuk baliklah KMK,mujur minggu ni tak de student lagi,so tak lah kalut sangat..

Dalam perjalanan terasa amat sayu,kembali ke UUM tempat belajar dulu hingga berjaya menggengam segulung ijazah ekonomi..terasa amat berbeza dulu dan kini,penuh dengan bangunan dan di kiri kanan jalan pokok-pokok telah teralu besar,redup dan sejuk mata memandang ,tak macam dulu UUM kepanasan kerana kurang pokok-pokok besar.

Terasa letih amat,tapi puas kerana niat untuk buat pemeriksaan kesihatan tercapai,harap-harap segalanya ok.Tunggu keputusan akan keluar pada hari ahad ni...tungggu!!!!!!

Wednesday, May 11

Terima Kasih

Minggu ini pensyarah start semula kerja,tetapi entah kenapa tidak seperti musim-musim yang lalu,usai sahaja cuti,setiap pensyarah seolah ternanti-nanti bila nak naik kerja,minggu ini terasa amat sedih dan pilu.berbagai-bagai rasa di dalam...kerana bermacam-macam isu yang timbul terutama kenaikan ke DG 52 dan DG 48,berkaitan perpindahan dan surat-surat pengaduan yang diterima..semua menimbulkan rasa tidak senang di hati banyak pihak.

Tadi semasa breakfast di cafe pentadbiran,berkesempatan bersembang dengan ustazah Roshidah berkaitan dengan anak-anak,tentang tingkah laku dan kerenah anak-anak dalam membesarkan mereka..betapa tenangnya dengan kata-kata yang diberikan,terasa amat kekurangan diri,banyak tip-tip yang diberikan bagaimana untuk membentuk dan mendidik jiwa anak-anak yang masih kecil supaya menjadi lembut dan mendengar apa yang dikatakan oleh ibu dan bapa.

Terngiang ditelingaku,salah satu sebab kenapa bila kita memanggil anak kita,dan selalu jawapan yang diberikan adalah sat mama,atau sekejap mama,sentiasa bertangguh tidak terus datang apabila dipanggil,hingga kadangkala menimbulkan amarah dalam diri kita, tahu tak kenapa, ini adalah kerana kita selalu menangguhkan panggilan Allah selepas azan,haiya alal solah,haiya alal solah,haiya alal solah,adakah selepas mendengar panggilan Allah kita terus pergi sembahyang..jika jawapannya Ya,alhamdulilah,tapi sebaliknya cuba kita kaji kenapa,itulah hukum panggilan.insaf aku seketika,selepas ini aku berazam untuk segera menunaikan sembahyang selepas mendengar azan.

Seringkali aku pening dengan kerenah anak ketigaku yang agak aktif,kadangkala kemarahanku naik memuncak dan apalagi hukuman sering diberikan,aku mencubit,tampar dan kadangkala pakai hanger untuk merotan,selepas itu aku akan rasa amat bersalah dengan tindakanku,kata ustazah lagi setiap anak perlukan perhatian dan kasih sayang,berikan pelukan dan doakan mereka setiap hari supaya jiwa mereka lembut,dan mereka mendengar apa yang kita katakan,jangan sesekali berkata yang tidak baik kepada anak-anak seperti bodoh,bangang,degil,kurang ajar kerana itu merupakan doa buat mereka..Seandainya kita tidak tahu apa yang nak dicakap kepada anak-anak,berdoalah kepada Allah SWT supaya memberikan kita ilham untuk bercakap dengan anak kita mengikut usianya,Insyaallah,Allah akan membantu kita.

Satu lagi kata ustazah,buat para suami atau isteri,jika ada rasa marah atau benci pada pasangan sehingga sanggup bercerai,bila tidur malam,renunglah ke wajah isteri atau suami kita,bila ada perasaan kasihan melihatnya,menunjukkan masih ada perasaan sayang dalam hati kita,dan mungkin akan berlaku sebaliknya. Sebab itulah apabila aku melihat anak-anak yang sedang tidur,bertimbal balik perasaan kasihan dan sedih kerana perbuatan memarahi dan merotan di waktu siang.Aku berjanji akan cuba menjadi seorang yang sabar dalam mendidik anak-anak.

Banyak lagi tip-tip yang diberikan oleh ustazah,terasa tenang dan mendamaikan..terima kasih ya ustazah,atas segala pedoman yang diberikan...

Anak-anak umpama kain yang putih,bersih lagi suci,kitalah sebagai ibu bapa yang akan mencorakkan mereka samada menjadi nasrani atau majusi..

Buat anak-anakku tersayang,ingatlah bahawa mama sangat menyayangimu sepenuh hati....

Tuesday, May 10

Salam Perpisahan


En.Ahmad Rifae Mohd Aini bekas KU kami yang berhijrah ke KMJ



E..Mohd Idris Omar sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan
 
tinggal kenangan

moga kita berjumpa lagi
 Tahniah diucapkan kepada Pn Noryati,En.Saifuddin (tiada dalam gambar),En.Idris dan En.Ahmad Rifae atas perlantikan atau kenaikan pangkat ke DG 52 dan DG 48.

Selaras dengan perlantikan tersebut,BMKPM menetapkan bahawa pengisian DG berdasarkan kepada kuota yang telah ditetapkan,maka beberapa orang pensyarah terpaksa berhijrah ke kolej-kolej yang lain walaupun tanpa rela dan rela..

Kami di unit ekonomi akan kehilangan rifae,idris dan saifuddin yang ke Johor,Pulau Pinang dan Melaka. Pepatah orang tua ada mengatakan berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya,walaupun kita melihat kesusahan yang dialami oleh rakan-rakan,tetapi susah lagi mereka yang menghadapinya,bak kata kak yati,kita takkan rasa bila kita tak kena,jadi dalam keadaan sekarang susah jadinya nak kata pergi ataupun jangan...

Buat fae,walaupun dimana fae ditempatkan ,fae tetap dalam kenangan kerana banyak jasa yang telah ditaburkan dan tidak susah rasanya untuk fae mendapat kawan baru kerana sikap fae yang suka menolong orang.

Buat idris,sikap positif yang ada selalu membuatkan kami tenang dan yakin menghadapi sesuatu keadaan.

Allah SWT menetapkan sesuatu kejadian itu berpasang-pasangan, setiap pertemuan ada perpisahan,setiap kehidupan ada kematian,ada siang dan malam,bulan dan bintang, setiap yang datang akan pergi,tiada sesuatupun yang akan kekal abadi dalam dunia ini...

Kepada rakan-rakan yang berhijrah ke tempat baru,selamat bertugas di tempat baru...Allah yang menghantar kalian di sana,dan Allah yang mengatur segala-galanya,tentu ada hikmah disebalik semua ini.

Thursday, May 5

Amatur

Balik cuti 2,3 hari ni anak bujang ku tak de kerja lain,dok sibuk ngan kamera baru jer,belek sana sini,klik sana sini,pose sana sini,naik letih aku tengok,lupa seketika kerja sekolah yang berlambak-lambak tu,tapi tak pelah boleh gak mama n babah belajar sama,kami ni orang tua-tua dah,lampi sikit nak belajar teknologi moden ni.

Habih gambar adik-adik dia snap,bolehlah tengok hasilnya,kot-kot lepas ni leh jadi pro pulak,sekarang amatur...
Aku yang suka posinglah

kamil lagi berikan pose

Airell

dalam kereta on the way balik dari market Jitra

kat pondok pulak

lagi gaya dari kami 3 beranak

senyum simpul adib

tak de kerja lain kalau gi dapur ,tak pelah asalkan mama leh masak sudahlah

ni lepas habih tengok ultraman,depa pulak jadi ultraman
amacam,boleh dak aliff jadi photographer??? dan kamilah model-modelnya....

Tuesday, May 3

Jejalan

pose ngan anak-anak

lagi pose


ngan biras eteen n anak-anak

Adib takut ngan rimau tu

waris tok melah dan tok meli

kat tempat bowling ler

anak-anak dok sibuk ngan bola bowling

cewah mama tunjuk skil main bowling
babah pun tunjuk power gak main bowling
sempena cuti 3 hari,jumaat,sabtu dan ahad 1 mei, untuk mengisi masa lapang tersebut supaya tak sia-sia dan memberi manafaat,maka pada petang jumaat,kami ke mana lagi tentunya ke tempat yang menjadi tumpuan warga kubang pasu amnya,mana lagi kalau tak kat Tasik Darul Aman. Sebaik sampai apalagi jadi model la sat,Aliff nak tunjuk skill jadi cameraman,mentang ada camera baru,maka berposinglah kami...

kebetulan hari tu,eteen n dik ja pun ada...so jadi makin meriahlah keluarga kami,selesai makan-makan kat kedai mak Ramlah, dik ja buat cadangan untuk main bowling,so yang lain pun setuju ,walaupun aku ada anak kecik tapi kira alright jugaklah,dah lama aku tak tunjuk skill main bowling,masih ingat lagi aku masa kat KMP,azmal suruh aku masuk pertandingan bowling wakil KMP untuk pertandingan di bahagian matrikulasi,kerana katanya aku berada di ranking kedua peserta perempuan,tempat pertama masa tu ialah Kak Ida,tapi dia tak ajak Kak Ida masuk mungkin waktu tu K.ida anak-anaknya  masih kecik,banyak komitmen dan aku waktu tu cuma ada Aliff sahaja so mungkin tak banyak masalah kalau nak join. Tapi aku tak join sebab apa ye,rasanya aku malas nak gi,lepas tu pas pada zuriah,dia pun tak jadi gi gak,setelah dinasihatkan oleh aziz KU eko kami waktu tu.

Kami tiba kat tempat bowling aneka lebih kurang jam 8.30 malam,si Ariez tak sabar nak main katanya dia main kat sekolah,cikgu ajar,cikgu ajar main baling tin pakai bola,dia jatuh kan tin,tu yang dia seronok nak main tu....

aku,hubby,aliff n fifi satu team,team satu lagi adik jai,dik ja n ezani,so kami main open...eteen tak leh main takut terkeluar baby dalam perut nanti.so apalagi baling time,maka bersungguhlah aku,hubby n aliff baling,ceh nampaknya masa bisa merubah segalanya, time after time,rupanya skill aku dah lama hilang,dok baling tak pernah yang jadi strike,ayo yo mama sudah give up,banyak jugak yang masuk longkang,penat cuba dah ni tak strike jugak,belakang badan n tangan dah mula terasa sakit..hubby makin lama makin ok,si aliff pulak first time pegang bola bowling,tak berapa menjadi,tak pe lah nak,lain kali  cuba lagi,nampaknya zaman kegemilangan aku dah berakhir agaknya...gemilang ke aku???kah kah kah perasan wei,maksud aku zaman muda dulu dok pandai main dah tak pandai ler ni...hi hi hi

akhirnya si kecik dah mula buat perangai tak mau dah dok diam,mula merengek sana sini, nak merangkak sana-sini,tak mau dipujuk dah,mungkin mengantuk kot,mama dia yang buat-buat tak faham,so apalagi balik timelah...

moralnya selalu-selalunya main bowling macam kak yan supaya kita boleh dapat strike....

Sunday, May 1

Genap 4 tahun

birthday cake untukAirell

Airell sedang meniup lilin

si Ariez pun tumpang sama nak tiup lilin kek adik

dan posing ngan anak-anak

Airell menikmati kek sendiri


semalam 30.4.genap anak ketigaku berumur 4 tahun.Muhammad Airell Muqrin nama yang diberi. Selalu dok bertanya-tanya bila kek adik,bila kek adik.kesian pulak kalau tak beli kan kek,jadi semalam selepas balik dari shopping kat Alor Setar Mall dan Tesco singgah sat kat fairy kedai kek,tak sempat nak tempah dah,jadi ambik jer la mana kek yang ada,dia bagi dia pilih sendiri akhirnya dia pilih kek coklat.
Tak ada majilis untuk anak ketigaku ini,jadi kami bawa keluar makan-makan kat alor setar dan malam kami suruh dia tiup lilin dan potong kek,tak de sesiapa yang dipanggil kecuali kami 6 beranak sahaja...jadilah sayang sebagai tanda bahawa mama tidak melupai hari lahirmu.

Airell,bang cik timangan yang kami beri,kadangkala amat memeningkan,kemana sahaja dibawa pasti ada yang dibuatnya meninggalkan memori pahit atau manis,kadangkala aku rasa malu pada orang yang memandang,bukan kami tak tegur,berulangkali malahan cubit,tampar rotan pun pernah kami berikan atas sikapnya yang begitu aktif...

Masih kuingat tahun lepas,semasa majilis berbuka puasa di hotel kat Kuala Perlis,disebabkan tak duduk diamnya menyebabkan curtain hotel tercabut,aku nak buat camnaer selamber jelah...

yang terbaru hari jumaat kami gi pacific cadang nak survey beli camera dslr,dalam kami dok sibuk bertanya itu ini pada tauke kedai tu,tiba-tiba....bunyi krak semua orang terkejut dan semua mata terpaku melihat...rupanya-rupanya si Airell anakku telah mematahkan tempat letak kertas mesin fotostat yang diletakkan diluar kedai...Ya Allah rasa malu ada,rasa marah ada bercampur baur,mungkin cina kedai tu marah,tapi pendam sahaja sebab kami pelanggan.

Habis cina tu menerangkan dan aliff pun dok acu try kamera tu,akhirnya hubbyku tanya camner nak ambik tak,cadangan asal aku tak mau beli lagi kat situ,nak survey lagi kat kedai lain kot-kot ada model yang lebih baru,dan harga yang lebih rendah tapi disebabkan si Airell telah buat hal maka aku pun terpaksalah beli.

Semalam pulak masa kat Tesco ada pamaeran kereta 4x4 jenama Dmax,aku ke tandas sekejap,hubby tengok anak-anak sambil tengok kereta tersebut,bila aku sampai sahaja kat hubby balik kulihat airell dok menangis sambil babah dia peluh,kata suamiku kepalanya terkena bonet kereta tersebut,dia tarik bonet kereta tapi sebab dia kecik tak mampu nak tahan bonet tersebut,so apalagi berdengkung kat atas kepalanya,mujur tak pecah kepala anakku,sakit gamaknya sebab tu dia menangis,kalau takat sikit-sikit dia boleh tahan lagi.Hai Airell,Airell.

kalau kami gi mana-mana kami kena pastikan dia sentiasa depan mata,sebab dia terlalu berani,pernah beberapa kali dia hilang dari pandangan,sebab dia tak ikut kami dia ke arah lain,dan bila ku cari dia dah menangis cari kami...

Memori indah ini tak akan dapat dilupakan sehingga habis usiaku..wahai anak-anak kaulah racun kaulah penawar...buat bang cik doa mama sentiasa mengiringimu semoga berjaya di dunia dan akhirat.

Ka