|
shitah,kak yati,me,kak yan and derih |
|
fuad,mek rose,muzliza,idris,shitah,me,kak ida n kak yan |
|
same person |
|
gambar yang sama daa |
|
gaya dan senyuman yang sama |
|
dan lagi posing tu.. |
|
|
|
|
seronok n happy sangat tengok gambar ni,terasa kami macam adik beradik seibu dan sebapak,walaupun memang hakikatnya jauh panggang dari api,kami tetap lain mak tak sama bapak...cuma yang betul kami ni dibawah satu bapak jugaklah,pengurusan tertinggi dibawah naungan institusi yang bernama KMK.
Pic ini dirakamkan pada 22.5 yang lalu selepas kami meraikan perpisahan kak hajar,kak ida n idris...bertempat di bilik KU akaun,tapi muka ku akaun dan anak-anak buah satupun tak nampak,sebabnya depa dok buat kerja...kami pun tumpang buat kerja jugak..kerja mencicah garam belacan dan buah pelam pemberian student past year afif yang menjadi pembantu fasi untuk minggu mppb.
Sesekali berkumpul cam ni terasa seronok dan semakin kukuh jalinan ukhwah antara kami,yalah selepas ni mungkin tak de peluang nak buat camni sebab masing-masing sibuk ngan student dan kelas masing-masing,so minggu ni student belum mendaftar jadi ada ler peluang untuk aktiviti cam ni kan..kan..kan.
So terima kasihlah kepada si afif sebab dengan buah pelam yang dibawa khas dari kampung kami semua dapat berkumpul dan membincangkan isu-isu terhangat masa kini,dan mungkin akan meninggalkan memori indah dan manis buat kak ida dan idris yang telah pun bertugas di tempat baru.
So kawan-kawan,lepas ni kalau ada masa terluang,kita berhimpun lagi dalam suasana yang lebih santai...bukan apa keseronokan bekerja bermula dari keseronokan dalam hati,jika hati tak seronok semua benda akan menjadi tidak indah...
No comments:
Post a Comment