Selepas punch in,aku terus perjalanan ke klinik kesihatan UUM (semalam dah minta kebenaran KU akaun).Semalam husband dah buat appointment untuk buat medical check up.Actually profile kesihatan ni diwajibkan oleh pihak universiti kepada semua kakitangan UUM,tetapi pada tahun ini pihak universiti memberi kebenaran kepada pasangan staff untuk membuat profile kesihatan ni sama. Jadi aku tidak melepas peluang mengambil kesempatan demi untuk kebaikan,yalah umur yang tinggal semakin sedikit,penyakit pula mula bertanya khabar,jadi bersedia awal,jangan sampai bila kita tahu ada penyakit,semuanya telah terlambat.
Sampai kat UUM jam 8.10 pagi lebih kurang,husband dah siap menunggu ditepi jalan untuk sama-sama ke PK. Dalam PK tersebut kena ambil nombor,dapat no.8033,rupanya dah ramai yang menunggu, mungkin masing-masing dah ada kesedaran tentang pemeriksaan kesihatan.
Langkah pertama, timbang berat dan ukur tinggi,nampakanya kena kurangkan berat badan sebab BMI terlebih sikut,sepatutnya kena kurang dari 25. Ingat lepas ni kena diet,kurang makan,lebih senam..ni berazam ni. Bacaa BP jugak ok,121 dan 79,yang atas tu tinggi sikit mungkin letih drive kot.
Langkah kedua,test mata pulak,kiri dan kanan dengan huruf-huruf yang telah dilekatkan,alhamdulillah kedua-dua mata berada dalam keadaan baik,bacaan 6/6.Markah penuh tu...
Langkah ketiga ambik darah,tujuan untuk test kolesterol,kencing manis,hepatitis,buah pinggang dan bermacam-macam lagi penyakit yang berkaitan dengan pemeriksaan melalui darah.Kemudian hantar darah yang telah diambil tadi ke makmal,kemudian serahkan sampel air kencing untuk pemeriksaan seperti albumin dan apa-apa yang sewaktu dengannya.
Langkah seterusnya, ke bahagian X-ray pulak,yang tak bestnya kena buka baju,baju dalaman,dan segala aksesori seperti emas,jam dan yang sewaktu dengannya..kat sini nak bersiap tu yang lambat sikit,buat X-ray tu sat sahaja..
Langkah terakhir kami buat ECG,tapi disebabkan orang ramai,machine tu ada satu,jadi kena tunggu lama sikit,lebih kurang 30 minit menunggu,akhirnya kami keluar sat pekena roti canai tak tahan dah,lapar sangat.Balik semula kat tempat menunggu tu tak panggil lagi,selepas 2,3 orang akhirnya nama kami dipanggil,husband masuk dulu,tapi disebabkan suami dan isteri kami boleh masuk berdua,sebabnya kat sini pun kena buang baju dalaman,dan segala aksesori seperti emas,jam,cincin dan yang sewaktu dengannya.Alamak sekali lagi,tapi tak pelah demi kesihatan.Nak buat ECG tu sat sahaja,lepas beberapa minit keluarlah bacaan jantung tu,kemudian graf tersebut akan dibaca oleh doktor untuk mengenalpasti tahap kesihatan jantung.Harap segalanya ok.
langkah terakhir apalagi masuk baliklah KMK,mujur minggu ni tak de student lagi,so tak lah kalut sangat..
Dalam perjalanan terasa amat sayu,kembali ke UUM tempat belajar dulu hingga berjaya menggengam segulung ijazah ekonomi..terasa amat berbeza dulu dan kini,penuh dengan bangunan dan di kiri kanan jalan pokok-pokok telah teralu besar,redup dan sejuk mata memandang ,tak macam dulu UUM kepanasan kerana kurang pokok-pokok besar.
Terasa letih amat,tapi puas kerana niat untuk buat pemeriksaan kesihatan tercapai,harap-harap segalanya ok.Tunggu keputusan akan keluar pada hari ahad ni...tungggu!!!!!!
No comments:
Post a Comment