Tuesday, May 10

Salam Perpisahan


En.Ahmad Rifae Mohd Aini bekas KU kami yang berhijrah ke KMJ



E..Mohd Idris Omar sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan
 
tinggal kenangan

moga kita berjumpa lagi
 Tahniah diucapkan kepada Pn Noryati,En.Saifuddin (tiada dalam gambar),En.Idris dan En.Ahmad Rifae atas perlantikan atau kenaikan pangkat ke DG 52 dan DG 48.

Selaras dengan perlantikan tersebut,BMKPM menetapkan bahawa pengisian DG berdasarkan kepada kuota yang telah ditetapkan,maka beberapa orang pensyarah terpaksa berhijrah ke kolej-kolej yang lain walaupun tanpa rela dan rela..

Kami di unit ekonomi akan kehilangan rifae,idris dan saifuddin yang ke Johor,Pulau Pinang dan Melaka. Pepatah orang tua ada mengatakan berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya,walaupun kita melihat kesusahan yang dialami oleh rakan-rakan,tetapi susah lagi mereka yang menghadapinya,bak kata kak yati,kita takkan rasa bila kita tak kena,jadi dalam keadaan sekarang susah jadinya nak kata pergi ataupun jangan...

Buat fae,walaupun dimana fae ditempatkan ,fae tetap dalam kenangan kerana banyak jasa yang telah ditaburkan dan tidak susah rasanya untuk fae mendapat kawan baru kerana sikap fae yang suka menolong orang.

Buat idris,sikap positif yang ada selalu membuatkan kami tenang dan yakin menghadapi sesuatu keadaan.

Allah SWT menetapkan sesuatu kejadian itu berpasang-pasangan, setiap pertemuan ada perpisahan,setiap kehidupan ada kematian,ada siang dan malam,bulan dan bintang, setiap yang datang akan pergi,tiada sesuatupun yang akan kekal abadi dalam dunia ini...

Kepada rakan-rakan yang berhijrah ke tempat baru,selamat bertugas di tempat baru...Allah yang menghantar kalian di sana,dan Allah yang mengatur segala-galanya,tentu ada hikmah disebalik semua ini.

2 comments:

  1. sedih tengok kkwan kena pi jauh. dah tak ada keseronokan kerana merekalah penghibur kita. en pae dan deris amat berkarisma. kenduri unit bi tak kan meriah lagi tanpa depa lalu lala ng dan singgah makan. semoga mereka tabah di sana.sekali fikir kalau camni gayanya biar semua dok di 48 aje,janji semua hepi

    ReplyDelete
  2. entahlah...kadang airmata ini menitis, kadang pula wajah ini mengukir senyum....seronok sama-sama naik gred tapi itulah keadaannya...

    semoga Allah mempermudahkan semua urusan teman-teman...dugaan yang hebat ini pasti menjanjikan sesuatu yang manis dihujungnya....AMIN

    ReplyDelete