Tuesday, November 29

HINDARI LIMA PERKARA SELEPAS MAKAN

HINDARI 5 PERKARA SELEPAS MAKAN


Jangan Minum Teh

Daun teh ternyata mngandungi asid yang boleh mengakibatkan kandungan protein yg terkandung dalam makanan yang dimakan segera mngeras.Akibatnya, protein tersebut sukar dicernakan. Jadi, minum air putih sahaja

Jangan Terus Makan Buah

Makan buah sebaik sahaja selepas makan menjadikan perut kembung kerana terlalu banyak air. Oleh itu, lebih baik memakan buah satu hingga dua jam setelah makan atau satu jam sebelum makan...

Jangan Mandi

Mandi setelah makan ternyata mampu meningkatkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh sehingga jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan dalam perut kita

Elakkan Terlalu Banyak Berjalan

Berjalan yang terlalu banyak selepas makan akan mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang dimakan

Jangan Terus Tidur

Makanan yang kita makan tidak boleh diterima oleh sistem pencernaan dengan baik.Akibatnya, usus kita akan luka atau terkena jngkitan.


Sebenarnya, dalam menjalani kehidupan seharian, kita bnyak melakukan perkara di atas...Bila dah baca artikel macam ni...Tahulah rupanya, banyak kesilapan yang dilakukan..Makan buah sejurus selepas makan adalah amalan biasa yang dilakukan....Mandi selepas makan pun biasa dilakukan...walaupun dah tahu tak elok....Rasanya susah utk mendisiplinkan diri bila dah biasa melakukannya....Tapi tak apa....cuba lakukan yang TERBAIK supaya KESIHATAN TERJAGA.....

Boleh ke?????????Tepuk dada tanya hati



Monday, November 21

Kursus BTN at Kaki Bukit Perlis

Alhamdulillah,dah selesai menghadiri kursus BTN...lega seolah terlepas satu beban.pada mulanya menyangka apabila gi kat kursus ni dah tentu-tentunya akan fed up,letih,boring sebab kena torture dan masa yang pack,bermacam perkara negatif yang disangka,tapi nampaknya kali ni sebaliknya,mungkin modul dah ditukar lagipun namanya Program Tranformasi Birokrat Pensyarah Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Zon Utara. Kami  juga tidak lagi berpakaian macam budak sekolah,kain hitam,baju putih sekarang pakaian adalah fleksible mengikut kesesuaian.

Dalam modul ini,kami didedahkan dengan isu-isu yang membawa kepada rasa cinta kepada negara,mengelakkan perpecahan antara kaum dan betapa pentingnya menjaga kedaulatan negara supaya tidak terjadi semula penjajahan.Penjajahan disini bukan merujuk kepada penjajahan seperti sebelum merdeka tetapi penjajahan dari segi ekonomi dan pemikiran...

Kami juga didedahkan dengan senario politik semasa,dimana ancaman2 yang akan berlaku,banyak isu-isu yang disentuh,bincang dan dikupas..macam biasa tiap sesuatu pasti ada pro dan kontranya...

Jangkamasa kursus,selama 3 hari cukup menimbulkan kesedaran dalam diriku supaya lebih menyayangi dan menyintai negara,adakah kesenangan yang dinikmati selama ini akan terus berkekalan,adakah keamanan negara akan tergugat selepas ini,adakah kedudukan kaum melayu akan terhapus selepas ini,dan adakah warisan kita selepas ini akan hidup tenang dan bebas seperti mana mak dan bapa,nenek dan datuk mereka....adakah negara kita akan jadi seperti sebahagian negara yang bergolak,berperang,kacau bilau...adakah keamanan dan kemakmuran akan menjadi milik kita selepas ini?

Dalam sembahyang aku berdoa supaya Allah memelihara negaraku Malaysia,dan semoga umat Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya bersatu padu......

mr chin,kala,intan dan ssharimah menunggu bas utk ke kaki bukit

aku dan nana sempat lagi posing sebelum naik bas

seronok dalam van untuk ke kaki bukit

aku dan kak zu nampak macam kembar sebab baju dan tudung kami sama color cuma body aku jer yang lebih

aku dan Dr Sariah  Abdul Jalil Pengarah BMKPM yang turun untuk merasmikan program

pensyarah KMK dengan Dr Sariah

di depan dewan kem bina negara

pandangan dari hadapan dewan kem..cantik pemandangan sejuk mata memandang

sebahagian ahli kumpulan 3 ketika sesi LDK

fasi kami en.syukri

kak zu,aku,zuraida dan shimah sempat lagi posing sebelum masuk dewan

kumpulan-kumpulan yang akan mempersembahkan nyayian seronok menunggu giliran
kumpulan 3 dengan penuh semangat menyanyikan lagu Malaysia Baru


juara pertandingan kerana  juri merupakan fasi kumpulan ini...dan juga komen hos penyanyi wanitanya cantik...












































Tuesday, November 15

puas hati

lama sangat dah rasanya tak update blog ni bukan tak de isu tapi sejak cuti 2 minggu ni, tak dan sungguh nak mengadap lap top ni,yalah sejak mata dibuka jam 5 atau 6 pagi,sampailah mata ni tertutup pulak jam 10 atau 11,pasti ada sesaja benda yang dibuatkan.

bermula dengan menyidai baju,mengemas rumah,vacuum,buat breakfast kepada yang sikecik dan berumur 4 tahun tu,mengemop,siram pokok bunga,sapu lantai kat luar,masak untuk lunch,ambik ariez dari tadika,lunch layan kerenah depa 2 beradik,mengemas lagi,ambik kain kat ampaian,lipat,pastu ambik baby kat rumah mak lang jam 3,(hantar jam 11 pagi nak drive tak leh sbb dia tak mau dok diam dalam kereta) sampailah malam kerja yang sama hampir berulang-ulang setiap hari...letih weh tapi amat berpuas hati kerana dapat berbakti kat rumah dan anak-anak sendiri,..bila pijak lantai rasa licin semacam,pokoknya puas hatilah ngan kerja sendiri.

semalam dan lagi lap semua pintu-pintu bilik dan perbaut yang berdebu,habis katil-katil,almari,tv dan sofa-sofa kena lap,langut kat atas pulak,ok clear dan tak de sawang operasi menyawang dah dilakukan luar dan dalam rumah...lega..

hari ini operasi mencuci toilet-toilet pulak,dah siap tadi ni wah rasa leganya,yang si kecik berumur 4 tahun airell tu dah berulang kali dipesan kalau nak kencing,dalam lubang toilet,tapi dia buat tak heran jer pi dipancutnya kat floor jer,dahlah baunya semacam..hari-hari cam ni maunya kurus mak,tapi tak jugak kurus-kurus makin tembam adalah,ni akibat mabuk daging korban bak kata kak yan..

dah masa ni nak ambik si baby dah jam 3,lepas ambik dia tak leh nak buat apa,dia jadi teramat manja dan melekap sambil minta nek..macam pengantin baru,dia pun lebih kurang macam tulah ngan mama dia sejak bercuti ni...tapi terasa semakin rapat dan sayang sesangat...

esok dah khamis bermakna tingal sehari lagi nak pi BTN,maleh nya rasa ehh,tapi apakan daya kena pi,first time ni nak tinggalkan sibaby,tak pernah lagi tinggalkan dia pi mana-mana,kesian sangat rasanya,cam manalah nnati malam kalau dia teringin nak nek,suakan ajerlah puting babah dia...ha ha ha.

seronok bercuti le anak-anak bermanja,sediakan apa yang teringin dimakannya,tapi mamanya yang tak berehat lotih bona rasa ehh tapi puas hati sesangat,anak-anak terjaga segala-galanya...rumah tangga pulak rasa suci sesucinya,tapi korbanlah masa rehat..

sebab tu lah bibik-bibik endon tu kadangkala lari,mungkin tak tahan gamaknya,nampak jer duduk rumah macam senang,tapi bila kita berada di tempat tu baru kita tahu...bak kata ayat kak yati tak kena tak rasa.....

Tuesday, November 1

Birthday Aliff

wajah ketika berusia 12 tahun
ketika berusia 13 tahun terima anugerah cemerlang UPSR







usia 14 tahun

wajah terkini





















hari ini genap 15 tahun usia anak sulungku..dah besar rupanya dia,tapi tak buat sambutan ari ni sebab dia tinggal  di asarama,mungkin esok kalau sempat bolehlah beli kek dan hulurkan hadiah..esok dia akan balik sebab nak sambut hari raya Aidil Adha..

Tersangat banyak kenangan manis dengan anakku ini kerana dialah satu-satunya anak yang sangat manja dan rapat denganku kerana ditakdirkan dia tidak beradik sehingga berusia 9 tahun,jadi dimana ada aku di situlah ada dia,dan rupa parasnya ketika kecil saling tak tumpah wajahku sehinggakan ada kawan2 yang menyatakan dia fotostat mukaku..

Alhamdulillah dan aku bersyukur sangat kerana dia dapat masuk asrama penuh selepas UPSR,bukan mudah seorang ibu melepaskan anak yang berusia 13 tahun untuk berdikari apatah lagi dia seorang lelaki yang semua pasti maklum keperluan diri diuruskan oleh ibu,tapi ketika itu niatku cuma satu supaya dia tidak tinggal sembahyang kerana bukan mudah untuk melatih anak-anak terutamanya lelaki supaya tidak tinggal sembahyang. dan kini aku bersyukur sesangat kerana dia dah boleh jadi imam kepadaku dan adik-adiknya setiap kali balik dari asrama...dan setiap tahun diasrama dia akan khatam al-Quran dan melakukan puasa-puasa sunat dan berkesempatan belajar kitab-kitab...itulah yang sangat aku harapkan...

Sempena ulang tahun kelahirannya pada hari ini,aku sebagai ibu mendoakan yang terbaik buatnya,semoga anakku sentiasa beroleh kejayaan dalam kehidupan baik di dunia mahupun akhirat,semoga murah rezeki dan menjadi anak yang soleh...