wajah ketika berusia 12 tahun |
ketika berusia 13 tahun terima anugerah cemerlang UPSR |
usia 14 tahun |
wajah terkini |
hari ini genap 15 tahun usia anak sulungku..dah besar rupanya dia,tapi tak buat sambutan ari ni sebab dia tinggal di asarama,mungkin esok kalau sempat bolehlah beli kek dan hulurkan hadiah..esok dia akan balik sebab nak sambut hari raya Aidil Adha..
Tersangat banyak kenangan manis dengan anakku ini kerana dialah satu-satunya anak yang sangat manja dan rapat denganku kerana ditakdirkan dia tidak beradik sehingga berusia 9 tahun,jadi dimana ada aku di situlah ada dia,dan rupa parasnya ketika kecil saling tak tumpah wajahku sehinggakan ada kawan2 yang menyatakan dia fotostat mukaku..
Alhamdulillah dan aku bersyukur sangat kerana dia dapat masuk asrama penuh selepas UPSR,bukan mudah seorang ibu melepaskan anak yang berusia 13 tahun untuk berdikari apatah lagi dia seorang lelaki yang semua pasti maklum keperluan diri diuruskan oleh ibu,tapi ketika itu niatku cuma satu supaya dia tidak tinggal sembahyang kerana bukan mudah untuk melatih anak-anak terutamanya lelaki supaya tidak tinggal sembahyang. dan kini aku bersyukur sesangat kerana dia dah boleh jadi imam kepadaku dan adik-adiknya setiap kali balik dari asrama...dan setiap tahun diasrama dia akan khatam al-Quran dan melakukan puasa-puasa sunat dan berkesempatan belajar kitab-kitab...itulah yang sangat aku harapkan...
Sempena ulang tahun kelahirannya pada hari ini,aku sebagai ibu mendoakan yang terbaik buatnya,semoga anakku sentiasa beroleh kejayaan dalam kehidupan baik di dunia mahupun akhirat,semoga murah rezeki dan menjadi anak yang soleh...
No comments:
Post a Comment