lama sangat dah rasanya tak update blog ni bukan tak de isu tapi sejak cuti 2 minggu ni, tak dan sungguh nak mengadap lap top ni,yalah sejak mata dibuka jam 5 atau 6 pagi,sampailah mata ni tertutup pulak jam 10 atau 11,pasti ada sesaja benda yang dibuatkan.
bermula dengan menyidai baju,mengemas rumah,vacuum,buat breakfast kepada yang sikecik dan berumur 4 tahun tu,mengemop,siram pokok bunga,sapu lantai kat luar,masak untuk lunch,ambik ariez dari tadika,lunch layan kerenah depa 2 beradik,mengemas lagi,ambik kain kat ampaian,lipat,pastu ambik baby kat rumah mak lang jam 3,(hantar jam 11 pagi nak drive tak leh sbb dia tak mau dok diam dalam kereta) sampailah malam kerja yang sama hampir berulang-ulang setiap hari...letih weh tapi amat berpuas hati kerana dapat berbakti kat rumah dan anak-anak sendiri,..bila pijak lantai rasa licin semacam,pokoknya puas hatilah ngan kerja sendiri.
semalam dan lagi lap semua pintu-pintu bilik dan perbaut yang berdebu,habis katil-katil,almari,tv dan sofa-sofa kena lap,langut kat atas pulak,ok clear dan tak de sawang operasi menyawang dah dilakukan luar dan dalam rumah...lega..
hari ini operasi mencuci toilet-toilet pulak,dah siap tadi ni wah rasa leganya,yang si kecik berumur 4 tahun airell tu dah berulang kali dipesan kalau nak kencing,dalam lubang toilet,tapi dia buat tak heran jer pi dipancutnya kat floor jer,dahlah baunya semacam..hari-hari cam ni maunya kurus mak,tapi tak jugak kurus-kurus makin tembam adalah,ni akibat mabuk daging korban bak kata kak yan..
dah masa ni nak ambik si baby dah jam 3,lepas ambik dia tak leh nak buat apa,dia jadi teramat manja dan melekap sambil minta nek..macam pengantin baru,dia pun lebih kurang macam tulah ngan mama dia sejak bercuti ni...tapi terasa semakin rapat dan sayang sesangat...
esok dah khamis bermakna tingal sehari lagi nak pi BTN,maleh nya rasa ehh,tapi apakan daya kena pi,first time ni nak tinggalkan sibaby,tak pernah lagi tinggalkan dia pi mana-mana,kesian sangat rasanya,cam manalah nnati malam kalau dia teringin nak nek,suakan ajerlah puting babah dia...ha ha ha.
seronok bercuti le anak-anak bermanja,sediakan apa yang teringin dimakannya,tapi mamanya yang tak berehat lotih bona rasa ehh tapi puas hati sesangat,anak-anak terjaga segala-galanya...rumah tangga pulak rasa suci sesucinya,tapi korbanlah masa rehat..
sebab tu lah bibik-bibik endon tu kadangkala lari,mungkin tak tahan gamaknya,nampak jer duduk rumah macam senang,tapi bila kita berada di tempat tu baru kita tahu...bak kata ayat kak yati tak kena tak rasa.....
No comments:
Post a Comment