Alhamdulillah,dah selesai menghadiri kursus BTN...lega seolah terlepas satu beban.pada mulanya menyangka apabila gi kat kursus ni dah tentu-tentunya akan fed up,letih,boring sebab kena torture dan masa yang pack,bermacam perkara negatif yang disangka,tapi nampaknya kali ni sebaliknya,mungkin modul dah ditukar lagipun namanya
Program Tranformasi Birokrat Pensyarah Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Zon Utara. Kami juga tidak lagi berpakaian macam budak sekolah,kain hitam,baju putih sekarang pakaian adalah fleksible mengikut kesesuaian.
Dalam modul ini,kami didedahkan dengan isu-isu yang membawa kepada rasa cinta kepada negara,mengelakkan perpecahan antara kaum dan betapa pentingnya menjaga kedaulatan negara supaya tidak terjadi semula penjajahan.Penjajahan disini bukan merujuk kepada penjajahan seperti sebelum merdeka tetapi penjajahan dari segi ekonomi dan pemikiran...
Kami juga didedahkan dengan senario politik semasa,dimana ancaman2 yang akan berlaku,banyak isu-isu yang disentuh,bincang dan dikupas..macam biasa tiap sesuatu pasti ada pro dan kontranya...
Jangkamasa kursus,selama 3 hari cukup menimbulkan kesedaran dalam diriku supaya lebih menyayangi dan menyintai negara,adakah kesenangan yang dinikmati selama ini akan terus berkekalan,adakah keamanan negara akan tergugat selepas ini,adakah kedudukan kaum melayu akan terhapus selepas ini,dan adakah warisan kita selepas ini akan hidup tenang dan bebas seperti mana mak dan bapa,nenek dan datuk mereka....adakah negara kita akan jadi seperti sebahagian negara yang bergolak,berperang,kacau bilau...adakah keamanan dan kemakmuran akan menjadi milik kita selepas ini?
Dalam sembahyang aku berdoa supaya Allah memelihara negaraku Malaysia,dan semoga umat Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya bersatu padu......
|
mr chin,kala,intan dan ssharimah menunggu bas utk ke kaki bukit |
|
aku dan nana sempat lagi posing sebelum naik bas |
|
seronok dalam van untuk ke kaki bukit |
|
aku dan kak zu nampak macam kembar sebab baju dan tudung kami sama color cuma body aku jer yang lebih |
|
aku dan Dr Sariah Abdul Jalil Pengarah BMKPM yang turun untuk merasmikan program |
|
pensyarah KMK dengan Dr Sariah |
|
di depan dewan kem bina negara |
|
pandangan dari hadapan dewan kem..cantik pemandangan sejuk mata memandang |
|
sebahagian ahli kumpulan 3 ketika sesi LDK |
|
fasi kami en.syukri |
|
kak zu,aku,zuraida dan shimah sempat lagi posing sebelum masuk dewan |
|
kumpulan-kumpulan yang akan mempersembahkan nyayian seronok menunggu giliran |
|
kumpulan 3 dengan penuh semangat menyanyikan lagu Malaysia Baru |
|
juara pertandingan kerana juri merupakan fasi kumpulan ini...dan juga komen hos penyanyi wanitanya cantik... |
No comments:
Post a Comment