Sunday, December 18

DAY 2 - GRAND DINNER AT LANGKAWI LAGOON

petang kami buat aktiviti sendiri,sebelah pagi anak-anak kepenatan,so lepas makan tengahari,solat di bilik apalagi tidur time..oleh kerana suma penat maka kami 6 beranak tertidur sehingga jam 4.30..itupun kami terpaksa bangun kerana dah janji ngan anak2 nak bawa mereka mandi kolam kat hotel.
 anak-anak sangat seronok berjumpa air..aktiviti kolam paliiiing dinanti
 waa cik abe dok rehat sakan nooo

anak-anak dibenarkan mandi sehingga jam 7 malam,kerana selepas ni rombongan nak gi grand dinner pulak jam 8 malam...

 kami makan makanan arab...
di lobby hotel langkawi lagoon,kami tak pernah sampai ke sini lebih kurang 10 minit dari hotel kami menginap,kat sini menjadi kesukaan pelancong arab kerana menu semua masakan arab..harga bilik bagi semalam rm 700+...
 pengarah dan isteri serta pengerusi kelab staff en.jahaya
 menu utama nasi berani bagi 5*,nasi kasrah,kambing panggang,ayam panggang,daging panggang cuma kuah dalca kureng,sebab tak  biasa makan rasanya agak masam...
 sebelum makan dok diam jer

 puding caramel sedapnya....
 adib tak dok diam..
ahli rombongan mengambil tempat sebelum majlis bermula

 anak-anak sempat mengambil gambar dalam khemah2 yang disediakan untuk pelancong yang memilih untuk makan secara privacy...
waa sedapnya cik abe menghirup teh tarik...maklumlah harga segelas teh tarik kat sini rm 15..five star hotel katakan..lagipun kat sini  asyik jumpa ais jer sekali dpt teh tarikh ummp tak leh lepas noo..

 di ruang menunggu lobby

bersama cik abe dan adib

bersama kak siti dan isteri pengarah sementara menunggu bas datang

majlis dijangka tamat dalam 10.30,tetapi memandangkan masa yang digunakan untuk menikmati makanan tidak sampai pun sejam kerana masing-masing dah full,jadi majlis berakhir hampir jam 10...kebanyakan merasa puas dengan menu yang disediakan,cuma tak berapa nak reti kombinasi  yang sesuai antara hidangan tersebut,cuma aku sangat mengemari nasi berianinya...very ummp...

esok hari terakhir sebelum bertolak kami akan buat tour dulu di daratan...acara wajib sudah tentulah shopping di idaman suri dan haji ismail group...

cu next day yer....

No comments:

Post a Comment