Monday, December 26

Tahniah..anakku sayang

tiada kata secantik bahasa,tiada lukisan seindah rasa...syukur alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas kurniaan dan nikmat yang diberikan atas kejayaan anak sulung kesayangan kerana berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam PMR 2011...

akhirnya segala penat lelah, jerih perih belajar dan mentelaah diberkati Allah..tidak sia-sia usaha selama ini...dan segala doa yang sentiasa mengiringi dari seorang ibu dimakbulkan Allah...

segala nasihat,kata semangat dan perangsang yang diberikan nampaknya terkesan dihatinya...dan tidak sia-sia lawatan saban minggu mengunjungi Aliff di asrama...sebelum pulang berbakul-bakul pesanan,nasihat dan kata2 motivasi yang dikutip dari ceramah ust.kazim diturunkan kepadanya...

semoga kejayaan akan terus mengiringi kehidupannya selepas ini...teruskan kecemerlangan dalam SPM 2013 pulak...

buat anakku Mohd Aliff Haikal sekalung tahniah buatmu,dari seorang ibu yang sangat menyayangimu....


 senyuman bangga seorang ibu

sebahagian kawan2 yang beroleh kejayaan


aku sempat bersembang dengan cikgu sekolah yang merupakan kawan lama semasa di pusat matrikulasi uum,norzaini dan kak ita (rosnita)

No comments:

Post a Comment