Sunday, December 18

DAY 2 - Mangroove dan Hoping Island

tentatif program ari ni (16.12.2011)

jam 7-8 breakfast kat hotel
jam 8.30 bertolak dengan bas ke jetty paya bakau
walaubagaimanapun bas lambat hampir jam 9 pagi baru sampai di hotel,sepatutnya kena naik bot jam 9.30 pagi,perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
jam 9.45 bersiar-siar dengan bot di sungai paya bakau
 mak dan anak breakfast sebelum bertolak
 sementara menunggu sempat anak-anak posing di kolam renang
diluar pintu lobby
 sementara menunggu bas sampai, dan lagi bergambar dengan kak aishah dan anak-anak,dihujung azliza ngan anak-anak...sabar menanti...
ketua rombongan dan timbalan, puan murni dan joo kee dok berbincang awatlah pak cik majid tak sampai lagi ni...


seronoknya anak-anakku naik bas...maklumlah first time naik bas
 ahli rombongan dalam perjalanan ke jetty untuk menaiki bot bagi aktiviti mangroove,sebelah kiri tu timbalan pengarah kmk pn norhasimah dan anak-anak
tak sabar nak naik bot,excited maklumlah first time,pi langkawi mmg selalu tetapi aktiviti begini yang tak pernah...tambahan lagi nak bawa anak-anak..lagilah suspen
 sempat lagi posing anak beranak
bot kengkawan...bot depa leh speed laju coz tak de anak-anak kecik...
pemandangan jetty dari jauh 


bang cik airell tersenyum simpul..sangat berani..sampai mamanya naik takut..dalam bot dia prefer nak duk tepi sekali..

 pemandangan ditepi-tepi laut
kapal persendirian yang berlabuh di sini..ada sebilangan kapal yang hendak dijual,pelayar2 ada yang datang dari jepun,hong kong,amerika..mereka adalah golongan sederhana...yang memiliki kapal...ada kapal yang dibiarkan tersadi untuk dijual pada harga lebih kurang 1/2 juta...ada mampu???
 pemandu bot memberi isyarat kepada burung helang bahawa makanan iaitu ayam telah dilepaskan
burung helang yang sedia menunggu di tepi2 hutan keluar untuk menangkap umpan yang dilemparkan dalam laut


burung helang cuba menangkap ayam yang dilemparkan pemandu bot tadi
 betapa megahnya helang diangkasa raya,nama langkawi diambil sempena nama burung helang yang merupakan penghuni di pulau langkawi,iaitu lang dan kawi merupakan batu kawi yang terdapat banyak di langkawi..mengikut cerita pemandu bot kami adik Daud tapi gambarnya tidak sempat kami rakamkan pasal dok kalut amik gambar sendiri..
batu gunung yang kelihatan seperti wajah seorang kanak-kanak apabila dilihat dari jauh...yang uniknya ialah batu tersebut yang memisahkan antara laut andaman dan sungai paya bakau..jarak selepas batu tersebut merupakan laut andaman dan bot kami di sungai paya bakau


 salah satu dari 3 geopark yang ada di langkawi..dinamakan kilim geoforest park sempena nama kampung tersebut.
 bot dalam perjalanan ke pusat penternakan ikan
laut dan sungai biarpun bercantum tetapi tidak bersama...

 pusat penternakan ikan
 pekerja pusat penternakan memberi ikan pari makan dengan membuka mulut ikan tersebut yang betina dinamakan siti fatimah dan jantan diberi nama apatah luper...
 anak-anak seronok sampai ke sini pengalaman baru buat mereka
belangkas,pekerja sedang memberi info tentang belangkas,sesapa yang tak pernah tengok,tataplah puas-puas yek


ikan sumpit yang hanya ada di langkawi,apa yang menarik tentang ikan ini ialah cara nya mendapatkan makanan dengan menyumpit,makanan utama ikan ini ialah binatang2 kecil,bila nampak serangga ikan ini akan menyumpit dan apabila serangga itu jatuh,barulah ikan akan memakannya..kelihatan ditiang ialah gumpalan roti yang telah digumpal ditempekkan pada tiang,lalu ikan ini akan menyumpit sehingga jatuh...apa yang menarik tiap-tiap bidikan adalah sangat tepat...ikan ini juga akan menyumpit apa yang dilihatnya seperti cincin,atau anting-anting,dan menurut keterangan pekerja itu lagi tidak hairanlah jika anting-anting yang dipakai menjadi seperti choc fudge,sekejap ada lepas tu tiada...

 ini kawasan paya bakau,disinilah tempat penginapan sang buaya...walaubagaimanapun buaya-buaya tersebut telah dipindahkan ke zoo2...setelah mendengar penerangan pemandu bot kami rasa seriau jugak...kot2lah ada sekor dua yang masih ada...nauzubillah takutttt...pada mulanya pemandu bot juga rasa takut untuk memberikan perkhidmatan bot ke sini,tapi lama-kelamaan rasa hilang takut...
ini merupakan pintu masuk ke kawasan tersebut,pada waktu petang air laut pasang kawasan ini tidak boleh dilalui kerana paras air setinggu pintu gua tersebut..nasib kami pergi pagi boleh melalui kawasan ini,so sesapa yang nak gi ke sini,dicadangkan pergilah waktu padi kerana selain tak de ombak yang kuat, bawa anak-anak tak lah seriau sangat...

 destinasi terakhir kami ke gua kelawar,dinamakan gua kelawar kerana dalam gua penuh dengan kelawar,bagaimanapun kamera tidak dibenarkan kerana flash kamera akan mengganggu kelawar dan menyebabkan mereka akan bertempiaran berterbangan...laluan pejalan kaki..pesanan pekerja di sini jalan pegang laluan tersebut kerana penuh dengan tahi kelawar... 
penceritaan bagaimana pembentukan gua kelawar berlaku

 bersama family kak ida n wife eddy ermy
keluarga ku tersayanglah...

 jangan heran kalau lepas ni anak2 suka berposing...omputeh kata like mother like sons...ahaks tak de daughter hanya ada sons jer...
lagi info tentang batu dalam gua kelawar ni

 she fa anak kak ida n airell..kak ida tolong jaga anak teruna ni...pasal yang sorang ni berani sangat sampai tak dan mamanya nak perhatikan...thanx kak ida...
awat si bang ngah ni...ni jalan keluar dah,si adib dok berkepit ngan bang long..lega mama dia...ngan abang tak buat perangai sangat.

 bergambar lagi sebelum bertolak balik...

bot bertolak balik...meninggalkan gua kelawar,tanda pengembaraan kami berakhir...dalam perjalanan balik anak keduaku si ariez sibuk bertanya mama bila kita nak naik bot lagi,asalnya dia yang paling takut sekali ,jenuh aku bagi semangat,tapi akhirnya takut bertukar seronok...alhamdulillah sekurang-kurangnya mereka ada pengalaman baru yang indah....

 
perjalanan diteruskan dengan makan tengahari di padang mat sirat hingga jam 1.30 petang...jam 2 petang akan bermula dengan aktiviti hoping island...bagaimanapun tidak turut serta kerana tidak berapa sesuai untuk anak-anak kecil...perbezaan antara maingroove dan hoping island ialah pengembaraan sama menaiki bot cuma,hoping island gi ke laut dalam dan pulau-pulau yang lebih besar seperti pulau singa besar,tasik dayang bunting...mungkin lain kali bila anak-anak dah besar sikit,kami akan join sama....

kita sambung ngan aktiviti petang dan malam pulak yer....

No comments:

Post a Comment