Saturday, December 3

kemana menghilang...

salam...rasa sedih dan pilu menyelubungi kalbu...kemana menghilang...

di awal semester,dalam kuliah yang pertama lagi aku telah menyampaikan pesan dan amanah,bahawa selepas saya memberikan salam dan kata aluan,saya mengharapkan agar kuliah dimulakan dengan bacaan doa supaya proses P&P akan diberkati dan berjalan dengan sempurna,semoga Allah SWT permudahkan mereka untuk memahami apa yang akan aku sampaikan nanti...

semester 2 baru saja bermula,dan hari ini merupakan kuliah ku yang kelima kali setelah ditolak cuti umum dan aku kena pi kursus...dalam ke4 empat kuliah,tersebut hanya seorang sahaja pelajar yang sukarela memmbacakan doa bagi memulakan P&P, seperti mana yang aku amanahkan,amin(bukan nama sebenar) setiap kali dialah yang bertanggungjawab membaca,manakala yang lain akan mengaminkan...alhamdullilah masih ada pelajarku yang tanpa dipaksa sanggup menunaikan amanahku....

hari ini rutin biasa bagiku,memberikan salam(walaupun jawapan salam hanya dihati),tak kisahlah asalkan dijawap kerana memberi salam itu sunat dan menjawapnya wajib...dan bertanyakan khabar mereka selepas 2 hari bercuti,kemudian aku menantikan bacaan doa untk agenda berikutnya,seminit...dua minit..tiga minit....aih pelik ni kemana perginya amin,lebih kurang 5 minit menunggu tak de sapa pun yang sudi membacakan doa memulakan majlis...aku boleh menyuruh salah seorang dari mereka untuk menbaca,tapi aku sengaja tidak mahu berbuat demikian kerana aku mahu ada rasa kesedaran dan tanggungjawab diri sendiri untuk melakukannnya kerana mereka bukan lagi anak-anak kecil tapi mereka telah berumur 18+,kalau zaman mak bapak kita dulu mereka dah tergolong kumpulan mak-mak dan bapak orang, kuliah itu ada ketuanya,tetapi sang ketua hanya pandai menyebut nama-itu dan nama ini,manakala pelajar lelaki yang lain lebih kurang 30 orang menjadi sang penyu,menyorokkan kepala dalam cengkerang.semua tunduk,bukan aku suruh pergi berperang menyerahkan nyawa,cuma untuk membacakan doa belajar sahaja...masyaAllah apa dah jadi ni....

akhirnya,tiada siapa yang mahu menjadi imam bacaan doa,maka aku pun menyuruh pelajar wanita membacanya,mereka membaca beramai-ramai kerana mereka tahu wanita@perempuan sampai bila pun tak boleh jadi imam jika dalam majlis ada insan bernama lelaki.....

bayangkan bagaimana perasaan seorang guru...jika ada ustazah mereka lagi rasa sedih agaknya kerana aku amat pasti dizaman tadika lagi mereka telah diajar bacaan doa untuk belajar....ini belum lagi diminta untuk baca doa ibu bapa...tak tahulah anak di akhir zaman ini.....

sempat aku memerli mereka"tak palah nak buat camner dalam kuliah ni tak de pelajar lelaki,kalau ada pun mereka itu lelaki yang bukan lelaki"...aku tahu mereka terasa tapi...mereka pun tahu kenapa aku terpaksa berkata sedemikian....

sebelum masuk sub tajuk yang baru,aku akan mengulang balik apa yang telah dipelajari dalam kuliah yang lepas,hari rabu,tentang konsep-konsep ekonomi yang bersungguh-sungguh aku terangkan,tapi jawapannya common,tak tahu apa,kecewa memang kecewa,tapi inilah cabaran seorang guru dewasa ini,mereka balik langsung tak mengulang kaji,datang ke kuliah dengan fikiran kosong,dalam kuliah berangan...inilah generasi yang bakal memimpin negara suatu hari nanti....

sebelum kuliah berakhir,sempat aku bertanyakan amin(bukan nama sebenar),pergi mana,kenapa masuk lambat,sebab tak de sapa nak bacakan doa,jawapnya,kelas sebelum ini dilepaskan lambat oleh pensyarah,jadi dia terpaksa masuk lambat...tak pelah...

sebelum masuk kuliah aku berdoa Ya Allah berikanlah ilham kepadaku supaya dapat aku menerangkan kepada pelajarku dengan mudah,jelas dan tepat supaya mereka dapat 'menangkap'apa yang hendak kuajarkan nanti...supaya apa yang kuajari nanti tidak sia-sia....namum apa yang akan berlaku seterusnya adalah perancangan Allah....

diharapkan selepas ini,timbul rasa keinsafan dan kesedaran kepada anak-anak didikku,bahawa mereka mempunyai tanggung jawab kepada agama,bangsa dan negara....

"semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

No comments:

Post a Comment