Sunday, January 1

1st day at school

28.12.2011 hari pendaftaran untuk darjah satu sekolah kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra Kedah..pendaftaran jam 9 pagi tapi ramai ibu bapa datang awal untuk dapatkan tempat duduk dibarisan hadapan...yalah kan ada pepatah mengatakan mereka yang duduk dibarisan depan selalunya berjaya kerana apa yang disampaikan oleh cikgu terus sampai kat telinga depa,tak banyak halangan berbanding yang suka duduk dibarisan belakang..jadi aku sbg pendidik juga tidak terkecuali...mahukan anak kedua kesayangan ni berjaya..kerana kebanyakan pemimpin yg berjaya selalunya berada di barisan hadapan...

tapi aku sampai jam 8.30 pagi..ingatkan awal rupanya sebahagian kelas telah dipenuhi...so ambik cutilah hari ni untuk meraikan anak kedua yang akan naik darjah satu...

awal2 lagi dah pesan kat anak sulungku supaya jangan lupa kamera sebab aku mmg nak abadikan saat2 manis ini untuk tatapan  anakku bila dia dewasa nanti...sekarang zaman moden segalanya kita boleh abadikan di alam maya..samada mahu atau tidak sahaja...biarlah apa yg aku rakamkan disini menjadi kenangan terindah buat anakku MUHAMMAD ARIEZ NAUFAL bila dia menginjak dewasa nanti...

 ariez dalam pakaian seragam sekolah saiz XL anak aku sorang ni..
 sebelum drive mama pun nak abadikan kenangan ni..
anak ketigaku pun sibuk ngan beg sekolahnya..apa yang abang ada dia pun kena ada..so sekarang kena doublelah...

 dalam kelas mendengar apa yang disampaikan oleh guru
 apa yang menarik tu bang ngah
dari luar tingkap


 sebahagian ibu bapa yang menenami anak masing2...meriah macam kenduri
peace...seronok naik darjah satu

adik kacau bang iez nak makan nie...

No comments:

Post a Comment