apakah akibatnya hati yang tidak tenang kepada kesihatan?Apabila hati tidak tenang,degupan jantung dan tekanan darah menjadi tidak menentu dan sistem penghadaman terjejas. Ini akan menyebabkan penyerapan vitamin dan pengeluaran antibodi menurun..Akibatnya sistem saraf tidak berfungsi dengan betul dan seluruh organ tubuh akan sakit...
satu fakta yang tidak dapat dinafikan ialah sains perubatan berjaya mengubat penyakit2 yang disebabkan oleh virus dan kulat,tetapi gagal melawan kemusnahan mental.jiwa dan jasad disebabkan oleh risau,takut benci dan lain-lain...
Risau terbukti menjadi punca kepada penyakit2 lahir.Dale Carnegie dalam bukunya "hentikan risau" telah menulis:'ahli perniagaan yang tidak tahu melawan risau akan mati muda'...dan sudah terbukti juga risau dan takut menjadi punca kepada penyakit barah,jantung,darah tinggi dan sakit kepala.
Penyakit kencing manis juga berkait dengan risau,bimbang dan lain-lain..contoh apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan pasaran saham merudum,gula dalam darah tokoh2 korporat akan naik,begitu juga sakit sendi,sakit gigi (reput),sakit kerongkong dan lain2.
Secara sinis,para doktor yang terkenal telah mengingatkan bahawa sakit jantung,perut dan kencing manis ialah adik-beradik kepada rasa bimbang.
Ahli falsafah Plato berkata,"kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran,sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan...Ertinya kalau penyakit jiwa dan fikiran dapat diubati,penyakit lahiriah juga akan diubati secara automatik. Oleh sebab itu,terdapat sejenis rawatan yang dikenali dunia sekarang iaitu psychomatic iaitu rawatan jasad dan pemikiran sekaligus (untuk detail layari internet)...
Oleh itu...janganlah kita berasa risau dan bimbang akan sst perkara...kerana ia akan mempengaruhi kesihatan kita...
No comments:
Post a Comment