mak dan ayah yang semakin dimamah usia |
ambulan sampai terus memarahi along sebab lambat call ambulan,kata mereka ia membahayakan ia boleh menyebabkan effect pada jantung dan buah pinggang...akhirnya mak dimasukkan ke unit kecemasan..lebih kurang 2 ke tiga botol air dimasukkan mak mulai sedar,dan alhamdulillah bila along dibawa masuk untuk melihat mak,mak sedar dan kenal along dan boleh sebut nama along...
semua anak2 mak dari pahang,johor,kuala lumpur.negeri sembilan balik melawat mak kecuali aku yang berada diutara tanah air yang tidak dapat pulang kerana dihambat waktu...selain jauh aku tidak punya cuti yang banyak,anak2 pulak sekolah jadi aku mmg tidak berpeluang untuk menjenguk mak,cuti CNY yang lalu mak telefon bagitau keadaan dia yang tidak berapa sihat kerana luka dikakinya yang tidak sembuh2,dok berulang ke klinik berhampiran untuk cuci...aku maklumkan aku akan pulang cuti sekolah bulan 3 itupun terpaksa ambik CRK sebab along akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya dan sekaligus aku akan berjumpa mak dan adik beradik....tapi pilunya rasa hati tidak dapat melawat mak yang sedang sakit....
alhamdulillah tadi sempat bercakap dengan mak,kedengaran suara mak masih lemah,tapi mak bilang dia dah sihat dan esok mungkin boleh balik setelah 3 hari berada di wad...itupun mak kata setelah x-ray dilakukan ada kesan luka di dada mak mungkin sebab mak selalu batuk,kesan mak kena santau dulu...kesian mak dalam mengharungi kehidupan bermacam2 dugaan yang mak hadapi...kalau disenarai satu persatu bukan calang2 orang yang mampu menharunginya...
semakin aku dewasa,semakin ramai bilangan anak,semakin aku memahami erti susah dan senangnya menjadi seorang mak,tambahan lagi mak telah melahirkan 10 orang anak termasuk kembar,dengan kehidupan yang serba sederhana, namun mak mampu membesarkan 9 orang anak termasuk aku yang berjaya menjejakkan kaki ke U...terlalu besar jasamu wahai mak...tak terbalas rasanya,wang ringgit takkan mampu membalas jasa2 mu mak...
selagi aku terbaca dan mendengar peribahasa "seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak,tetapi adakah seorang anak sanggup menjaga seorang ibu"...mudahan kami adik beradik mampu menjaga seorang ibu yang semakin tidak berdaya ini...
wahai mak dari kejauhan ateh tak pernah sekalipun lupa mendoakan mak...semoga emak sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT...
'mak ateh rindukan pelukan hangat mak ketika ateh merajuk suatu ketika dulu'....
No comments:
Post a Comment