pesanan mama buat angah belajar rajin2 tau....
ketika berusia 5 tahun |
angah dah besar sekarang |
tepat jam 3.45 petang pada 26.1.2005 bertempat di hospital besar Alor Setar,menerusi pembedahan caesarian,lahirlah seorang baby comel dengan berat semasa lahir 3.15 kg...anak yg ditunggu2 selama 9 tahun akhirnya di depan mata,syukur yang tidak terhingga kerana segala2 selamat dan tiada masalah yang timbul semasa kelahiran...
Muhammad Ariez Naufal nama diberi,hari ini genap 7 tahun,alhamdulillah membesarkannya tak banyak masalah,cuma yang paling diingati sentiasa menuturkan perkataan terima kasih di atas segala pemberian kepadanya,dan paling manis sekali apabila usai makan masakan mama tidak pernah lupa mengucapkan terima kasih mama,masak kat bang iez..sedap mama masak,nanti mama masak lagi yer...sejuk rasa hati apabila mendengarnya,dan jika makanannya tak habis,dia akan berkata"mama maafkan bang iez,mama masak sedap tapi bang iez dah kenyang"mama jangan marah yer...aduh syahdunya hatiku dengar,ada ke hati serang ibu akan marah jika mendengar anaknya berkata sedemikian...sejuk perut mama semasa mengandungkanmu wahai anak, semoga sikap budi bahasamu akan berterusan sehingalah dikau dewasa dan dipenghujung usia....
buat anakku sayang...HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
No comments:
Post a Comment