Monday, June 18

My New Car

lama sungguh dah tak update blog ni..agaknya dah penuh dengan sawang...sejak naik kerja 20.5 ari tu sampailah la ni rasa macam tak berapa nak sempat update...sibuk memanjang dengan minggu pendaftaran pelajar baru,persediaan kuliah dan tutoran,persediaan untuk aktiviti  KAKOM bulan 11 ni...sebagai Ketua JK persembahan ibarat macam tokey funfair semua kena buat, dengan bajet yang belum tentu lepas poning palo den pikir.....

dalam sibuk-sibuk tu satu perkara yang masih sempat buat dan kena buat jugak ialah trade in kereta baru...waa akhirnya dapat jugak merasa pakai kereta baru ni...walaupun cadangan asalnya nak kereta lain yang lebih besar...lebih menjadi idaman tapi....disebabkan menggunakan pepatah orang tua...ukur baju di badan sendiri maka hok yang ni pun kira okeylah...

so meh kita tgk my old car dulu...


kenapa tukar kereta ni walaupun baru 2 tahun pakai...sama umur dengan anak keempat tu baru 21/2 tahun...masih muda lagi usianya mungkin belum puas gunakan lagi, semuanya masih elok...masih ingat lagi baru jer lepas pantang waktu tu,belum naik kerja lagi ,gi maybank sain agreement untuk beli kereta ni dan trade in dengan  kereta Naza Citra...

kereta ni sebenarnya ok...luas sesuai untuk 4 orang anak...aircondpun okey ada ditengah dan belakang,pokoknya anak2 tak berebutlah untuk sejuk dan harganya pun kira oraitlah...kemudian setelah dimake-upkan oleh sang suami lagi nampak cantik...cuma kelemahannya ccnya agak kecik 1.6,bodynya besar so performancenya agak kureng sikit,terutamanya semasa naik bukit,agak kepenatan sikit kereta ni,sekali dengan orang didalam kereta agak penat jiwanya...tambahan pulak bagi kami yang selalu balik kampung dari Jitra ke Gemas bila melalui negeri Perak yang berbukit bukau tu...alahai faham2 jerlah...rasa letih...oleh kerana performance yang agak kureng maka setelah diberi rezeki dari Allah...syukur alhamdulillah maka secara rasminya kereta ni bertukar tangan.....sedih memang sedih bila nak gi hantar kat kedai tu...banyak dah jasanya bawa kami ke sana ke sini...akhirnya dilepaskan ke tangan orang lain...

sekarang  kereta ni pulak yang akan memberikan jasa kepada kami...meh kita tengok my new car...

dari pandangan depan...honda stream kalernya sama cam kereta exora tu...silver pilihan hati

dari sisi hadapan
dari arah belakang...no plat yang berkenan setelah tak banyak pilihan yang ada...
dari sisi kereta
nampak ada muka sedih tak nak hantar kereta lama ni kat kedai...
moga kali ni kereta ni bertahan lama sikit...sebagai tenaga pengajar ekonomi kat sini,selalu menerangkan kepada student masalah ekonomi wujud disebabkan sumber2 yang terhad,sedangkan kehendak manusia tidak terhad,apabila satu kehendak dipenuhi maka akan timbul kehendak lain...kerana manusia tidak akan sentiasa puas dengan apa yang mereka ada...Tepuk dada tanya iman.....