Monday, September 12

KATAKANLAH YG BENAR WALAUPUN PAHIT



Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
"Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku


melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan.. . maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?"

Beliau bersabda:


Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.


Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.


Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.


Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2
kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.


Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.


Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.


Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.


Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.


Wanita yg berkepala spt kepala babi & kaldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku. .. ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu."


Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :


Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.


Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata, Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.


Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.


Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haid & nifas.


Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.



Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhiasannya.


Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.


Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba( melaga-lagakan org) serta berdusta.


Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.


Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.Diantara sifat buruk mereka:


Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.


Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org.


Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan

meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.






Nauzubillahi min zalik.






Sunday, September 11

wanita cantik


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

" tempat dimana cinta itu ada."
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.

Anda akan menambah harga diri wanita,

kecantikan wanita mereka yang azali..

bukan pada kecantikan luaran semata-mata

Selami lah hati wanita mu.. dan

ingat lah...

Setiap Wanita itu Cantik.











Saturday, September 10

Alhamdulillah haziq dah kuar hospital

senyuman haziq semasa hari raya

amirul anak sulung bang cik

zikri anak ketiga bangcik

alisya satu-satu anak perempuan dan intan payung bang cik

aku dan kak chik isteri bang cik
kesian haziq,sudahlah beraya tahun ni tanpa ayah,sebab abangku ni bekerja di pelantar minyak petronas,semasa hari raya turn abangku ke pelantar,jadi tiada cuti untuk beraya,tambahan pulak abangku ini baru sahaja beberapa bulan bekerja di sini,so sebagai junior tentu sekali dia takkan dapat bercuti raya.Sebelum ini bangcik,abangku telah bertahun-tahun menjadi anak kapal kepada berjenis-jenis kapal.mungkin disebabkan dah mempunyai ramai anak dan mereka memerlukan perhatian seorang aayah,maka bang cik rela bertukar arah,walaupun lautan dan gelombang sudah sebati dalam dirinya.

hari selasa lepas,aku dikejutkan dengan berita haziq kemalangan,bukan dilanggar.tetapi terjatuh dari basikal yang ditunggangi bersama-sama rakan sekolah ketika dalam perjalanan pulang dari kafa.mungkin berlaku persaingan sesama mereka menyebabkan haziq terjatuh dan kepalanya terhempas ke jalan tar.disebabkan jatuh dalam keadaan terlentang dan berlaku hentakan pada kepalanya,menyebabkan haziq pengsan,lalu kak chik dan pak ngahku yang juga merupakan mertua bangcik membawanya ke klinik bahau,tetapi disebabkan haziq muntah-muntah tidak berhenti dan kepalanya sakit teramat,maka hospital bahau terpaksa menolaknya ke hospital Kuala Pilah dan sekali lagi pihak hospital menghantarnya ke hospital Seremban. Setelah X-ray dilakukan maka pihak hospital terpaksa menghantarnya ke hospital Kuala Lumpur.lebih kurang jam 2 pagi pembedahan menghentikan darah dalam otaknya terpaksa dilakukan.Ini kerana pendarahan telah terlaku dalam otaknya,dan doktor bimbang darah beku akan masuk ke dalam otaknya,mungkin menyebabkan dia koma.jadi terpaksa dilakukan segera.nasib baik bang cik sempat balik dan dia yang menguruskan segalanya.akhirnya jam 5 pagi haziq telah dibawa keluar ke wad icu.

rabu dan khamis,aku telefon bangcik bertanyakan khabar kerana aku antara adik-beradiknya yang tidak dapat melawat haziq kerana faktor masa dan jarak,syukur haziq dah mula sedar,namun keningnya ditebuk untuk mengeluarkan darah yang masih ada,dan menurut bangcik,kalau tidak berlaku pendarahan lagi dan tiada jangkitan kuman,mungkin haziq dibenarkan keluar dari hospital.

alhamdullilah semalam 10.9.2011 haziq dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih perlu pengawasan doktor,bermakna bang cik kena gi hospital juga untuk memastikan segalanya berjalan baik.lega aku mendengarnya kerana kesian sangat kat bang cik,pulang dalam keadaan tergesa-gesa anak sakit,tidak sempat berehat dan hospital pulak jauh dari rumah,terpaksa membawa anak kecil zikri dan alisha,tidur bersama dihospital untuk menjaga haziq,melayan kerenah haziq yang sakit,yang asyik merengek mungkin sakit dan dia nak balik rumah mungkin bosan gamaknya.

Kesian jugak pada kak chik,sudahlah tahun pertama beraya tanpa mak,mak ngah baru tahun lepas meninggal,bermakna tahun pertama beraya tanpa mak,kemudian suami jugak tak dapat cuti,ayah sendiri beraya di rumah isteri baru,adik-beradik beraya dirumah mertua masing-masing dulu,jadi kesudahannya kak chik hanya menyambut dan membuat persiapan raya dengan anak-anak sahaja.Kemudian haziq anak keduanya pulak ditimpa musibah,berturut-turut dugaan melanda,alang-alang orang tak mampu menghadapinya,mujurlah Allah SWT memberi kekuatan pada kak chik,boleh dia menghadapinya dengan tenang.

Pesanku kepada bang cik bersabarlah menghadapi ujian Allah ini,dan Allah SWT menurunkan ujian kepada hambanya yang mampu menghadapinya,dan anak-anak adalah amanah Allah,maka wajib bagi kita menjaganya dengan sebaik mungkin.

Buat para ibu dan bapa di luar sana,sentiasalah beringat,pesanlah supaya anak-anak sentiasa berhati-hati terutama yang melibatkan kepala,kerana sahabat baikku  suatu ketika dulu kehilangan anak kerana terjatuh dari motosikal...lebih kurang sama macam haziq. syukur Ya Allah kerana haziq berada dalam peliharaanMU....

Tuesday, September 6

Warna-warni raya 2011

Ku rakamkan foto-foto agar menjadi kenangan yang terindah buat diriku..kerana setiap detik yang berlalu tidak mungkin berulang kembali..kuabadikan di sini,kiranya aku tiada nnt anak-anak,adik beradik dan teman-teman boleh menatap dan menghayati momen manis sepanjang raya 2011.

Setiap tahun pasti suasana akan berbeza,kerana yang kecil akan dewasa,yang dewasa akan menjadi tua,yang tua mungkin tiada...

Selamat tinggal raya 2011....
 aku dan anak-anak
Aku dan si bongsu

kami 5 beranak


sesi bermaafan anak-beranak

kami lagi

Ada gaya macam pengantin tak

keluarga kak bedah tahun ni baru cukup semuanya

keluarga kak leha tahun ni juga baru cukup semuanya

keluarga adikku mazlah dengan tema warna kuning

Aku izan dengan tema warna merah..cam kong xi fa cai lah pulak

Aku dan kawan rapat masa zaman sekolah,yang kanan sekali kakaknya,hanya setahun sekali kami jumpa.

<>acara bermaafan antara kami anak beranak 
<>
sebahagian besar keluarga mak dan ayah
mak dan ayah bersama sebahagian cucu-cucu