Saturday, September 10

Alhamdulillah haziq dah kuar hospital

senyuman haziq semasa hari raya

amirul anak sulung bang cik

zikri anak ketiga bangcik

alisya satu-satu anak perempuan dan intan payung bang cik

aku dan kak chik isteri bang cik
kesian haziq,sudahlah beraya tahun ni tanpa ayah,sebab abangku ni bekerja di pelantar minyak petronas,semasa hari raya turn abangku ke pelantar,jadi tiada cuti untuk beraya,tambahan pulak abangku ini baru sahaja beberapa bulan bekerja di sini,so sebagai junior tentu sekali dia takkan dapat bercuti raya.Sebelum ini bangcik,abangku telah bertahun-tahun menjadi anak kapal kepada berjenis-jenis kapal.mungkin disebabkan dah mempunyai ramai anak dan mereka memerlukan perhatian seorang aayah,maka bang cik rela bertukar arah,walaupun lautan dan gelombang sudah sebati dalam dirinya.

hari selasa lepas,aku dikejutkan dengan berita haziq kemalangan,bukan dilanggar.tetapi terjatuh dari basikal yang ditunggangi bersama-sama rakan sekolah ketika dalam perjalanan pulang dari kafa.mungkin berlaku persaingan sesama mereka menyebabkan haziq terjatuh dan kepalanya terhempas ke jalan tar.disebabkan jatuh dalam keadaan terlentang dan berlaku hentakan pada kepalanya,menyebabkan haziq pengsan,lalu kak chik dan pak ngahku yang juga merupakan mertua bangcik membawanya ke klinik bahau,tetapi disebabkan haziq muntah-muntah tidak berhenti dan kepalanya sakit teramat,maka hospital bahau terpaksa menolaknya ke hospital Kuala Pilah dan sekali lagi pihak hospital menghantarnya ke hospital Seremban. Setelah X-ray dilakukan maka pihak hospital terpaksa menghantarnya ke hospital Kuala Lumpur.lebih kurang jam 2 pagi pembedahan menghentikan darah dalam otaknya terpaksa dilakukan.Ini kerana pendarahan telah terlaku dalam otaknya,dan doktor bimbang darah beku akan masuk ke dalam otaknya,mungkin menyebabkan dia koma.jadi terpaksa dilakukan segera.nasib baik bang cik sempat balik dan dia yang menguruskan segalanya.akhirnya jam 5 pagi haziq telah dibawa keluar ke wad icu.

rabu dan khamis,aku telefon bangcik bertanyakan khabar kerana aku antara adik-beradiknya yang tidak dapat melawat haziq kerana faktor masa dan jarak,syukur haziq dah mula sedar,namun keningnya ditebuk untuk mengeluarkan darah yang masih ada,dan menurut bangcik,kalau tidak berlaku pendarahan lagi dan tiada jangkitan kuman,mungkin haziq dibenarkan keluar dari hospital.

alhamdullilah semalam 10.9.2011 haziq dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih perlu pengawasan doktor,bermakna bang cik kena gi hospital juga untuk memastikan segalanya berjalan baik.lega aku mendengarnya kerana kesian sangat kat bang cik,pulang dalam keadaan tergesa-gesa anak sakit,tidak sempat berehat dan hospital pulak jauh dari rumah,terpaksa membawa anak kecil zikri dan alisha,tidur bersama dihospital untuk menjaga haziq,melayan kerenah haziq yang sakit,yang asyik merengek mungkin sakit dan dia nak balik rumah mungkin bosan gamaknya.

Kesian jugak pada kak chik,sudahlah tahun pertama beraya tanpa mak,mak ngah baru tahun lepas meninggal,bermakna tahun pertama beraya tanpa mak,kemudian suami jugak tak dapat cuti,ayah sendiri beraya di rumah isteri baru,adik-beradik beraya dirumah mertua masing-masing dulu,jadi kesudahannya kak chik hanya menyambut dan membuat persiapan raya dengan anak-anak sahaja.Kemudian haziq anak keduanya pulak ditimpa musibah,berturut-turut dugaan melanda,alang-alang orang tak mampu menghadapinya,mujurlah Allah SWT memberi kekuatan pada kak chik,boleh dia menghadapinya dengan tenang.

Pesanku kepada bang cik bersabarlah menghadapi ujian Allah ini,dan Allah SWT menurunkan ujian kepada hambanya yang mampu menghadapinya,dan anak-anak adalah amanah Allah,maka wajib bagi kita menjaganya dengan sebaik mungkin.

Buat para ibu dan bapa di luar sana,sentiasalah beringat,pesanlah supaya anak-anak sentiasa berhati-hati terutama yang melibatkan kepala,kerana sahabat baikku  suatu ketika dulu kehilangan anak kerana terjatuh dari motosikal...lebih kurang sama macam haziq. syukur Ya Allah kerana haziq berada dalam peliharaanMU....

No comments:

Post a Comment