Tuesday, January 31

sekadar kongsi





Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat.


Cap Ini bermakna bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!

Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan di atas.

TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama , dengan  MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T

Sunday, January 29

kesiannya Mak

mak dan ayah yang semakin dimamah usia
panggilan telefon diterima lebih kurang jam 2.30 petang sabtu dari along"teh mak masuk hospital" awat long.mak kenapa pulak.mak pengsan lebih kurang jam 5 pagi tadi,ayah kejutkan along,kata ayah, mak cakap merepek-repek,macam orang tak sedar,cuba kau tengok kata ayah...habis perbualan along dan ayah, along berlari masuk bilik mak terus mak tak sedarkan diri... along yang panik terus telefon adik-beradik yang tinggal berdekatan,bagitau keadaan mak, mujur abang yang berada di Johor Bahru menyarankan pada along supaya segera call ambulan  katanya mak ada kencing manis,mungkin badan mak kurang gula...atau istilah perubatan hypo,kerana sebelum hari kejadian mak diserang cirit birit yang melemahkan badan mak,tambahan pulak sejak akhir2 ni mak memang tak lalu makan langsung,hanya sesuap dua sahaja makanan yang masuk dalam perutnya...mungkin sebab kencing manis yang dialami selama bertahun-tahun menyebabkan selera mak semakin patah...menyebabkan badannya beransur lemah...kesiannya mak...

ambulan sampai terus memarahi along sebab lambat call ambulan,kata mereka ia membahayakan ia boleh menyebabkan effect pada jantung dan buah pinggang...akhirnya mak dimasukkan ke unit kecemasan..lebih kurang 2 ke tiga botol air dimasukkan mak mulai sedar,dan alhamdulillah bila along dibawa masuk untuk melihat mak,mak sedar dan kenal along dan boleh sebut nama along...

semua anak2  mak dari pahang,johor,kuala lumpur.negeri sembilan balik melawat mak kecuali aku yang berada diutara tanah air yang tidak dapat pulang kerana dihambat waktu...selain jauh aku tidak punya cuti yang banyak,anak2 pulak sekolah jadi aku mmg tidak berpeluang untuk menjenguk mak,cuti CNY yang lalu mak telefon bagitau keadaan dia yang tidak berapa sihat kerana luka dikakinya yang tidak sembuh2,dok berulang ke klinik berhampiran untuk cuci...aku maklumkan aku akan pulang cuti sekolah bulan 3 itupun terpaksa ambik CRK sebab along akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya dan sekaligus aku akan berjumpa mak dan adik beradik....tapi pilunya rasa hati tidak dapat melawat mak yang sedang sakit....

alhamdulillah tadi sempat bercakap dengan mak,kedengaran suara mak masih lemah,tapi mak bilang dia dah sihat dan esok mungkin boleh balik setelah 3 hari berada di wad...itupun mak kata setelah x-ray dilakukan ada kesan luka di dada mak mungkin sebab mak selalu batuk,kesan mak kena santau dulu...kesian mak dalam mengharungi kehidupan bermacam2 dugaan yang mak hadapi...kalau disenarai satu persatu bukan calang2 orang yang mampu menharunginya...

semakin aku dewasa,semakin ramai bilangan anak,semakin aku memahami erti susah dan senangnya menjadi seorang mak,tambahan lagi mak telah melahirkan 10 orang anak termasuk kembar,dengan kehidupan yang serba sederhana, namun mak mampu membesarkan 9 orang anak termasuk aku yang berjaya menjejakkan kaki ke U...terlalu besar jasamu wahai mak...tak terbalas rasanya,wang ringgit takkan mampu membalas jasa2 mu mak...

selagi aku terbaca dan mendengar peribahasa "seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak,tetapi adakah seorang anak sanggup menjaga seorang ibu"...mudahan kami adik beradik mampu menjaga seorang ibu yang semakin tidak berdaya ini...

wahai mak dari kejauhan ateh tak pernah sekalipun lupa mendoakan mak...semoga emak sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT...

'mak ateh rindukan pelukan hangat mak ketika ateh merajuk suatu ketika dulu'....

Wednesday, January 25

Happy Birthday Sayang

hari ni 26.1.2012,genap usia anak keduaku 7 tahun...mama tak sempat nak prepare birthday party,sibuk dengan urusan kehidupan seharian...malam nanti kita celebrate birthday angah kat Mcd dah lah yer...apapun sempena menyambut ulang tahun yang ke tujuh ni,mama mendoakan semoga anak mama yang tersayang ni sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT walau dimana sahaja angah berada,serta doa mama angah akan beroleh kejayaan dalam kehidupan di dunia dan diakhirat serta cita-cita angah nak jadi profesor akan terkabul suatu hari nanti...

pesanan mama buat angah belajar rajin2 tau....

ketika berusia 5 tahun
angah dah besar sekarang

mengimbau kenangan

tepat jam 3.45 petang  pada 26.1.2005 bertempat di hospital besar Alor Setar,menerusi pembedahan  caesarian,lahirlah seorang baby comel dengan berat semasa lahir 3.15 kg...anak yg ditunggu2 selama 9 tahun akhirnya di depan mata,syukur yang tidak terhingga kerana segala2 selamat dan tiada masalah yang timbul semasa kelahiran...

Muhammad Ariez Naufal nama diberi,hari ini genap 7 tahun,alhamdulillah membesarkannya tak banyak masalah,cuma yang paling diingati sentiasa menuturkan perkataan terima kasih di atas segala pemberian kepadanya,dan paling manis sekali apabila usai makan masakan mama tidak pernah lupa mengucapkan terima kasih mama,masak kat bang iez..sedap mama masak,nanti mama masak lagi yer...sejuk rasa hati apabila mendengarnya,dan  jika makanannya tak habis,dia akan berkata"mama maafkan bang iez,mama masak sedap tapi bang iez dah kenyang"mama jangan marah yer...aduh syahdunya hatiku dengar,ada ke hati serang ibu akan marah jika mendengar anaknya berkata sedemikian...sejuk perut mama semasa mengandungkanmu wahai anak, semoga sikap budi bahasamu akan berterusan sehingalah dikau dewasa dan dipenghujung usia....

buat anakku sayang...HAPPY BIRTHDAY TO YOU....


Wednesday, January 18

Hati tidak tenang

apakah akibatnya hati yang tidak tenang kepada kesihatan?Apabila hati tidak tenang,degupan jantung dan tekanan darah menjadi tidak menentu dan sistem penghadaman terjejas. Ini akan menyebabkan penyerapan vitamin dan pengeluaran antibodi menurun..Akibatnya sistem saraf tidak berfungsi dengan betul dan seluruh organ tubuh akan sakit...

satu fakta yang tidak dapat dinafikan ialah sains perubatan berjaya mengubat penyakit2 yang disebabkan oleh virus dan kulat,tetapi gagal melawan kemusnahan mental.jiwa dan jasad disebabkan oleh risau,takut benci dan lain-lain...

Risau terbukti menjadi punca kepada penyakit2 lahir.Dale Carnegie dalam bukunya "hentikan risau" telah menulis:'ahli perniagaan yang tidak tahu melawan risau akan mati muda'...dan sudah terbukti juga risau dan takut menjadi punca kepada penyakit barah,jantung,darah tinggi dan sakit kepala.

Penyakit kencing manis juga berkait dengan risau,bimbang dan lain-lain..contoh apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan pasaran saham merudum,gula dalam darah tokoh2 korporat akan naik,begitu juga sakit sendi,sakit gigi (reput),sakit kerongkong dan lain2.

Secara sinis,para doktor yang terkenal telah mengingatkan bahawa sakit jantung,perut dan kencing manis ialah adik-beradik kepada rasa bimbang.

Ahli falsafah Plato berkata,"kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran,sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan...Ertinya kalau penyakit jiwa dan fikiran dapat diubati,penyakit lahiriah juga akan diubati secara automatik. Oleh sebab itu,terdapat sejenis rawatan yang dikenali dunia sekarang iaitu psychomatic iaitu rawatan jasad dan pemikiran sekaligus (untuk detail layari internet)...

Oleh itu...janganlah kita berasa risau dan bimbang akan sst perkara...kerana ia akan mempengaruhi kesihatan kita...

Monday, January 9

Sekitar Majlis Persaraan Pengarah

tanggal 8 januari merupakan detik terakhir Tuan Haji Raja Sulaiman bin Raja Hassan sebagai pengarah Kolej Matrikulasi Kedah...sebagai menghargai segala jasa dan sumbangan beliau maka satu majlis persaraan telah diadakan di Hotel Holiday Villa dan Hotel EDC UUM oleh pelajar2 perakaunan pada malam 7 januari...

antara ucapan beliau yang sempat singgah di sanubari ialah..."bersara itu pasti,dan mati juga pasti...cuma tarikh dan hari persaraan kita tahu,dan mati kita tak tahu bila masa dan ketikanya..."

buat Tuan Haji selamat bersara,semoga maju jaya dalam segala bidang yang diceburi selepas ini...selamat kembali ke tanah kelahiran..Kelantan Darul Naim



detik terakhir acara send off ke rumah dengan menaiki kereta kuda bersama isteri tersayang...senyuman terakhir buat semua staff dan sahabat handai yang mengiringi...
ketua persiapan dewan kak ita n ajk untuk upacara staff bersama pengarah mengikut level
berbaris menunggu ketibaan pengarah dari tingkat atas,kelihatan en.osman,sabri,faizal
tinggal kenangan
pensyarah matematik che yun,afaf,anis,aniza,wani setia berbaris menanti ketibaan pengarah untuk majlis mesra bersama pengarah
sebelum meninggalkan majlis,merakamkan detik terakhir bersama unit akademik..dalam pic tu ada 3 unit bergabung iaitu unit ekonomi barisan pensyarahnya dari kanan en fauzi yang baru bertukar dari kms,saifuddin,nurul unit akaun, aku ler unit eko,mek rose,kak shidah unit peng.perniagaan (PP),shikin,mazni,jahaya,dibaris belakang,kz,asmadi dan ramesh..
barisan didepan terdiri dari ketua2 jabatan dan pengarah kmk 
memotong kek untuk sambutan ulang tahun ke 58..sedap kek coklat tu...
barisan pensyarah yang setia menurut perintah,dan bergambar usai acara...tema level 1 adalah biru...umpama lautan yang tenang...
berbaris untuk acara send off pengarah sebaik detik jam 5...
menunggu ketibaan kereta kuda...kuda lari sekejap mungkin sedih nak menghantar pengarah ke rumah selepas detik terakhir berada di bumi KMK
senyuman manis kawan  kami..sapa lagi nurul dan shitah...
senyum dalam syahdu dari pengarah n wife...kelihatan Timbalan Pengarah dan KJ matematik Puan Nor Hasimah dan kak Aishah barisan pemimpin yang akan memegang tampuk pemerintahan selama ketiadaan pengarah... 
aku ler n anakanda,dah bersiap untuk majlis di Holiday Villa...
aku dan barisan penyambut tetamu yang diketuai kak zu...
kami lagilah...posing tetap...maintain
kami lagi yer..ust nashitah n mek rose..
me n nurul pulak

aku n kak ida,mantan pensyarah dinamika di kmk...
shitah n kak maziah

 en.zamri,mantan pensyarah kmk yg kini ke KMPP
kak ida n shitah pulak...semyum simpul gitu

 majlis di EDC UUM kelihatan dari kanan,kak rozi,kak mazni,aku,kak yati n mazni mehat
 dari kanan kak ani,aku n kak yati
 persembahan coral speaking dari pelajar akaun...

persembahan dikir barat...yg mendapat tepukan gemuruh dari pelajar
 tukang karut,nursi yang memang mengarut...
nyayian solo dari shazwan...suara not bad...boleh diketengahkan

cenderahati buat pengarah dari pelajar

 potong kek lagi...seronok kan jadi pengarah
merakamkan momen terakhir bersama pengarah...

Tuesday, January 3

Airell dah sekolah lah....

Anak ketigaku ini seorang yang aktif dan sangat berani..boleh kata dari semua segi...sampai mamanya yang naik takut..kalau ke mana-mana pasti kena beri perhatian kat dia...kalau gi shopping lagi kena bagi perhatian,kadang2 kalau kita sibuk memilih,tup tup dia dah hilang dari pandangan...berderau darah dibuatnya...masalahnya si airell ni kalau dia nak gi mana2 dia tak bgtau mama atau babah dia...

oleh kerana keberaniannya itu,pernah dia pi pijak tebuan 2 ekor yang tersesat masuk rumah mak mertua masa kenduri ari tu,apalagi meraunglah dia...dalam kelam kabut nak balik rumah dia buat hal pulak...adik ipar cadangkan gi klinik takut ada bisanya yang akan meresap masuk dan boleh gi kat buah pinggang..dahlah hampir jam 8 malam waktu tu,cik abe pulak tak de,anak2 lain dah letih dan mengantuk..apalagi dalam kelam kabut aku drive balik rumah,hantar anak kecik dan ariez rumah pengasuh mak lang dan terus ke klinik..dalam perjalanan tengok dia ok jer,macam tak de apa2pun,tapi risau jugak...di Jitra ni bukan macam KL klinik banyak yang bukak 24 jam,gi klinik Mutiara tutup,terus ke klinik Hj Tibroni bukak lagi tapi doktor dah tak de,nak ambik ubat saja tak leh,so teruskan ke bandar darul aman,nasib baik klinik keluarga bukak lagi dan mujur orang tak ramai,setelah menunggu 5 ke 10 minit akhirnya tiba giliran kami...doktor kata tak perli inject pasal dia tak demam,cuma doktor bagi ubat demam dan tahan sakit sahaja,macam tak berbaloi aku gi..sampai rumah dan keesokkannya dia ok saja tak apapun...aku yang letih tapi demi anak apapun boleh...esoknya aku tanya,bang cik kalau nampak ular bang cik pijak jugak ke? dia jawab yalah...masyaAllah terkejut aku,lalu aku terangkan apa yang sepatutnya...hai bang cik..bang cik ...

Anakku sorang ni sebenarnya keras diluar tetapi lembut di dalam...kalau nak bercakap dengan dia kena lembut2,kalau baby minta sesuatu mainan dia, kalau kita berkeras dia lagi keras,sbb tu mama dia sentiasa kena cakap lembut ngan dia,sentiasa kena kata bang cik baik,mama sangat syangkan bangcik, barulah dia jalan...dan kalau dia merajuk,selagi mama dia tak peluk kuat2,tak belai ,tak cium, alamak berjam2lah dia  merajuk..kadang2 mama dia naik tension jugak nak kena jaga perasaan anak...apapun bangcik ni sangat rajin menolong,walaupun baru berusia 4++ tapi time aku melipat kain pasti menolong and not bad..ok dia punya lipatan...

sekarang bang cik nak masuk 5 tahun,alam tadika telah bermula,so hari pertama ke tadika tak de masalah langsung,segalanya ok sampaikan cikgu pun puji,dia tak menitik air mata setitik pun buat dek jer...alhamdulillah dan aku tak bimbang sangat kat dia ni kerana dia pandai berdikari lebih dari abang ngahnya sendiri...

buat bang cik,yang selalu berkata mama janganlah cakap kuat2 sangat,dan selalu dia kata bang cik sayang mama...mama juga sangat sayangkan bang cik dan mama sentiasa mendoakan bang cik...belajar rajin2 ya sayang....

 airell seronok tengok tadika banyak mainan


kena beratur dah tapi mana pelajar lelaki 5 tahun ni...
senyum simpul bang cik..makin tembam pasal mama dia rajin masak ....
 sebahagian kanak2 yg ditinggalkan ibu bapa kerna tugas..
budak boy yang kat depan tu paling best..di ayg demand suruh ambik pic ni...good boy berani...

Sunday, January 1

balik semula

dalam kesibukan dihambat waktu,diam tak diam..dah masuk tahun 2012...alhamdulillah masih dipanjangkan umur,masih boleh menghirup nyamannya udara,masih boleh meilhat indahnya pandangan mata dan masih mendengar indahnya bicara...

hari demi hari,akhirnya genaplah usia cuti persekolahan...hampir sebulan lebih meninggalkan dunia buku dan kehidupan di asrama, yang diumpamakan  penjara , tempat yang mengajar erti sebuah kehidupan berdikari dan mengajar ertinya sebuah kerinduan apabila berjauhan dengan keluarga,sebuah tempat yang mengajar ertinya sebuah kebahagian apabila munculnya ibu dan bapa dengan bekalan di tangan,serta ertinya sebuah kegembiraan apabila berjaya dalam peperiksaan dan ertinya sebuah persabahatan apabila tiap kali dihimpit susah dan senang...

kini tibanya masa untuk anakanda tersayang balik semula ke asrama...setelah sebulan lebih di bawah kawalan mama dan babah, kini....lerailah sudah...bahawa perjuangan harus diteruskan hingga selesai...tinggal 2 tahun sahaja lagi...buktikan bahawa SPM akan ditawan 2013....

buat anakku,Aliff Haikal...terima kasih yang tidak terhingga kerana sepanjang bercuti,banyak tugasan harian mama yang aliff sempurnakan...alhamdulillah..sekurang2nya apabila mama sampai jam 5.30 di rumah,urusan membasuh,menyidai dan melipat kain sempurna sudah...urusan menyiram pokok2 bunga kini berpatah arah semula kepada babah, pinggan mangkuk kini beralih arah semula, dan adik2 juga pasti merinduimu kerana selama peninggalan mama bekerja alifflah yang akan menghantar dan mengambil mereka dari rumah pengasuh...dan anak mama ini tidak pernah merungut kerana terpaksa mencari sarapan dan lunch sendiri kerana mengerti mama tiada kesempatan untuk menghidangkannya setiap hari...mama sangat pasti adik adib pasti merinduimu kerana dirimu yang teramat rapat dengannya dan akan hilang panggilan ayong buatmu sehingga kita bertemu kembali di tiap hujung minggu...

 apa yang pasti perasaan mama kini mulai parah..mengenangkan tidak cukup semuanya 4 orang anak dirumah...rindu pasti menyapa perasaan seorang ibu apabila berjauhan dengan anak yang dikandung 9 bulan 10 hari...tabahlah wahai hati..kerna yang pasti setiap hujung minggu pasti ketemu anak yang dirindui...

Doa buatmu anak sentiasa mengiringi dan mama sentiasa  menunaikan solat hajat...memohon dari Illahi supaya anakku ini sentiasa dilindungi,hati diterangi dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat...

Selamat menempuhi alam baru tingkatan 4...semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang....

dah dewasa anak sulungku ini...

1st day at school

28.12.2011 hari pendaftaran untuk darjah satu sekolah kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra Kedah..pendaftaran jam 9 pagi tapi ramai ibu bapa datang awal untuk dapatkan tempat duduk dibarisan hadapan...yalah kan ada pepatah mengatakan mereka yang duduk dibarisan depan selalunya berjaya kerana apa yang disampaikan oleh cikgu terus sampai kat telinga depa,tak banyak halangan berbanding yang suka duduk dibarisan belakang..jadi aku sbg pendidik juga tidak terkecuali...mahukan anak kedua kesayangan ni berjaya..kerana kebanyakan pemimpin yg berjaya selalunya berada di barisan hadapan...

tapi aku sampai jam 8.30 pagi..ingatkan awal rupanya sebahagian kelas telah dipenuhi...so ambik cutilah hari ni untuk meraikan anak kedua yang akan naik darjah satu...

awal2 lagi dah pesan kat anak sulungku supaya jangan lupa kamera sebab aku mmg nak abadikan saat2 manis ini untuk tatapan  anakku bila dia dewasa nanti...sekarang zaman moden segalanya kita boleh abadikan di alam maya..samada mahu atau tidak sahaja...biarlah apa yg aku rakamkan disini menjadi kenangan terindah buat anakku MUHAMMAD ARIEZ NAUFAL bila dia menginjak dewasa nanti...

 ariez dalam pakaian seragam sekolah saiz XL anak aku sorang ni..
 sebelum drive mama pun nak abadikan kenangan ni..
anak ketigaku pun sibuk ngan beg sekolahnya..apa yang abang ada dia pun kena ada..so sekarang kena doublelah...

 dalam kelas mendengar apa yang disampaikan oleh guru
 apa yang menarik tu bang ngah
dari luar tingkap


 sebahagian ibu bapa yang menenami anak masing2...meriah macam kenduri
peace...seronok naik darjah satu

adik kacau bang iez nak makan nie...