Showing posts with label My Kids. Show all posts
Showing posts with label My Kids. Show all posts

Wednesday, April 2

Tahniah Aliff..

Mengimbas detik 20hb 3 yg lalu serasa seakan mahu gugur jantungku dek menahan debaran demi debaran dan menanti serta menanti menjelangnya pengumuman oleh pengetua sekolah SMSAH jenan tentang keputusan peperiksaan SPM yang telah diduduki oleh seramai lebih kurang 370,000 calon termasuklah anakanda sulung kesayanganku..

Usai kelas jam 9 pagi aku dan suami terus bergegas ke SMSAH, jenan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari tempatku bertugas..keputusan akan diterima oleh para pelajar jam 10 pagi dan masih masih awal ku kira akan sampai ke sekolah..

Sebelum keputusan diserahkan kepada para pelajar dalam perhimpunan di dewan utama sekolah, satu majlis bacaan yassin diadakan sempena pemergian ke rahmatullah seorang bekas pelajar SMSAH yang juga merupakan calon SPM 2013 dan anakanda kepada guru sekolah tersebut iaitu Puan Rohaya bt Saed yang bernama amirah zulaikha..semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..apa yang menyedihkan pemergian beliau selepas seminggu tamat menjalani SPM..setelah lima tahun menjadi penghuni asrama puteri SMSAH...

lebih kurang jam 10.30 pagi debaran semakin terasa dan degupan jantung semakin kencang mengalahkan pelari pecut 100 m..mulai detik ini para ibu bapa dan waris mulai mengambil tempat masing2 bermakna kemuncak debaran semakin menggila...aduh seksanya rasa ..terasa macam nak pergi berperang...

seketika kemudian pihak pengurusan sekolah mengambil tempat...dimulai PK akademik en Mansor,pengerusi PIBG,guru penasihat Quixotic Generation 2009-2013 Pn Fauziah AJK PIBG dan guru2 sekolah SMSAH..tetapi dimana...tuan pengetua En.Abu Seman Sareh Awang...

Dimulai dengan ucapan Pengerusi PIBG,dan diteruskan dengan PK akademik..semua waris memberikan perhatian..seramai 21 orang pelajar berjaya mendapat straight A's dalam SPM 2013 ..namun sedikit masalah teknikal berlaku dimana purata nilai gred sekolah turun disbbkan seorang pelajar tidak dapat meneruskan menduduki peperiksaan kerana mengalami masalah stress yang melampau sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan jiwa dan terpaksa menarik diri dari SPM 2013 dan hanya menjalani 2 kertas peperiksaan sahaja iaitu BM dan BI..

pihak sekolah telah memohon kebenaran dari LPM untuk mengecualikan pelajar tersebut dari dimasukkan dalam analisis peperiksaan dan telah mendapat kebenaran bertulis dari LPM pada 20.12.2013..walaubagaimanapun selepas keputusan dikeluarkan keputusan pelajar tersebut telah diambil kira dan terus menyebabkan cgpa sekolah jatuh...

moralnya di sini kita sebagai ibu bapa janganlah mengharapkan sesuatu yang besar dan menaruh harapan yang tinggi terhadap anak2 kerana harapan dan impian tersebut boleh memusnahkan anak2 ..bimbang mereka akan mengalami tekanan jiwa sekiranya tidak dapat memenuhi impian tersebut..kepada Tengku Danial semoga cepat sembuh...

Akhirnya kemuncak debaran hampir sampai ke penghujungnya apabila pengerusi majlis meneruskan acara dengan mengumumkan 2 pelajar terbaik sekolah yang mendapat 9A+ dan 1A..dua-duanya sekelas dengan anakandaku aliff..satu persatu nama dipanggil dan debaran semakin menggila apabila rakan saing aliff di panggil Mohd Azmil bin Abas Seram...detik hati selepas ni mungkin aliff dan akhirnya selepas orang kelima dipanggil tibalah giliran anakandaku...tiada kata2 yang dapat diluahkan hanya deraian air mata mengiringimu anak..sejuta tahniah atas kejayaanmu dan alhamdulillah Ya Allah...

dengan penuh sebak dan rasa syukur serta bangga aku mengiringi anakandaku melangkah naik ke pentas untuk menerima slip keputusan peperiksaan..alhamdulillah..alhamdulillah dan alhamdulillah..terima kasih ya Allah engkau menerima doaku saban hari siang dan malam...dan niat nazar harus dilunaskan (alhamdulillah telah selesai dilakukan)...

dan akhirnya majlis penyerahan slip peperiksaan kepada pelajar2 cemerlang selesai lebih kurang jam 12.30 tengahari..dan diakhiri dengan majlis bergambar beramai2  dan ucapan terima kasih para pelajar kepada guru2 yang telah banyak meyumbang jasa dan tenaga mereka untuk mendidik dan membentuk genarasi Y ini menjadi modal insan yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga sahsiah diri...

Buat Quixotic Generation 2009 -2013..sekalung tahniah buat kalian kerana berjaya mengharungi pelbagai  suka duka, pahit manis,maung, masam,masin bersama2 sepanjang 5 tahun menjalani kehidupan di sekolah berasmara penuh....Tahniah kepada yang berjaya dan tidak berjaya tidak bermakna anda gagal..semoga kejayaan yang lebih cemerlang akan kalian perolehi selepas ini...

wajah-wajah gembira pelajar yang mendapat straight A

tahniah aliff..mama sangat bangga walaupun baju mama tak cantik masa naik pentas..kata kawan mama..ha ha

anak sulung yang menjadi harapan mama dan babah

hanya sempat snap dengan dia ni sorang jer yang lelain sibuk kemana tah...



Saturday, January 25

Happy birthday sayang

Hai dah bersawang2 laman ni..nampak ke dak ni..semenjak 2 menjak ni semangat utk menulis n update blog ni begitu malas...agaknya kerja2 formal semakin meningkat..alasan kot wuhaa ha ha..

Hari ni 26.1.2014 genaplah umur anak ke 2ku  9 tahun..happy birthday to you my lovely son..mama sayang sangat2 bang iez..anak nilah yg lembut jiwanya..sentiasa beralah sentiasa mengucapkan terima kasih kepada mama setiap kali mama masakkan sstu..sekali kali dpt mainan..setiap kali buat kesalahan sentiasa memohon kemaafan..

Macamana mama tak sejuk jiwanya bila berhadapan dgn ank ni..

Sempena ulangtahun kelahiran ni mama doakan semoga muhammad ariez naufal yg bermaksud dermawan yg terpuji akan menjadi anak yang soleh dan sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat serta beroleh kerahmatan Allah SWT..

Semoga cita2 bang iez nak menjaga mama nnt mendapat rahmat dan keberkatan dr illahi..

Mama sayaaaang sangat bang iez..

Tuesday, January 1

Selamat kembali berjuang

Tarikh keramat 31.12.2012...tiba masa untuk berpisah buat seketika dgn anakanda yg disayangi...

Buat aliff teruskan usaha dan jangan sesekali patah semangat..teruskan berusaha dan berusaha utk kecemerlangan dlm spm 2013...

Mama sentiasa mendoakan yg terbaik utk aliff..semoga menjadi anak yg cemerlang di dunia dan akhirat..

Saturday, December 29

Aktiviti petang

Ari ni buat aktiviti masing2 jelah..so tak de pilihan melepak kat taman depan rumah jer lah..ari ni babah sibuk tak leh bawa jalan2 yer..anyway satu satu yg menyihatkan.
aliff sejak dapat L membolehkan berada di jalanraya dengan kebenaran
tanya apa tu dik dib
waa ada gaya tak..

Monday, November 5

Anugerah Cemerlang

sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar SKSAT yang telah berjaya merangkul hadiah dalam pelbagai bidang samada dalam PKSR,Kokurikulum,kehadiran ataupun NILAM...tidak ketinggalan juga buat anakanda kedua yang tersayang yang turut tersenarai menerima anugerah nilam...tempat ketiga tahun 1 dengan jumlah bacaan buku sebanyak 137 buah dari awal tahun hingga pertengahan tahun...syabas bang iez teruskan usaha membaca kerana membaca jambatan ilmu...bak kata pengarah..hanya dengan ilmu yang cukup shj membezakan kita dengan orang lain...dengan ilmu shj kita boleh menjawab soalan dengan cemerlang...

tak sia-sia ms mengandung mama banyak membaca...tapi novel jer lah...dengan anugerah yang diperolehi telah semakin meningkatkan minat membaca ariez...setakat semalam jumlah bacaan mencecah 269 buah buku...dan semasa membeli buku nilam yg ke 6,cikgu dok tanya..ariez masih membaca lagi ke???dan semalam juga dia mendapat lagi hadiah dari cikgu library yg berupa satu set alat menulis...dengan perasaan bangga dia menunjukkan kepada mama...itulah anak2 kecil sangat menghargai apa yang diberikan walaupun dengan harga tak seberapa...tapi tulusnya hati anak kecil...semoga semangat membaca yang disemai dari kecil akan berterusan sehingga ke hujung nyawa...

                                                       ketika menunggu giliran no.178
bang iez malu2 bila babah ambik gambar

tak larat dah berdiri lama..duduk sat sementara vip berehat keletihan

tahniah ariez naufal itulah yang diberitahu selepas ambik hadiah


ceh wah...mama nak pegang hadiah tu tak bagipun...

tahniah bang iez..lepas ni kena dapat anugerah2 yang lain pulak yer...

Monday, March 5

kucing


anak ketigaku yang berumur hampir 5 tahun..kini belajar di tadika cahaya idaman

menjadi kebiasaan bagiku dan anak2,sebelum mereka melelapkan mata ditempat tidur ,mereka akan baca macam2 ikut kesukaan,selalu aku suruh mereka baca abc,one two three,1-10,aliff ba ta sebelum baca bismilah dan doa tidur...

semalam anak ketigaku agak lambat tidur,hampir jam 11 masih tak mau lena lagi,mungkin sebelah siang semalam dia tertidur di rumah mak toknya...selalunya jam 8 lebih atau awal 9 malam  dia dah hilang tak ada dibumi nyata ni...maklumlah letih dengan aktiviti tadika dan balik dari tadika dirumah mak tok seharian bermain sampailah aku datang mengambil jam 5.30,lepas tu sambung dengan aktiviti basikal di taman mainan yang ada di depan rumah,maka bertambah2lah tak laratnya...

dalam kami dok sembang bertiga termasuk si dik dib, aku tcakap kat  dia ,ok bang cik, mama sebut dalam bahasa melayu,bang cik  jawab bahasa inggeris ya ...

mama:   harimau
airell:    tiger
mama: singa
airell :lion
bagus pandai anak mama
mama : lembu
airell : cow
mam : kerbau
airell : senyap...
mama : lalu aku kata buffalolah...
airell : ooo panjang huruf o dia
mama : gajah
airell :senyap...kemudian dia bersuara...bang cik tak tau lah (dia bahasakan dirinya bang cik) 
mama : tak pe jawapannya elephant
kemudian mama tanya lagi...
mama : kucing
airell : dengan tak semena2 dengan penuh konfiden dia menjawab meow...

laa aku terus tergelak besar...aku kata bukan meow lah dik,catlah..meow tu bunyi kucing...gamatnya bila dia sedar kesalahannya barulah dia terkekeh2 tergelak...ha ha ha..he he he...dik dib yang tak tau apa2pun tumpang sama gelak,macamlah dia faham...

selepas itu tiap soalan aku dia buat mainlah pulak,bila aku tanya itik,dia jawab bunyi itik
,kuek,kuek...lepas tu aku pun kata bang cik ni mama tak mau main dahlah,  bang cik ni main2 jer..  dah lah tidurlah..

tak lama kemudian dia hilang...zzzzzzz

dalam hati inilah sebab nya setiap kali bila jumpa kucing kita akan sebut meow...so bila disebut jer  kucing  terus di jawab meow...

Saturday, March 3

dik dib demamlah..

betul kata kak yan...ingatkan bila cuti boleh lah relax sikit kat rumah,tapi makin busy adalah...sekurangnya bila kat office ni time tak de class or lecture bolehlah relax sat sambil buat apa2 keje yang patut...tapi bila dirumah semedang ade jer kerje yang perlu dibuat dari celik mata sampailah tutup mata...

ari ni gi kerje mood tak brapa ok sangat,malam tadi kena berjaga coz si darling kesayangan ni demamlah pulak...mungkin perubahan cuaca kot ,sat panas,sat hujan.off n on menyebabkan daya tahannya kureng sikit,maklumlah anak kecil baru berumur 2+...

kerana kebimbangan sebagai seorang ibu,maka terpaksalah bertahan mata ni...bimbang anak kecil ni mengalami suhu badan yang panas melampau,bimbang kot2 dia tarik (kejang) so berjaga sambil jerlum kepala bagi kurangkan kepanasan...yang syoknya dalam dok demam tu sempat lagi si kecik ni bersembang ngan mama sambil mama jerlum kepala dia...

mama: adik demam mama jerlum pala adik na.
adib: dik dib mam(demam),ish juk la
mama : sikit jer sejuk,adik tidur na
adib:ma..tu air pah (tumpah) kat lam (tilam)
mama : ok ok mama lap ya..
adib: eee sambil masuk tangan dalam besen..jukk nyerrr
mama: ok dah dah adik tidur yer...
sambil baring dia pusing sana pusing sini...tak leh tidur mungkin panas kot..
akhirnya jam lebih kurang 1.30 dia tak tidur lagi  dukung dia,gi dapur ambil veron,ubat demam kemudian masukkan kat  punggung dia...mama tunggu lagi tak berani nak tidur,sambil baring rasa jer badan dia kot2 berpeluh...akhirnya tak tau jam berapa setelah rasa badan dia sejuk dan dia dah tidur akhirnya.....mama pun apalagi wassalam....zzzzz sedar2  alarm jam berbunyi...alhamdulillah dapat anakanda tidur lena...

pagi ni badan masih panas,harap2 mak lang boleh jaga dia dengan baik...selebihnya serah saja kepada Allah SWT sesungguhnya Dialah sebaik2 pelindung...tawakallillah...
gaya adib

jauhnya renungan...
pantang nampak stereng free pasti dia akan main...driver bus paling muda di dunia

ala...tomeinya

Saturday, February 18

happy birthday adib

adib dah besar laa...

suatu hari nanti adik juga boleh beli motor macam ni...

tok guru adib...macam mana gaya abang itulah yang adik ikut.
diam tak diam rupanya sibongsuku dah genap 2 tahun pada 15..2. yang lalu...besar dah rupanya...alhamdulillah dia membesar dengan sihat,walaupun saiznya kecik tak macam abang ngah dan abg cik...

sempena  ulang tahun adik yang ke 2 ni mama mendoakan semoga adik akan menjadi seorang anak yang soleh di dunia dan di akhirat...moga berjaya dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi...

Wednesday, January 25

Happy Birthday Sayang

hari ni 26.1.2012,genap usia anak keduaku 7 tahun...mama tak sempat nak prepare birthday party,sibuk dengan urusan kehidupan seharian...malam nanti kita celebrate birthday angah kat Mcd dah lah yer...apapun sempena menyambut ulang tahun yang ke tujuh ni,mama mendoakan semoga anak mama yang tersayang ni sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT walau dimana sahaja angah berada,serta doa mama angah akan beroleh kejayaan dalam kehidupan di dunia dan diakhirat serta cita-cita angah nak jadi profesor akan terkabul suatu hari nanti...

pesanan mama buat angah belajar rajin2 tau....

ketika berusia 5 tahun
angah dah besar sekarang

mengimbau kenangan

tepat jam 3.45 petang  pada 26.1.2005 bertempat di hospital besar Alor Setar,menerusi pembedahan  caesarian,lahirlah seorang baby comel dengan berat semasa lahir 3.15 kg...anak yg ditunggu2 selama 9 tahun akhirnya di depan mata,syukur yang tidak terhingga kerana segala2 selamat dan tiada masalah yang timbul semasa kelahiran...

Muhammad Ariez Naufal nama diberi,hari ini genap 7 tahun,alhamdulillah membesarkannya tak banyak masalah,cuma yang paling diingati sentiasa menuturkan perkataan terima kasih di atas segala pemberian kepadanya,dan paling manis sekali apabila usai makan masakan mama tidak pernah lupa mengucapkan terima kasih mama,masak kat bang iez..sedap mama masak,nanti mama masak lagi yer...sejuk rasa hati apabila mendengarnya,dan  jika makanannya tak habis,dia akan berkata"mama maafkan bang iez,mama masak sedap tapi bang iez dah kenyang"mama jangan marah yer...aduh syahdunya hatiku dengar,ada ke hati serang ibu akan marah jika mendengar anaknya berkata sedemikian...sejuk perut mama semasa mengandungkanmu wahai anak, semoga sikap budi bahasamu akan berterusan sehingalah dikau dewasa dan dipenghujung usia....

buat anakku sayang...HAPPY BIRTHDAY TO YOU....


Tuesday, January 3

Airell dah sekolah lah....

Anak ketigaku ini seorang yang aktif dan sangat berani..boleh kata dari semua segi...sampai mamanya yang naik takut..kalau ke mana-mana pasti kena beri perhatian kat dia...kalau gi shopping lagi kena bagi perhatian,kadang2 kalau kita sibuk memilih,tup tup dia dah hilang dari pandangan...berderau darah dibuatnya...masalahnya si airell ni kalau dia nak gi mana2 dia tak bgtau mama atau babah dia...

oleh kerana keberaniannya itu,pernah dia pi pijak tebuan 2 ekor yang tersesat masuk rumah mak mertua masa kenduri ari tu,apalagi meraunglah dia...dalam kelam kabut nak balik rumah dia buat hal pulak...adik ipar cadangkan gi klinik takut ada bisanya yang akan meresap masuk dan boleh gi kat buah pinggang..dahlah hampir jam 8 malam waktu tu,cik abe pulak tak de,anak2 lain dah letih dan mengantuk..apalagi dalam kelam kabut aku drive balik rumah,hantar anak kecik dan ariez rumah pengasuh mak lang dan terus ke klinik..dalam perjalanan tengok dia ok jer,macam tak de apa2pun,tapi risau jugak...di Jitra ni bukan macam KL klinik banyak yang bukak 24 jam,gi klinik Mutiara tutup,terus ke klinik Hj Tibroni bukak lagi tapi doktor dah tak de,nak ambik ubat saja tak leh,so teruskan ke bandar darul aman,nasib baik klinik keluarga bukak lagi dan mujur orang tak ramai,setelah menunggu 5 ke 10 minit akhirnya tiba giliran kami...doktor kata tak perli inject pasal dia tak demam,cuma doktor bagi ubat demam dan tahan sakit sahaja,macam tak berbaloi aku gi..sampai rumah dan keesokkannya dia ok saja tak apapun...aku yang letih tapi demi anak apapun boleh...esoknya aku tanya,bang cik kalau nampak ular bang cik pijak jugak ke? dia jawab yalah...masyaAllah terkejut aku,lalu aku terangkan apa yang sepatutnya...hai bang cik..bang cik ...

Anakku sorang ni sebenarnya keras diluar tetapi lembut di dalam...kalau nak bercakap dengan dia kena lembut2,kalau baby minta sesuatu mainan dia, kalau kita berkeras dia lagi keras,sbb tu mama dia sentiasa kena cakap lembut ngan dia,sentiasa kena kata bang cik baik,mama sangat syangkan bangcik, barulah dia jalan...dan kalau dia merajuk,selagi mama dia tak peluk kuat2,tak belai ,tak cium, alamak berjam2lah dia  merajuk..kadang2 mama dia naik tension jugak nak kena jaga perasaan anak...apapun bangcik ni sangat rajin menolong,walaupun baru berusia 4++ tapi time aku melipat kain pasti menolong and not bad..ok dia punya lipatan...

sekarang bang cik nak masuk 5 tahun,alam tadika telah bermula,so hari pertama ke tadika tak de masalah langsung,segalanya ok sampaikan cikgu pun puji,dia tak menitik air mata setitik pun buat dek jer...alhamdulillah dan aku tak bimbang sangat kat dia ni kerana dia pandai berdikari lebih dari abang ngahnya sendiri...

buat bang cik,yang selalu berkata mama janganlah cakap kuat2 sangat,dan selalu dia kata bang cik sayang mama...mama juga sangat sayangkan bang cik dan mama sentiasa mendoakan bang cik...belajar rajin2 ya sayang....

 airell seronok tengok tadika banyak mainan


kena beratur dah tapi mana pelajar lelaki 5 tahun ni...
senyum simpul bang cik..makin tembam pasal mama dia rajin masak ....
 sebahagian kanak2 yg ditinggalkan ibu bapa kerna tugas..
budak boy yang kat depan tu paling best..di ayg demand suruh ambik pic ni...good boy berani...

Sunday, January 1

balik semula

dalam kesibukan dihambat waktu,diam tak diam..dah masuk tahun 2012...alhamdulillah masih dipanjangkan umur,masih boleh menghirup nyamannya udara,masih boleh meilhat indahnya pandangan mata dan masih mendengar indahnya bicara...

hari demi hari,akhirnya genaplah usia cuti persekolahan...hampir sebulan lebih meninggalkan dunia buku dan kehidupan di asrama, yang diumpamakan  penjara , tempat yang mengajar erti sebuah kehidupan berdikari dan mengajar ertinya sebuah kerinduan apabila berjauhan dengan keluarga,sebuah tempat yang mengajar ertinya sebuah kebahagian apabila munculnya ibu dan bapa dengan bekalan di tangan,serta ertinya sebuah kegembiraan apabila berjaya dalam peperiksaan dan ertinya sebuah persabahatan apabila tiap kali dihimpit susah dan senang...

kini tibanya masa untuk anakanda tersayang balik semula ke asrama...setelah sebulan lebih di bawah kawalan mama dan babah, kini....lerailah sudah...bahawa perjuangan harus diteruskan hingga selesai...tinggal 2 tahun sahaja lagi...buktikan bahawa SPM akan ditawan 2013....

buat anakku,Aliff Haikal...terima kasih yang tidak terhingga kerana sepanjang bercuti,banyak tugasan harian mama yang aliff sempurnakan...alhamdulillah..sekurang2nya apabila mama sampai jam 5.30 di rumah,urusan membasuh,menyidai dan melipat kain sempurna sudah...urusan menyiram pokok2 bunga kini berpatah arah semula kepada babah, pinggan mangkuk kini beralih arah semula, dan adik2 juga pasti merinduimu kerana selama peninggalan mama bekerja alifflah yang akan menghantar dan mengambil mereka dari rumah pengasuh...dan anak mama ini tidak pernah merungut kerana terpaksa mencari sarapan dan lunch sendiri kerana mengerti mama tiada kesempatan untuk menghidangkannya setiap hari...mama sangat pasti adik adib pasti merinduimu kerana dirimu yang teramat rapat dengannya dan akan hilang panggilan ayong buatmu sehingga kita bertemu kembali di tiap hujung minggu...

 apa yang pasti perasaan mama kini mulai parah..mengenangkan tidak cukup semuanya 4 orang anak dirumah...rindu pasti menyapa perasaan seorang ibu apabila berjauhan dengan anak yang dikandung 9 bulan 10 hari...tabahlah wahai hati..kerna yang pasti setiap hujung minggu pasti ketemu anak yang dirindui...

Doa buatmu anak sentiasa mengiringi dan mama sentiasa  menunaikan solat hajat...memohon dari Illahi supaya anakku ini sentiasa dilindungi,hati diterangi dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat...

Selamat menempuhi alam baru tingkatan 4...semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang....

dah dewasa anak sulungku ini...

1st day at school

28.12.2011 hari pendaftaran untuk darjah satu sekolah kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra Kedah..pendaftaran jam 9 pagi tapi ramai ibu bapa datang awal untuk dapatkan tempat duduk dibarisan hadapan...yalah kan ada pepatah mengatakan mereka yang duduk dibarisan depan selalunya berjaya kerana apa yang disampaikan oleh cikgu terus sampai kat telinga depa,tak banyak halangan berbanding yang suka duduk dibarisan belakang..jadi aku sbg pendidik juga tidak terkecuali...mahukan anak kedua kesayangan ni berjaya..kerana kebanyakan pemimpin yg berjaya selalunya berada di barisan hadapan...

tapi aku sampai jam 8.30 pagi..ingatkan awal rupanya sebahagian kelas telah dipenuhi...so ambik cutilah hari ni untuk meraikan anak kedua yang akan naik darjah satu...

awal2 lagi dah pesan kat anak sulungku supaya jangan lupa kamera sebab aku mmg nak abadikan saat2 manis ini untuk tatapan  anakku bila dia dewasa nanti...sekarang zaman moden segalanya kita boleh abadikan di alam maya..samada mahu atau tidak sahaja...biarlah apa yg aku rakamkan disini menjadi kenangan terindah buat anakku MUHAMMAD ARIEZ NAUFAL bila dia menginjak dewasa nanti...

 ariez dalam pakaian seragam sekolah saiz XL anak aku sorang ni..
 sebelum drive mama pun nak abadikan kenangan ni..
anak ketigaku pun sibuk ngan beg sekolahnya..apa yang abang ada dia pun kena ada..so sekarang kena doublelah...

 dalam kelas mendengar apa yang disampaikan oleh guru
 apa yang menarik tu bang ngah
dari luar tingkap


 sebahagian ibu bapa yang menenami anak masing2...meriah macam kenduri
peace...seronok naik darjah satu

adik kacau bang iez nak makan nie...

Monday, December 26

Tahniah..anakku sayang

tiada kata secantik bahasa,tiada lukisan seindah rasa...syukur alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas kurniaan dan nikmat yang diberikan atas kejayaan anak sulung kesayangan kerana berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam PMR 2011...

akhirnya segala penat lelah, jerih perih belajar dan mentelaah diberkati Allah..tidak sia-sia usaha selama ini...dan segala doa yang sentiasa mengiringi dari seorang ibu dimakbulkan Allah...

segala nasihat,kata semangat dan perangsang yang diberikan nampaknya terkesan dihatinya...dan tidak sia-sia lawatan saban minggu mengunjungi Aliff di asrama...sebelum pulang berbakul-bakul pesanan,nasihat dan kata2 motivasi yang dikutip dari ceramah ust.kazim diturunkan kepadanya...

semoga kejayaan akan terus mengiringi kehidupannya selepas ini...teruskan kecemerlangan dalam SPM 2013 pulak...

buat anakku Mohd Aliff Haikal sekalung tahniah buatmu,dari seorang ibu yang sangat menyayangimu....


 senyuman bangga seorang ibu

sebahagian kawan2 yang beroleh kejayaan


aku sempat bersembang dengan cikgu sekolah yang merupakan kawan lama semasa di pusat matrikulasi uum,norzaini dan kak ita (rosnita)